Followers

Saturday, December 29, 2012

Blogger=Da’ie – Kita Sebarkan Kebaikan.




Semoga mendapat manfaat dari artikel ini, buat semua sahabat-sahabat blogger;
Kita terus menyelak lembaran Blogger=Da’ie. Dengan tajuk yang mudah, “Kita Sebarkan Kebaikan.”
Ya. Blogger=Da’ie adalah blogger yang tidak menyebarkan keburukan di dalam blognya. Blognya adalah untuk mengajak manusia ke arah kebaikan. Tidak mengajar untuk melakukan keburukan. Tidak pula dia menyebarkan keburukan untuk tontonan ramai walaupun tidak menggunakan perkataan ‘marilah melakukan perkara ini’.
Definisi baik dan buruk.
Maka pertamanya mestilah kita perlu pulang kepada definisi baik dan buruk yang sebenar. Apakah itu baik, apakah itu buruk?
Saya mudah memakai definisi baik = apa yang Allah dan Rasulullah SAW kata baik.
Sama juga dengan definisi buruk, pada saya buruk itu adalah apa yang Allah dan Rasulullah SAW kata buruk.
Kita jadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan, Islam itu sendiri sebagai panduan, di situlah kita memilih apakah yang patut kita sebarkan, dan apakah pula yang tidak.

Antara perkara baik yang boleh kita usahakan.
Antara perkara yang baik yang boleh kita usahakan untuk disebarkan di dalam blog kita adalah:
  1. Kita tulis berkenaan akhlak yang soleh. Di dalam Islam, wujud pelbagai adab dan sopan. Kita boleh kaji hadith dan Al-Quran, kemudian membahaskan sedikit berkenaan akhlak soleh ini dengan dikaitkan bersamanya realiti dan isu semasa yang berlaku.

  1. Kita boleh tulis berkenaan percintaan di dalam Islam. Bagaimana bercinta di dalam Islam. Contoh-contoh daripada hadith, ayat-ayat Al-Quran berkenaannya. Nasihat-nasihat berkenaan cinta, dan isu-isu rumahtangga di dalam Islam.

  1. Kita boleh juga menulis berkenaan motivasi hidup. Kita berikan harapan, menyentuh akal yang lesu, dengan dalil-dalil Al-Quran dan hadith. Kemudian kita ulas dengan baik, mengaitkannya dengan realiti dan cuba memberikan semangat. Kita sebarkan kepositifan di dalam hati masyarakat.


  1. Kita juga boleh menulis sirah-sirah Rasulullah SAW dan Para Sahabat bersumberkan sirah yang muktabar. Kemudian kita ulas, dan kaitkan dengan isu semasa, realiti hari ini.

  1. Sekiranya kita fotografer yang suka berblog, maka kita tangkap gambar pemandangan yang cantik dan kaitkan gambar itu dengan kekuasaan Allah SWT, dengan kebijaksanaanNya, dengan kesempurnaanNya. Kita letak ayat Al-Quran atau hadith Rasulullah SAW sebagai caption agar ayat dan hadith itu menjadi terjemahan kepada gambar yang anda tangkap lebih mencucuk. Kita tangkap momen-momen indah, dan kemudian kita relatekan kembali kepada Allah SWT.


  1. Kita boleh kongsikan isu-isu semasa, politik, realiti masa kini, dengan adab dan akhlak yang baik, dengan kalam dan bicara yang baik. Tidak menghina mana-mana pihak. Menyuakan bukti yang benar, bernas, kukuh. Kemudian mengulasnya daripada pandangan Islam.

  1. Jika kita adalah seorang kartunis, kita boleh uploadkan komik kita di dalam blog. Lukislah komik-komik yang mempunyai ciri-ciri Islam. Yang wataknya ada syakhsiah Islam. Yang jalan ceritanya membina masyarakat, mengajak kepada kebaikan dan ketaatan terhadap Allah SWT.

  1. Dan jika kita suka menulis diari, tiada masalah. Tetapi tulislah diari kita, pengalaman hidup anda, dengan mengaitkannya kepada Allah SWT. Jadikan diari itu sebagai tempat muhasabah. Muhasabah atas apa yang anda lakukan. Jadikan diari itu sebagai tempat mengekstrak manfaat. Ekstrak manfaat daripada apa yang anda lihat dan lalui. Begitulah.

Antara perkara buruk yang perlu kita jauhkan
Keburukan-keburukan ini, tidak perlulah saya senaraikan.
Sebar keaiban orang, menayangkan aurat, menggunakan blog sebagai menyebar sesuatu yang palsu, menjadikan blog medan menghina dan mengumpat. Menggunakan carutan dan kata-kata nista di dalam penulisan. Juga keburukan-keburukan tersembunyi seperti riya’ dan takabbur. Menulis diari untuk menunjuk-nunjukkan kebaikan kita dan sebagainya. Menghina-hina kerendahan orang lain, kekurangan orang lain.
Menggunakan blog untuk menentang Islam, menghina Allah, Rasulullah SAW dan para sahabat. Melukis komik yang tidak memberikan manfaat kepada Islam, menangkap gambar-gambar fotografi yang jelas menunjukkan aurat atau menaikkan nafsu.

Penutup: Bagi Penyebar Kebaikan, Pahalanya Beranak Pinak.
Kebaikan ini bukan susah. Senyum sahaja sudah kebaikan. Kita ini pula berblog. Daripada kita gunakan blog kita ke atas sesuatu yang tidak bermanfaat, apa kata kita buat pahala dengan blog kita. Kita ceritakan kebaikan, ajar manusia buat kebaikan, kenalkan manusia dengan Allah SWT, fahamkan manusia dengan Islam, tunjukkan keindahan Islam dan sebagainya.
Kita sering mengulang sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang itu adalah apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang berhijrah menuju kepada Allah dan rasulNya, maka hijrahNya akan pergi kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana perempuan yang dia mahu nikahinya, maka dia akan berhijrah ke arah apa yang diniatkan olehnya.” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Mari. Jangan lepaskan peluang.
Blogger=Da’ie, adalah blogger yang menyebarkan kebaikan.
 Sumber: Langitilahi

Sunday, December 23, 2012

Sajak: Baca Bacalah




Baca
bacalah buku
baca buku
dengan nama Tuhan-mu.

Baca
bacalah buku
walau di mana
tak kira waktu.

Baca
bacalah buku
baca buku
dapat ilmu.

Baca
bacalah buku
baca buku
dapat idea baharu.

Baca
bacalah buku
baca buku
tidak mudah ditipu.

Baca
bacalah buku
baca buku
agar minda mu
tidak beku dan lesu.

Baca
bacalah buku
pembeza antara
yang berilmu dengan
yang tidak berilmu.

Baca
bacalah buku
seruan membaca
seruan agung
dari yang Maha Agung.

Masshah 2012.
Tempat kerja

Wednesday, December 12, 2012

Karnival Buku PTS



Sunday, December 2, 2012

Kembali Lagi



Bertemu kembali setelah beberapa minggu tiada apa-apa pengisian yang saya dapat kongsikan di blog ini, laptop baharu sahaja sembuh dari sakit. Baharu hari ini dapat menulis semula, diam tak diam sudah masuk bulan disember. Sudah kepenghujung tahun 2012. Cepatnya masa berlalu, umur pun makin bertambah, semoga kita dapat bertemu lagi dan di panjangkan usia. Boleh lah berkongsi-kongsi ilmu dan sedikit pengalaman dalam hidup.

Bagaimana dengan dunia pembacaan sahabat semua ?. Agak-agak berapa banyak buku sudah di baca dan harap-harap semakin banyak dan ghairah membacanya ya. Alhamdulillah dalam masa laptop sakit ( rosak ) dengan izin Allah saya masih dapat meneruskan agenda membaca, paling malas sebuah seminggu. Itu pun kena paksa diri, maklum penyakit malas dapat dilawan hanya dengan yang empunya diri. 

Membaca terus membaca.

Ok lah, sampai jumpa lagi.

Jom Membaca, Jom Menulis.

DEMI MASA