Followers

Saturday, October 31, 2015

Friday, October 30, 2015

Monday, October 19, 2015

Terus Membaca







Dunia Buku Masshah masih ingin berkongsi cerita berkaitan buku. Segalanya buku, indah sekali bila bercakap tentang buku. Tak kiralah buku apa yang dibeli, dibaca dan disimpan. Seronok memang seronok. Siapa yang tidak seronok melihat pelbagai buku tersusun cantik di dalam rak buku.

Saya suka buku, sahabat-sahabat semua pun suka buku. Tak kiralah cuma beli sahaja, tapi tak dibaca atau lebih bagus dibeli dan seterusnya dibaca. Terpulang kepada diri masing-masing. Buku kalau dibeli tak dibaca sekarang pun, satu masa pasti ada yang membacanya.

Mungkin anak-anak nanti boleh baca. Syabas dan tahniah kepada sahabat-sahabat pencinta buku. Teruskan usaha-usaha untuk menjadikan budaya membaca sebahagian dari kehidupan kita. Membaca terus selagi ada masa terluang, jangan bertangguh…jangan membuang masa, usah persiakan masa yang ada.

Baca Jom!

DEMI MASA