Followers

Wednesday, June 15, 2011

Panduan Menulis (1): Hemat Menulis




Rupanya menulis pun perlu berhemat. Hemat dengan waktu menulis. Untuk mudah faham, saya akan buat eksperimen. Saya akan menulis entri ini dalam masa sepuluh minit. Tidak lebih.

Seperti kita ke pasar raya untuk membeli barang. Kita sudah senaraikan barang yang hendak dibeli. Kita sudah hadkan wang yang hendak dikeluarkan. Kita juga sudah menetapkan waktu yang hendak diperuntukkan untuk membeli barang di pasar raya itu. Menulis juga begitu.

Apabila hendak menulis, pertama kita mesti tahu apa yang kita hendak sampaikan. Apa isi tulisan kita itu. Kemudian, kita mesti sasarkan tarikh siapnya tulisan itu. Katalah, tarikh siap yang disasarkan adalah Jumaat depan. Seterusnya, kita mesti tetapkan hari apa kita hendak duduk menulis dan berapa jam kita hendak memperuntukkan waktu menulisnya. Sudah tentu, kita mesti membuat persediaan untuk menulis. Misalnya, membuat sedikit penyelidikan untuk menyokong hujah dalam tulisan itu. Dengan itu, apabila kita duduk menulis nanti, kita dalam keadaan bersedia dengan hujah dan fakta.

Apabila kita benar-benar hendak duduk menulis, kita mesti membuat sasaran. Berapa minit atau berapa jam yang kita hendak peruntukkan untuk menulis itu. Ini yang saya maksudkan berhemat dalam menulis.

Apabila kita tidak cuba berhemat dalam menulis, kita mungkin memperuntukkan masa yang terlalu lama untuk menyiapkan sesebuah tulisan, kerana kita tidak menetapkan sasaran. Dengan kata lain, kita tidak membuat perancangan. Apa yang mungkin berlaku, sebelum habis menulis, kita akan beralih pada kerja lain. Hal itu menyebabkan kita kehilangan momentum menulis. Pada akhirnya, tulisan itu akan tergantung. Apabila kita duduk semula untuk meneruskannya, kita sudah sukar untuk menemui sentuhan semula.

Baik, rasanya saya sudah dapat menyampaikan apa yang saya hendak sampaikan dan sudah cukup 10 minit saya menulis entri ini. Allah memberi masa yang selesa kepada kita untuk berbuat satu-satu pekerjaan maka kita harus berhemat menggunakannya. Rancang masa menulis.

Sumber: Zakaria Sungib

Thursday, June 9, 2011

Indahnya membaca

Membaca...sungguh indah..!


Catatan penulisan hari ini,saya mahu bercerita tentang membaca,sesiapa sahaja yang suka membaca pasti ada rasa seronok dan menyeronokkan,bukan itu sahaja tetapi pelbagai perasaan yang timbul dalam diri.Semua orang tahu manfaat atau faedahnya membaca.Tak perlu lagi saya senaraikan satu persatu,bagi saya sekarang bukan masanya untuk menceritakan perkara itu,itu semua sudah tahu dan faham.

Kini adalah waktunya untuk kita merealisasikan apa yang kita tahu dan faham.Bukan sekadar omong-omongan tanpa praktis.Membaca perlu semangat.Tiada semangat,maka apa yang dimahukan pasti tidak akan tercapai.Beberapa perkara yang mendorong saya mahu membaca,antaranya;

1)Membaca itu tuntutan

Saya yakin dengan seruan dan tuntutan ini.Jika ada yang mengatakan,membaca itu bukan sesuatau yang besar,saya harap fikir semula lah kata-kata itu.Ingat membaca ada termaktub di dalam Al-Quran.Malah wahyu yang pertama dikirim oleh Jibril kepada Nabi SAW adalah seruan agar membaca.Sudah pasti,ia sesuatu yang besar dan di tuntut.

Bukankah kehidupan kita,lebih-lebih lagi orang Islam,dari awal bangun tidur sampailah mahu tidur lagi,semua ada bacaan doanya(membaca),bukankah itu suruhan juga untuk kita membaca,ya membaca doa,tapi di sebaliknya ada satu seruan,bahawa dengan membaca kehidupan kita pasti di Rahmati Allah.

Sebab itu sangat di galakan membaca doa setiap kali kita melakukan perbuatan yang baik.Malah sebelum memulakan sesuatu juga kita digalakan dan di tuntut membaca ‘BISMILLAH’..Jadi tuntutan membaca itu sebenarnya sangat besar dan sewajarnya kita jadikan amalan dalam kehidupan kita (Konsep hidup).Saya petik surah al-Alaq untuk kita renungkan bersama;

“Bacalah dengan menyebut nama Tuhan-MU yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.Bacalah dan Tuhan-MU Yang Maha Pemurah.Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”

(Surah Al-Alaq:1-5)

Jadi semarakan kehidupan kita dengan membaca,membaca dan membaca..!

2)Semangat mahu membaca

Membaca perlu semangat.Tiada semangat,maka apa yang dimahukan pasti tidak akan tercapai.Keinginan kuat untuk mengetahui sesuatu,oleh itu dorongan yang kuat ada pada diri sendiri mesti kena ada.Kalau tidak sampai bila-bila pun,tak membaca.Semangat itu perlu di pupuk dan setiap hari semangat itu mesti kena di kekalkan,jika tidak,malaslah yang akan menunjangi hati kita.Semangat..terus semangat..pasti minda menyengat..!.Membacalah selagi nyawa masih ada,kerana suatu masa kita pasti tidak dapat membaca,yang ada Cuma kita di bacakan talqin..itu pasti..!.

3)Perlukan pengorbanan

Apa yang saya maksudkan di sini,adalah,peruntukan serba sedikit belanja kita untuk buku.Ia itu membeli buku,bila sudah semangat tapi tidak ada bahan bacaan yang hendak di baca pun,tidak akan menjadi apa dengan semangat itu.Jadi korbankanlah sedikit sebahagian pendapatan kita untuk membeli buku,untuk mendapatkan ilmu,tak kanlah tidak boleh.Sekadar sebulan sebuah buku tak kan itu pun payah sangat.Betul tak?.Anda takkan rugi apa-apa,malah untung banyak tak terkira.

Kalau agak payah nak korban duit untuk beli buku,apa kata korbankan sikit masa,mungkin pada hujung minggu,setiap hari Ahad,pergi keperpustakaan negeri,desa atau di mana pun,untuk permulaan semangat yang sedang mengelegak itu ,jadi ahli dan pinjam buku.Rasanya tidak susah pun,Cuma korban masa,tenaga,minyak dan tol.Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih..!.

4)Adakan bilik buku

Apa pun namanya, bilik buku,bilik bacaan,mini perpustakaan dan sebagainya.Bergantung kemampuan masing-masing,sama ada sudut kecil,sebuah bilik atau di mana pun ruang yang masih ada untuk diwujudkan ruangan buku atau membaca ini.Percayalah,jika ini anda boleh realisasikan di dalam rumah,pasti semangat anda untuk menimba ilmu melalui buku pasti akan bertambah-tambah kuat.

Bila anda buka bilik buku sahaja,sudah terpampang buku-buku tersusn indah di dalam rak-rak yang di sediakan.Rasa cinta dan sayang pada buku dan membaca dalam diri anda pasti wujud dengan sendirinya.Anda akan lebih ghairah lagi untuk membeli buku dan membacanya.Satu masa,anda tidak menyentuh buku dan membacanya anda akan rasa kehilang sesuatu pada diri anda.Syukur pada Allah,yang mengizinkan saya punyai rasa sayang dan cinta dengan buku,sudah pastinya buku-buku itu saya baca,ada yang berulang saya baca,dek kerana adakalanya peruntukan itu tidak mencukupi.

Waktu saya menulis ini,saya sedang menikamati sebuah buku yang bertajuk ‘SPIRITUAL READING’ hidup lebih bermakna dengan membaca.Dan sewaktu saya menulis ini juga saya berada di dalam ‘Bilik Buku ND Balqis dan Muhammad Anas’,Bilik khas saya untuk menulis,membaca dan santai-santai membelai-belai buku..ha..ha..jangan tidak..!.Sediakanlah bilik bacaan anda.Anda pasti teruja..!Pasti menyeronokkan.

5)Impian menulis

Alhamdulillah,bila rasa cinta dan sayang,rasa seronok,rasa ghairah dan macam-macam lagi perasaan yang ada setelah minat membaca,satu masa,bila anda melihat,buku-buku yang tersusun kemas,indah dan cantik,akan ada satu perasaan mahu dan ingin anda miliki,apa dia? Perasaan yang anda mahukan dan diri saya juga,iaitu dalam susunan buku-buku itu akan ada terselit sebuah buku hasil tulisan anda,itu yang saya impikan sekarang.Kita asyik membaca buku orang lain,bila lagi kita akan miliki hasil tulisan kita sendiri,buku kita pula orang lain baca.Indah bukan?, hasil membaca melahirkan rasa minat menulis.

Mengapa tidak?.Semoga impian ini akan terlaksana,bagi mengisi hari-hari dan usia yang makin meningkat.Dari cinta membaca buku,lahir cinta menulis..Wah..gandingan mantap..hebat bukan..!.Semoga Allah mengkabulkan impian saya dan anda.

5)Membaca,membaca dan terus membaca

Ya betul..! seruan membaca ini patut terus di semarakkan di mana-mana sahaja.Itu yang saya sering selalu bisikan dalam hati saya.Membaca,membaca dan membaca.Kerana pada hakikatnya setiap saat sebenarnya kita sedang membaca,Setiap apa yang kita lakukan ada bacaannya sebelum dan sesudahnya,yakni ada bacaan doanya,kalau itu pun kita malas.Kita masih gagal menyelami maksud yang sangat mendalam ,dalam memahami wahyu yang termaktub dalam ayat di atas.Yang sebenarnya kita masih gagal dalam menyahut seruan dan tuntutan Iqra itu.Harus bagaimana?.Muhasabalah diri..renung-renungkan dan fikir-fikirkan..!.

Oleh itu,kelima-lima perkara ini,sedang saya praktiskan dalam diri saya,mudah-mudahan akan menjadi contoh buat anak-anak dan keluarga saya, Ia-nya sekadar pandangan pribadi saya.Justeru,keindahan membaca akan kita miliki setelah kita benar-benar menghayatinya.Jadi tunggu apa lagi.Membacalah mulai sekarang.

Jom Membaca…!.

Tuesday, June 7, 2011

Ilham menulis

Menulis terus menulis


Menulis memerlukan kesungguhan tanpa jemu,melalui pengalaman,persekitaran kehidupan kita,pembacaan,menonton video dan pelbagai lagi bentuk situasi yang boleh memberikan kita inspirasi menulis sesuatau yang bermanfaat.Kita boleh mengolah menjadi suatu bahan perkongsian yang menarik untuk semua pembaca.Di mana pun kita berada,ia dapat di jadikan bahan yang menarik untuk dikongsi.

Pengalaman hidup yang indah,suatu kejayaan dalam hidup bahkan sesuatu yang pahit dalam hidup kita juga boleh di kongsi sebagai pengajaran kerana hidup ini diwarnai dengan pelbagai ragam suka,duka,gembira,kecewa,rindu,tangis,resah dan sebagainya,di olah sebagai suatu yang bermanfaat.Membacanya pasti ada pengajaran yang boleh di pelajari.Biar pun ianya hanya sekadar monolog ataupun secebis kisah dalam hidup.
Suatau penulisan memerlukan pencarian idea mahupun ilham,ia perlu di cari dan terus di cari.

Tanpa mencarinya belum tentu penulisan itu terhasil,mungkin kebuntuan dan ketumpulan yang singgah di pemikiran kita.Seperti yang saya tuliskan di atas tadi,melaluinya (pengalaman) idea atau ilham boleh di dapati,kita olah dan nukilkan sebagai suatu penulisan yang indah dan menarik.

Sebagai contoh,buku dairi pribadi,maklum sahaja,masih ada dikalangan kita masih menulis dan menyimpan dairi yang merupakan buku catatan bagi menukilkan setiap perkara yang kita lakukan setiap hari mahupun nukilan-nukilan rasa yang lahir dari pemikiran kritis kita.Mungkin ada sesuatu yang menarik untuk kita kongsikan,maka kita boleh olah sebagai idea penulisan kita,tidak kiralah apa jua penulisan,Cerpen,sajak,puisi ataupun Novel.Suatau yang menarik akan terhasil dari sebuah dairi kehidupan yang kita miliki.Bukankah itu idea atau ilham..!.

Melalui perbualan,kisah-kisah orang lain dan pengaduan juga merupakan idea atau ilham yang kita boleh jadikan bahan penulisan yang menarik.Melalui penglihatan kita sehari-harian,pendengaran yang kita dengar semuanya idea ataupun ilham yang sama-sama kita boleh manfaatkan untuk kebaikan bersama.Bahkan leteran seorang Bos,leteran seorang isteri dan apa sekalipun adalah idea atau ilham yang sangat menarik jika kita pandai menukilkan darinya.

Justeru itu,ilham itu ada di mana-mana,kita kena cari dan mencari,maka dengan ilham itu,jadikannya satu penulisan yang mendatangkan manfaat pada orang ramai.

Sekian,Sekadar pandangan.

Monday, June 6, 2011

Aku dan ‘Mereka’

'Mereka yang di maksudkan'


Sukar untuk aku ungkapakan,bila melihat mereka semua,Aku terlalu sayang padanya.Mana mungkin Aku bisa meninggalkannya begitu sahaja.Pagi.petang dan malam asyik ingatkan mereka.Mereka sangat akrab,semenjak Aku kenal mereka.Mungkin mereka juga begitu.Setiap kali kami bertemu,kami akan berpelukan dengan rasa rindu dan sayang.

Aku tidak mahu berpisah dengan ‘mereka’ semua.Aku sudah kenal,mereka juga sudah mengenali Aku,tak tahulah apa akan jadi dengan ‘mereka’ bila Aku ditakdirkan tiada lagi di dunia ini.Aku harap dapat wariskan kasih sayangku pada ‘mereka’,kepada zuriatku.Aku harap zuriatku sayangkan ‘mereka’ seperti Aku sayangkan ‘mereka’.

‘Mereka’ telah memberi banyak jasa padaku,entahlah sesekali hati ini pilu,sayu,sendu dan bermacam rasa lagi bermain di benak hatiku ini.Sesekali ada waktu yang terluang,Aku akan belai satu persatu,adakalanya aku berbicara,meluahkan rasa hati pada ‘mereka’.Membelai-belai ‘mereka’ ada kekuatan,rasa indah dan tenang.Cinta dan sayang semakin hari semakin kuat,tak ingin berpisah selamanya.’Mereka banyak memberikan aku tenaga minda buatku,minda ku jadi segar bugar bila bersama ‘mereka’.Fikiran ku jadi luas dan matang bila aku bongkar apa yang ada dalam ‘mereka.’

Betapa hati ini kasih pada ‘mereka’,tiap kali aku ingin pergi mencari rezeki untuk menampung kelangsungan hidup,Aku akan mengucapakan selamat tinggal dan jumpa lagi,malah aku akan melambai-lambai pada ‘mereka’ dengan penuh kasih..persis sang kekasih mahu berpisah untuk ke luar negera..!.

Namun adakalanya Aku akan membawanya bersama ‘mereka’,tatkala Aku kesepian dan keseorangan.Ada masa yang terluang Aku akan membelai-belai dan menyelak-nyelak untuk mendapatkan makanan minda ku.Jadi adanya ‘mereka’ hidup ku tidak membosankan,malah jika tanpanya sering sahaja kebosanan.

Sebagai tanda kasih dan cintanya Aku padanya Aku,menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk ‘mereka’.’Mereka’ amat gembira dan lebih-lebih Aku.Aku akan mencarikan kawan-kawan barunya,biar meriah tempat tinggalnya.Waktu ini,Aku baru sahaja beberapa bulan berpindah,jadi ‘mereka’ juga turut gembira dengan penghijrahan ini.’Mereka’ lebih selesa dan seronok sekali.

Kawan-kawan barunya pun makin bertambah,meriah dan sungguh ceria.Aku bahagia bersama ‘mereka’.Sungguh..kerana Aku memang mengimpikan suatu masa nanti Aku akan memiliki mereka..apatah lagi sentiasa akrab bersama ‘mereka’.Naluriku berkata-kata,’mereka’ akan aku wariskan pada anak-anakku..Aku pun ingin melihat,anak-anakku menyanyaginya dan sering bersama ‘mereka’.Bersama ‘mereka’,ada banyak buah minda yang dapat di cerna.Aku percaya ‘mereka’ juga suka kepada ‘mereka’.

Ahh..perasaanku mengapa terlalu begini.Mungkin kerana Aku terlalu mencintai ‘mereka’..Cukuplah sekadar ini luahan perasaanku terhadap ‘mereka’ …!

(‘Mereka’ yang saya maksudkan dalam monolog ini ialah buku-buku yang berada di Bilik buku saya.)

DEMI MASA