Followers

Sunday, February 14, 2016

Belian Kedua Bulan Febuari 2016M



Dua buah buku genre sastera puisi mewarnai 'BILIK BUKU'


Dua buah buku lagi untuk bulan febuari 2016M. Buku genre sastera puisi, Kumpulan Puisi terbaharu dipasaran. Sebuah buku terbitan DBP dan sebuah buku terbitan IBH KHIDMAT.

Antologi Puisi 'Titis Darah Kanang'
Dan Antologi Sajak 50 Penyair 'Istiqamah Bahasa'

Untuk buku Antologi Puisi 'Kopi Sastera' ia merupakan hadiah dari seorang penulis dan juga penyair Qalam Bertinta.


Membaca selagi masih ada hayat lagi!


Saturday, February 6, 2016

Belian Pertama Bulan Febuari 2016M



KITAB AL-TAUDHIH





Alhamdulillah, belian pertama untuk bulan Febuari sudah kunjung tiba pagi semalam.

Sebuah kitab Karangan Imam Al-Nawawi, hasil terjemahan dan syarahan oleh Sohibus 
Samahah Dr.Zulkifli Bin Mohammad Al-Bakri.

KITAB AL-TAUDHIH-Panduan Lengkap Ke Arah Kesempurnaan Ibadah Haji dan Umrah. Terbitan Pustaka Cahaya Kasturi, 2016.

Bagus untuk bacaan dan rujukkan semua yang bercita-cita untuk menunaikan ibadah Umrah dan Haji.


Baca jom!


Membaca selagi hayat masih ada!

Friday, February 5, 2016

Buku Kedua Febuari 2016M



Buku kedua yang sedang dibaca untuk bulan febuari 2016M. Sebuah tulisan Faiz Ibrahim, bertajuk 'Reinkarnasi', buku siri pertama. Mengandungi puisi-puisi luahan rasa anak muda.

Buku terbitan sendiri.



Membaca selagi masih ada hayat!

Thursday, February 4, 2016

Buku Pertama Febuari 2016M

Buku Deklamasi Puisi


 


Selesai mengeluti buku pertama untuk bulan Febuari 2016M. Tulisan bersama Tuan Puzi Hadi dan Irwan Abu Bakar. Terbitan Esastera Enterprise, 2016. Buku yang menarik, comel, berkulit licin dan berwarna.

Seni-seni puisi dan berpuisi dibicarakan di dalam buku yang sejumlah 42 muka surat sahaja. Ringkas dan padat. Dua penulis bergabung dalam memperkatakan seni persembahan puisi.

Walaupun ringkas ia amat sesuai untuk rujukkan peminat puisi terutamanya dalam pembacaan puisi.

Ingin menjadi deklamator? Elok miliki buku ini. Mahu menganjurkan sayembara deklamasi puisi? Juga mesti miliki buku ini.

Juga disertakan senarai nama-nama deklamator unggul Nusantara dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan juga Brunai Darul Salam.

Ia juga bagus untuk rujukkan bagi pencinta dunia perpuisian di tanah air kita.


Syabas esastera melahir dan menerbitkan buku ini.


Membaca selagi hayat masih ada!

Wednesday, February 3, 2016

Tetap Membeli Tetap Membaca





Pantasnya masa bergerak, hari ini sudah tiga hari di bulan febuari. Pejam celik pejam celik sudah masuk bulan dua. Sudah berapa banyak buku yang dibaca sepanjang bulan lepas…ermmm…saya yakin sahabat-sahabat semua luar biasa hebat.

Untuk bulan Januari, sebanyak lapan buah buku sahaja yang saya dapat selesaikan pembacaannya. Agak perlahan untuk bulan lepas. Harap-harap bulan ini, akan lebih kuat 
membaca.

Bulan januari saya lebih banyak membeli, sama ada membeli di kedai buku mahu pun membeli secara talian. Ghairah membeli lebih menguasai diri, sejumlah 53 buah buku yang saya beli sepanjang bulan Januari.

Memandang kanan dan kiri bilik buku semakin sesak dengan buku, bilik yang kecil tidak dapat menampung buku yang semakin bertambah. Untuk menambah rak pun kena fikir dua kali.

Waktu ini,mana nampak ada ruang boleh masuk dan susun sahaja. Niat untuk menambah rak itu ada, tetapi disebabkan ruang bilik sudah sempit maka dikuburkan sahaja niat itu.

Ghairah Membeli Dan Ghairah Membaca

Ghairah membeli dan ghairah mahu membaca harap-harap terus seiring dan sejalan untuk diri saya. Kalau sekadar membeli tidak dibaca pun kurang bagus, ia harus dimanfaatkan. Tidak dapat baca banyak dapat baca sedikit-sedikit pun tidak mengapa.

Apa yang penting dalam diri ada rasa menghargai buku-buku yang dibeli. Membacanya itulah satu penghargaan. Desakkan dalam diri untuk membaca itu penting, tanpa memaksa diri untuk membaca, kita tidak akan dapat apa-apa dari sesebuah buku.

Bagaimana pun, walau sekadar membeli tapi kurang membaca itu lebih baik daripada langsung tidak membeli buku dan tidak mahu membaca. 

Ini sekadar pandangan pribadi saya.

Selamat membaca!


Membaca selagi masih ada hayat!

DEMI MASA