Followers

Monday, June 6, 2011

Aku dan ‘Mereka’

'Mereka yang di maksudkan'


Sukar untuk aku ungkapakan,bila melihat mereka semua,Aku terlalu sayang padanya.Mana mungkin Aku bisa meninggalkannya begitu sahaja.Pagi.petang dan malam asyik ingatkan mereka.Mereka sangat akrab,semenjak Aku kenal mereka.Mungkin mereka juga begitu.Setiap kali kami bertemu,kami akan berpelukan dengan rasa rindu dan sayang.

Aku tidak mahu berpisah dengan ‘mereka’ semua.Aku sudah kenal,mereka juga sudah mengenali Aku,tak tahulah apa akan jadi dengan ‘mereka’ bila Aku ditakdirkan tiada lagi di dunia ini.Aku harap dapat wariskan kasih sayangku pada ‘mereka’,kepada zuriatku.Aku harap zuriatku sayangkan ‘mereka’ seperti Aku sayangkan ‘mereka’.

‘Mereka’ telah memberi banyak jasa padaku,entahlah sesekali hati ini pilu,sayu,sendu dan bermacam rasa lagi bermain di benak hatiku ini.Sesekali ada waktu yang terluang,Aku akan belai satu persatu,adakalanya aku berbicara,meluahkan rasa hati pada ‘mereka’.Membelai-belai ‘mereka’ ada kekuatan,rasa indah dan tenang.Cinta dan sayang semakin hari semakin kuat,tak ingin berpisah selamanya.’Mereka banyak memberikan aku tenaga minda buatku,minda ku jadi segar bugar bila bersama ‘mereka’.Fikiran ku jadi luas dan matang bila aku bongkar apa yang ada dalam ‘mereka.’

Betapa hati ini kasih pada ‘mereka’,tiap kali aku ingin pergi mencari rezeki untuk menampung kelangsungan hidup,Aku akan mengucapakan selamat tinggal dan jumpa lagi,malah aku akan melambai-lambai pada ‘mereka’ dengan penuh kasih..persis sang kekasih mahu berpisah untuk ke luar negera..!.

Namun adakalanya Aku akan membawanya bersama ‘mereka’,tatkala Aku kesepian dan keseorangan.Ada masa yang terluang Aku akan membelai-belai dan menyelak-nyelak untuk mendapatkan makanan minda ku.Jadi adanya ‘mereka’ hidup ku tidak membosankan,malah jika tanpanya sering sahaja kebosanan.

Sebagai tanda kasih dan cintanya Aku padanya Aku,menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk ‘mereka’.’Mereka’ amat gembira dan lebih-lebih Aku.Aku akan mencarikan kawan-kawan barunya,biar meriah tempat tinggalnya.Waktu ini,Aku baru sahaja beberapa bulan berpindah,jadi ‘mereka’ juga turut gembira dengan penghijrahan ini.’Mereka’ lebih selesa dan seronok sekali.

Kawan-kawan barunya pun makin bertambah,meriah dan sungguh ceria.Aku bahagia bersama ‘mereka’.Sungguh..kerana Aku memang mengimpikan suatu masa nanti Aku akan memiliki mereka..apatah lagi sentiasa akrab bersama ‘mereka’.Naluriku berkata-kata,’mereka’ akan aku wariskan pada anak-anakku..Aku pun ingin melihat,anak-anakku menyanyaginya dan sering bersama ‘mereka’.Bersama ‘mereka’,ada banyak buah minda yang dapat di cerna.Aku percaya ‘mereka’ juga suka kepada ‘mereka’.

Ahh..perasaanku mengapa terlalu begini.Mungkin kerana Aku terlalu mencintai ‘mereka’..Cukuplah sekadar ini luahan perasaanku terhadap ‘mereka’ …!

(‘Mereka’ yang saya maksudkan dalam monolog ini ialah buku-buku yang berada di Bilik buku saya.)

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA