Koleksi Novel
Tahniah
kepada sahabat yang suka membaca,tidak kiralah apa jenis buku yang sahabat
baca.Selagi ada daya dan masa membacalah,tiada kerugian walau satu saat pun
jika apa yang kita baca boleh membawa kita ke arah yang lebih maju dan
bertamadun.Banyak jenis buku yang boleh dihadam.Ada buku ilmiah,buku
motivasi,buku ekonomi,buku teknologi,Koleksi Cerpen dan macam-macam lagi,malah
novel pun ada.
Bagaimana
dengan novel?.Tentu ada yang lebih minat dari saya.banyak kumpul novel hingga
berrak-rak,syabas dan tahniah.minat yang sangat bagus dan mengujakan.Jika ada
yang bertanya pada saya,minat membaca novel.Ya..saya minat.Untuk tahu
seterusnya baca dibawah:
Awak baca Novel?.
Ya..saya
baca novel.Setakat ni ada beberapa jumlah novel dalam bilik buku saya.Saya
tidaklah sefanatik orang lain dalam membaca novel.Hanya minat dan sebagai
merehatkan minda,bahan yang boleh memotivasikan diri.Ya novel juga boleh
mendatangkan motivasi diri,ikut cerita dan mesej apa yang mahu di sampaikan
oleh penulis kepada pembacanya.Lagi pun dalam sebuah buku tulisan Dr.H.M Tuah
Iskandar ada tertulis fakta,membaca novel boleh melambatkan nyanyuk,kalau tidak
silap saya.
Menyeronokan membaca novel?
membaca
novel sangat menyeronokan itu pada pandangan saya.Bila saya membaca novel saya akan
masuk kedalam novel itu,seolah-olah saya sebahagian dari watak yang ada dalam
novel itu.Imaginasi,Khayal dan ghairah untuk mengetahui babak-babak seterusnya
kadang-kadang menguasai ketika membaca novel,mahu tahu lebih cepat apa babak
seterusnya.
Namun
bergantung kepada masa yang ada pada kita.Mana tidaknya,tengah syok dan seronok
mahu membaca bab seterusnya si anak menangislah pula mahu susu,si Ayah pulah
mahu minta bikin teh dan macam-macam lagi.Itu gangguan dalam membaca
novel.Tidak sama dengan menonton TV atau wayang,tengah seronoknya,iklan
pula,betul-betul potong stim..!.
Jenis Novel?.
Macam-macam
jenis novel ada di pasaran,ada
cinta,kekeluargaan,seram,jenayah,thriller,politik,novel Islami,novel
remaja,novel kanak-kanak,motivasi,satira dan banyak lagi.Jika diikutkan
citarasa saya tentang baca novel sebenarnya saya tidak memilih jenis
novel,namun bila saya pilih punya pilih bila ke kedai buku,saya lebih terpilih
novel motivasi dan thriller.Novel cinta juga minat...Cinta siapa yang tidak
minat.
Penulis Yang Di minati?.
Siapa
pun bila di tanya tentang penulis novel yang di minati,mereka ada minat
tersendiri.Mungkin ada yang minat orangnya,minat cara penulisannya dan pelbagia
jenis minat yang ada pada diri setiap peminat kepada penulis novel yang di
minatinya.Antara yang saya minat penulis novel Inikah Cinta Dr.H.M Tuah
Iskandar,novel beliau banyak motivasinya biarpun novel itu novel cinta.Juga
minat dengan penulis novel aksi Detik Debar EYMAN HEIYKAL atau
nama sebenarnya Norden Mohammad.
Secara
ikhlasnya itulah setakat ini yang saya minati.Sebenarnya banyak lagi
penulis-penulis hebat yang perlu di minati penulisannya seperti sasterawan
hebat A.Samad.Said dan sasterawan hebat Negara yang lain-lainnya.Sudah pastinya
mereka inilah yang menjadi idola dan contoh bagi penulis-penulis baru.Juga
peminat dan pencinta buku.
Bila Masa Beli Novel
Saya
bukanlah peminat fanatik novel tetapi saya minat baca novel,Novel yang saya
miliki kebanyakannya dibeli di jualan harga runtuh,seperti di Karnival
Karangkraf.Bila ke kedai buku memang suka saya membelek-belek novel-novel yang
pelbagai tajuk dan tebal-tebal pula.Rasa teruja melihat novel yang tebal
itu.Dalam fikiran,macam manalah penulis ini boleh menulis novel setebal itu.Memang
hebat mereka.Insyallah saya akan cuba menulis novel..dalam hati saya.Kesimpulannya
untuk novel,saya akan membelinya bila ada keinginan yang kuat bila mahu
membacanya dan yang penting ada diskaun yang berpatutan.Itulah yang semua orang
mahukan kan ?.
Apa
pun jenis buku yang kita baca.Ia nya akan mampu membuka minda kita agar lebih
kreatif dan inovatif.Perkembangan ilmu kita bertambah dan semangat untuk
menjadikan pembacaan sebagai budaya hidup akan terus sebati dalam
diri.Masyarakat akan lebih unggul dan tamadun akan lebih tinggi kesan dari pembacaan.
Justeru
itu,marilah semarakan budaya membaca dalam masyarakat kita.
Jom Membaca...!
No comments:
Post a Comment