Followers

Monday, May 23, 2011

RM 70 juta nilai buku dalam stor DBP?

Buku-buku keluaran DBP


Antara ojektif penubuhan DBP,seperti yang tercatat dalam Akta 213,Akta DBP (semakan tahun 1978,pindaan dan perluasan 1995),dalam kesempatan tulisan saya ini,saya hanya mengambil satu daripada 6 objektif tujuan DBP ditubuhkan,iaitu ojektif ketiga seperti yang tercatat dalam Akta tersebut iaitu:

3) Untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku,majalah-majalah,risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan bahasa lain.

Tulisan ini bukanlah untuk kondem DBP,kerana semua maklum kewujudan DBP ini.Sebagai institusi yang di beri kuasa untuk meninggikan martabat bahasa Melayu,setiap tahun kerajaan memperuntukan sejumlah besar untuk di manfaatkan DBP bagi memperkasa bahasa Melayu.Namun apabila terbaca tentang DBP dalam kemelut ‘Daruratkan Bahasa’,rasa terpanggil untuk meluahkan sedikit nukilan untuk sama-sama menyelamatkan DBP agar kembali semula kepada asas penubuhannya.

Kemelut ini,haruslah diselesaikan dengan sebaiknya,sebelum nasi menjadi bubur,kita akan kehilangan institusi yang sangat penting seandainya kemelut ini dibiarkan berlarutan.Saya bersetuju dan menyokong sepenuh keatas penubuhan ‘GERAKKAN DARURAT BAHASA’ (GDB),sebagai badan NGO yang prihatin keatas kemelut yang melanda DBP ini,sekalung penghargaan kepada 60 buah NGO yang turut sama-sama bergabung dan mendesak agar kerajaan mengembalikan semula peranan DBP yang mereka dapati telah menyimpang daripada fungsi asal ditubuhkan(membina dan mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi nrgara berdasarkan Perkara 152,Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta 213,Akta DBP)-harakah/fikrah 4-7April 2011).

Sebagai rakyat Malaysia,yang sukakan membaca,saya rasa terkilan bila membaca tentang RM 70 juta buku-buku keluaran DBP hanya terperap di dalam stor,mengapa ini mesti berlaku?.Sedangkan semua buku-buku ini sudah siap dan perlu di jual,tetapi sebaliknya berlaku,bukankah ini satu kerugian yang sangat besar?.RM 70 juta bukan angka yang kecil.Sebagai pembaca,saya juga memiliki majalah-majalah keluaran DBP dan juga buku-buku hasil karya penulis yang bernaung di bawah DBP.

Saya ingat kembali semasa Pesta Buku Selangor 2011,saya ada membeli majalah-majalah DBP semurah RM 0.5O Sen,lambakan majalah DBP semurah 50sen itu telah menarik minat orang ramai membelinya,hingga hari terakhir,di dapatinya hanya tinggal beberapa naskah sahaja.

Apakah terbitan DBP hanya sekadar,menunggu untuk di jual murah?.Sayang seribu kali sayang kalau ini yang berlaku,memang rugi pun.DBP mesti kembali kepada asal,tamatkan sahaja penswastaan yang berlaku,DBP harus melakukannya sendiri tanpa melalui orang tengah yang mendatangkan kerugian yang besar,terbit buku,majalah,majalah ilmiah,buku teks,risalah dan sebagainya dengan sendiri,lagi selamat.Terbit dan cetak buku sendiri,lagi menguntungkan daripada diswastakan.

Justeru,usaha-usaha untuk menyelamatkan institusi ini sangat diharapkan diambil perhatian oleh pihak kerajaan,khususnya oleh pihak DBP sendiri.Mereka perlu merombak dan menyusun semula organisasi DBP lebih efisen dan kembali ke fungsi asal penubuhannya.

Maklumat dari: Akhbar Harakah.

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA