Followers

Friday, April 27, 2012

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012




Datang lagi,ya itulah yang semestinya ditunggu-tunggu oleh semua peminat dan pencita buku.PBAKL 2012,ia merupakan pesta bukan sebarang pesta,pesta buku,bermacam-macam jenis buku ada disana,tebal,nipis,mahal,murah,ada potongan dan tidak ada potongan,buku baru dan buku lama semuanya ada di PBAKL 2012,seperti di tahun yang sudah-sudah,sambutanya pasti memberangsangkan.

Tahniah atas penganjuran ini,setiap tahun PBAKL akan menjanjikan pelbagai buku yang di sajikan oleh para pengusaha buku atau penerbit buku.Mereka akan mengeluarkan buku-buku baru,Persaingan sihat antara penerbit-penerbit buku amat mengalakan.Pelbagai genere buku di keluarkan sebagai memenuhi peminat dan pencinta buku.Kita yakin usaha ini bukan semata-mata untuk keuntungan penerbit tetapi yang lebih penting dari itu adalah untuk mahukan rakyat Malaysia menjadi masyarakat yang suka dan cintakan membaca.

Justeru itu marilah sebagai rakyat yang suka membaca memberi sokongan yang padu atas penganjurannya yang saban tahun ini.Jangan lepaskan peluang ini.Insyallah saya cuba melapangkan masa untuk satu hari ke sana nanti.Semoga sukses PBAKL 2012 nanti.

Jom Beli Buku...Jom Membaca...!

Wednesday, April 25, 2012

Santai-Santai Di Bilik Buku Bersama Anas Dan Balqis

Waktu petang yang terluang,ada masanya dalam Bilik Buku,sambil membaca melihat karenah anak-anak memang sejuk hati,lagilah bila mana mereka rasa seronok melihat buku-buku.Walaupun adakalanya mereka cuma menyentuh-nyentuh buku,main dengan buku,buat sepah dengan buku,biarpun mereka belum faham lagi tentang keperluan buku dan fungsi buku.

Bagi saya bila melihat anak-anak boleh bermain dengan buku,itu sesuatu yang baik.Mudah-mudahan bila sudah besar dan berakal mereka suka dengan buku,bukan sahaja suka tapi jadikanya teman akrab pada setiap waktu yang terluang.Harapan agar mereka cintakan ilmu dengan membaca buku.

Dalam kesempatan pertemuan hari ini,saya kongsikan aksi-aksi mereka di Bilik Buku kami;

Aksi berdua Anas dan Balqis




Aksi Balqis



Aksi Anas





Sampai jumpa lagi dalam perkongsian gambar yang lain.


Sana Sini Jualan Buku

Salah satu Karnival Buku



Nampaknya masing-masing penerbit buku membuat bermacam-macam promosi bagi melariskan buku-buku terbitannya.Malah pada masa cuti sekolah,apa yang saya lihat banyak karnival jualan buku di adakan.Ia sangat mengujakan dan hebat sekali,jualan ini memang sangat dinantikan oleh para peminat buku.Harga yang di berikan pun hebat-hebat belaka,diskaun yang sangat berbaloi.Jangan tidak mengunjungi karnival buku atau pun kedai-kedai buku yang mengadakan jualan diskaun yang sangat berpatutan.Juga melalui kedai online pun turut memeriahkannya dengan harga diskaun.

Kini,masyarakat sudah mula peka tentang pentingnya membaca,lihatlah mereka ketika mana dalam pesta atau karnival buku,contohnya Karnival Buku Karangkraf(2hb-4hb,Ahad 2011) yang di adakan pada tahun lepas.Sambutan dari orang ramai sangat mengkagumkan,dalam keadaan hujan lebat mereka tidak berganjak untuk merebut peluang untuk sama-sama mendapatkan buku-buku dengan harga diskaun.Sampai 70% pun ada,siapa yang tidak teruja dan terpikat,sudah pastinya peminat buku menyukainya.

Kepada peminat dan pencinta buku,waktu-waktu macam ni-lah untuk dapatkan harga murah.Bagi menambahkan koleksi buku-buku kegemaran yang ada.Novel-novel,Buku Resipi Masakan,Novel Kanak-kanak dan macam-macam lagi boleh di dapati dalam carnival atau jualan buku murah.

Tambahkan lagi koleksi buku-buku di perpustakaan pribadi masing-masing atau sudut bacaan yang wujud di rumah.Biarkan dan biasakan anak-anak melihat,menyentuh dan seterusnya agar mereka terpikat untuk membaca buku.Beli,kumpul dan wujudkan perpustakaan pribadi hasinya nanti akan menjadi hobi dan budaya membaca menjadi kebiasaan dalam keluarga.

Nah,apa lagi tunggu,kunjungi mana-mana karnival atau jualan buku untuk mengisi masa yang terluang,namun pastikan segala yang ada di dapur dan keperluan yang ada sudah beres.Saya yakin para sahabat belum lagi menggunakan peruntukan untuk bahan bacaan,jadi apa lagi carilah bahan bacaan yang sesuai untuk seisi keluarga anda.Apatah lagi Pesta Buku Antarabangsa  Kuala Lumpur 2012 akan bermula.

Jom Shoping Buku,..!

Jom Membaca..!

Tuesday, April 24, 2012

Minat Novel


Koleksi Novel


Tahniah kepada sahabat yang suka membaca,tidak kiralah apa jenis buku yang sahabat baca.Selagi ada daya dan masa membacalah,tiada kerugian walau satu saat pun jika apa yang kita baca boleh membawa kita ke arah yang lebih maju dan bertamadun.Banyak jenis buku yang boleh dihadam.Ada buku ilmiah,buku motivasi,buku ekonomi,buku teknologi,Koleksi Cerpen dan macam-macam lagi,malah novel pun ada.

Bagaimana dengan novel?.Tentu ada yang lebih minat dari saya.banyak kumpul novel hingga berrak-rak,syabas dan tahniah.minat yang sangat bagus dan mengujakan.Jika ada yang bertanya pada saya,minat membaca novel.Ya..saya minat.Untuk tahu seterusnya baca dibawah:


Awak baca Novel?.

Ya..saya baca novel.Setakat ni ada beberapa jumlah novel dalam bilik buku saya.Saya tidaklah sefanatik orang lain dalam membaca novel.Hanya minat dan sebagai merehatkan minda,bahan yang boleh memotivasikan diri.Ya novel juga boleh mendatangkan motivasi diri,ikut cerita dan mesej apa yang mahu di sampaikan oleh penulis kepada pembacanya.Lagi pun dalam sebuah buku tulisan Dr.H.M Tuah Iskandar ada tertulis fakta,membaca novel boleh melambatkan nyanyuk,kalau tidak silap saya.

Menyeronokan membaca novel?

membaca novel sangat menyeronokan itu pada pandangan saya.Bila saya membaca novel saya akan masuk kedalam novel itu,seolah-olah saya sebahagian dari watak yang ada dalam novel itu.Imaginasi,Khayal dan ghairah untuk mengetahui babak-babak seterusnya kadang-kadang menguasai ketika membaca novel,mahu tahu lebih cepat apa babak seterusnya.

Namun bergantung kepada masa yang ada pada kita.Mana tidaknya,tengah syok dan seronok mahu membaca bab seterusnya si anak menangislah pula mahu susu,si Ayah pulah mahu minta bikin teh dan macam-macam lagi.Itu gangguan dalam membaca novel.Tidak sama dengan menonton TV atau wayang,tengah seronoknya,iklan pula,betul-betul potong stim..!.

Jenis Novel?.

Macam-macam jenis novel ada di pasaran,ada cinta,kekeluargaan,seram,jenayah,thriller,politik,novel Islami,novel remaja,novel kanak-kanak,motivasi,satira dan banyak lagi.Jika diikutkan citarasa saya tentang baca novel sebenarnya saya tidak memilih jenis novel,namun bila saya pilih punya pilih bila ke kedai buku,saya lebih terpilih novel motivasi dan thriller.Novel cinta juga minat...Cinta siapa yang tidak minat.

Penulis Yang Di minati?.

Siapa pun bila di tanya tentang penulis novel yang di minati,mereka ada minat tersendiri.Mungkin ada yang minat orangnya,minat cara penulisannya dan pelbagia jenis minat yang ada pada diri setiap peminat kepada penulis novel yang di minatinya.Antara yang saya minat penulis novel Inikah Cinta Dr.H.M Tuah Iskandar,novel beliau banyak motivasinya biarpun novel itu novel cinta.Juga minat dengan penulis novel aksi Detik Debar EYMAN HEIYKAL atau nama sebenarnya Norden Mohammad.

Secara ikhlasnya itulah setakat ini yang saya minati.Sebenarnya banyak lagi penulis-penulis hebat yang perlu di minati penulisannya seperti sasterawan hebat A.Samad.Said dan sasterawan hebat Negara yang lain-lainnya.Sudah pastinya mereka inilah yang menjadi idola dan contoh bagi penulis-penulis baru.Juga peminat dan pencinta buku.

Bila Masa Beli Novel

Saya bukanlah peminat fanatik novel tetapi saya minat baca novel,Novel yang saya miliki kebanyakannya dibeli di jualan harga runtuh,seperti di Karnival Karangkraf.Bila ke kedai buku memang suka saya membelek-belek novel-novel yang pelbagai tajuk dan tebal-tebal pula.Rasa teruja melihat novel yang tebal itu.Dalam fikiran,macam manalah penulis ini boleh menulis novel setebal itu.Memang hebat mereka.Insyallah saya akan cuba menulis novel..dalam hati saya.Kesimpulannya untuk novel,saya akan membelinya bila ada keinginan yang kuat bila mahu membacanya dan yang penting ada diskaun yang berpatutan.Itulah yang semua orang mahukan kan?.

Apa pun jenis buku yang kita baca.Ia nya akan mampu membuka minda kita agar lebih kreatif dan inovatif.Perkembangan ilmu kita bertambah dan semangat untuk menjadikan pembacaan sebagai budaya hidup akan terus sebati dalam diri.Masyarakat akan lebih unggul dan tamadun akan lebih tinggi kesan dari pembacaan.

Justeru itu,marilah semarakan budaya membaca dalam masyarakat kita.

Jom Membaca...!

Culas Dan Malas


Saya pun tidak tahu sejak bila saya mula,berhenti menulis dalam blog ini,hanya sesekali jika ada kelapangan saya sempat update itu pun hanya tukar gambar di bahagian sidebar.Culas dan malas menulis itulah jawapan yang pasti.Banyak sebenarnya yang mahu dikongsi dan diluah tapi semuanya tergendala dek’ kerana culas dan malas.ya..malas,siapa pun ada sifat ini.Hari ini cuba gagahi untuk cuba menulis sesuatu untuk dikongsi dalam blog.Culas dan malas membaca juga ke?.

Oh..tidak sama sekali,setakat ni Alhamdulillah,membaca mesti dan suatu ketetapan jika ada kelapangan masa.Paling malas pun seminggu sebuah buku sahaja.Makin hari makin bertambah jumlah buku,rak yang lain sudah penuh dengan buku-buku dan majalah.Mahu tak mahu letak sahaja mana-mana ruang yang kosong yang boleh memuatkan buku-buku yang makin bertambah itu.


Membaca tetap membaca,menulis sahaja yang culas dan malas.Banyak idea-idea yang datang tapi pergi begitu sahaja.Adakalanya jika sempat tulis,tulis di kertas kosong,namun tidak sempat mahu di tulis menjadi bahan cerita,terbiar begitu sahaja.Idea menulis yang masih dalam kertas kosong banyak lagi yang tidak tertulis entah bila mahu ditulisnya.


Bagaimana dengan sahabat blogger semua?.Harap tidak malas dan culas macam saya,menulis dalam blog ada pasang surutnya,ada masa rajin,terus menulis.Ada masa malasnya,terus terabai blog kosong dari pengisian.Macam itu juga dengan iman kita sekejap naik sekejap turun.Bila pengisian  dalam diri banyak,maka tinggilah tahap motivasi kita,bila rendah,maka kuranglah ia secara mendadak.

Namun kekurangan dan penurunan iman itulah yang kita pastikan lebih fokus,blog kosong tiada pengisian,bila-bila boleh update tapi bila iman asyik merudum,inilah yang sangat perlu kita isi dan sirami dengan mutiara-mutiara indah bagi membangkitkan motivasi agar keimanan kita tetap teguh,utuh dan mantap,berdoa supaya Allah menetapkan keimanan kita.Maklum iman itu bisa berbolak balik seperti yang saya cakapkan tadi,sekejap naik sekejap turun.


Apa pun yang berlaku semua itu tidak akan terus-menerus kita akan rasa malas dan culas,begitu juga dengan saya.Insyallah saya akan lawan perasaan itu.Semangat dan motivasi tinggi akan menyemarakan lagi keharmonian dan ketenangan diri.Maka semakin kita kuat dan semangat semakin banyak idea-idea yang kita dapat kongsikan.Membaca di teruskan,perkongsian diblog juga terus di perhebatkan.

Insyallah.

Jom Membaca...!

DEMI MASA