Pengajaran
Badar Al-Kubra
Alhamdulillah
dengan izin Allah masih di beri peluang oleh Allah dalam siri perkongsian ilmu
yang sedikit ini.Diam tak diam kita hari ini di penghujung hari ke sepuluh
dalam fasa awalnya rahmat,fasa kedua pula akan menyusul esok.Moga kita terus
istiqamah dalam membuat amal kebajikan dan ibadah dalam bulan Ramadan ini.Dalam
bulan Ramadan berlakunya perang yang pertama antara orang Islam dengan puak
kafir musyrik.Pada tanggal 17 Ramadan tahun 2 Hijrah berlakunya peperangan yang lebih di kenali
Badar Al-Kubra.
Di
mana umat Islam hanya sekitar 313 orang pejuang,manakala puak kafir bilangannya
lebih besar iaitu 1000 orang.Namun dengan keyakinan yang tinggi dan doa yang
tidak putus-putus oleh Baginda SAW,Umat Islam beroleh kemenangan dengan
cermerlang dalam peperangan tersebut.Bantuan Allah SWT telah menyebelahi
pasukan pejuang Islam.Firman Allah;
Surah
al-Anfal ayat ke 9:
"Ingatlah
ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankannya bagimu.
Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang
datang berturut-turut".
Sesungguhnya
pasukan pejuang Islam berjuang dalam keadaan berpuasa di bulan Ramadan,Mereka
tidak menganggap puasa menghalang mereka daripada berperang.Dengan keyakinan
dan kekuatan iman yang ada mereka berjaya mengalahkan pasukan kafir dengan jaya
nya.Begitulah kekuatan mereka dalam situasi apa pun,mereka rela berkorban demi
mempertahankan kesucian agama Islam dari di nodai oleh musuh.
Banyak
pengajaran yang boleh di perolehi dalam peristiwa peparangan Badar Al-Kubra
tersebut. Petikan Khutbah jumaat di bawah saya kongsikan sebagai pengetahuan
untuk kita bersama;
"
Melalui peristiwa peperangan Badar al-Kubra yang penuh bersejarah ini, terlalu
banyak pengajaran dapat kita petik dan teladani sebagai bekalan kehidupan
harian kita. Antaranya ialah:
Pertama: Agama Islam yang kita
anuti dan nikmati hari ini adalah merupakan hasil perjuangan yang menuntut
pengorbanan yang tinggi dari para pendukungnya, khususnya Nabi dan para sahabat
baginda s.a.w.. Oleh yang demikian, marilah kita hargai Islam ini dengan
mengamalkan sepenuhnya.
Kedua: Syura atau
bermesyuarat sebelum membuat apa-apa
keputusan dalam perkara yang tiada nas yang jelas dalam al-Quran dan al-Sunnah, adalah
merupakan asas pentadbiran dan politik Islam yang tetap, yang tidak harus
diabaikan.
Ketiga: Keimanan yang kental,
doa yang berterusan serta tawakkal yang tinggi kepada Allah SWT merupakan
senjata yang ampuh dan berkesan bagi menghadapi sebarang serangan musuh-musuh
Allah dan Islam di sepanjang zaman.
Keempat: Sesuatu kebenaran itu
tidak akan dapat ditegakkan jika ianya tidak disertai dengan setrategi yang
betul, perancagan dan penyusunan yang kemas dan rapi.
Kelima: Sebagai umat Islam kita
mestilah yakin bahawa sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa untuk memberi
pertolongan dan kemenangan kepada perjuangan Islam sekalipun jumlah
pendokongnya kecil dan kekuatannya terhad. "
Justeru
itu,biar apa pun terjadi dan dalam situasi apa pun,marilah kita utamakan
perkara yang berkaitan agama seperti contoh yang ditunjukkan oleh Nabi saw dan
para sahabat dalam peperangan tersebut.Mereka lebih mengutamakan akhirat
daripada dunia dan seisi nya.Keimanan dan kekentalan jiwa mereka telah
menyuntik semangat jihad yang tinggi demi mempertahankan agama Islam yang agung
dan suci. Apa situasinya pun,puasa sebenarnya tidak menghalang daripada kita
mengerjakan perkara yang berat.Yang penting kekuatan jiwa dan iman yang harus
di tanam kedalam jiwa setiap umat Islam.
Semoga
puasa kita di terima Allah SWT.
Amin
Ya..Rabb..!
Jom
Membaca..Jom Menulis.
No comments:
Post a Comment