Followers

Tuesday, July 31, 2012

Catatan Ramadan (16)





Bingkisan Dari Palestin Oleh Aqsa Syarif

Alhamdulillah tidak terhingga masih diizinkan untuk menulis sesuatu,Ramadan masih bersama kita menyinari kehidupan yang sedang kita lalui.Di mana jua kita berada Ramadan tetap setia bersama kita,namun setiakah kita seperti Ramadan?. Sudah seminggu kita dalam Ramadan,masih kuat dan bersemangat untuk terus menelusuri arusnya yang makin deras dan laju.Insyallah, semoga Allah tetap memberi kekuatan kepada kita semua.

Syukur pada malam ini (26/07/2012-Khamis) masih di izinkan Allah untuk turut sama-sama memeriahkan dan mengimarahkan Ramadan di Surau Kariah Darul Muslimin.Selepas lapan rakaat di adakan pula Tazkirah Terawih. Ia lebih pada satu perkongsian atau maklumat terkini tentang umat Islam palestin.Saban hari dan saban waktu umat Islam di Palestin sentiasa di ancam dengan pelbagai ugutan dan ancaman dari pihak rejim zionis yang zalim. Malam ini penerangan oleh pihak Ngo Aqsa Syarif sebuah pertubuhan sukarelawan yang di jemput khas oleh pihak Surau Darul Muslimin.

Ramadan tidak melupakan kita tentang nasib umat Islam yang masih di belenggu oleh penjajahan asing.Simpati kita sebagai saudara se-Islam sangat di perlukan oleh mereka,bukan sahaja simpati tetapi sokongan dan dokongan oleh seluruh Umat Islam dunia terhadap Palestin sangat di harapkan oleh mereka.Hampir 60 tahun lebih Palestin di hambat oleh penderitaan yang amat dahsyat.Rejim zionis Israel tidak pernah berhenti untuk melakukan apa sahaja tindakan jahat,kejam,ganas dan zalim terhadap penduduk Palestin.

Kedatangan wakil Ngo Aqsa Syarif pada malam tersebut sangat memberi input kepada jemaah yang hadir. Tayangan slide yang menunjukkan mangsa-mangsa kekejaman rejim sangat menyentuh hati semua.Mereka tidak pernah mengenal erti aman,kerana sentiasa di buru oleh pihak tentera rejim zionis.Tiap detik dan tiap saat nyawa mereka bila-bila masa sahaja boleh melayang.Begitulah nasib penderitaan yang mereka alamai.Aqsa Syarif sebagai sebuah pertubuhan sukarelawan telah begitu prihatin dengan keadaan di Palestin.

Untuk itu,pertubuhan tersebut telah banyak melakukan sumbangan berbentuk material hasil kutipan dana dari umat Islam di Malaysia.Hasil dari itu terbina pelbagai prasarana yang di usahakan oleh pertubuhan tersebut,antaranya membina sebuah Universiti,membina kilang roti,masjid,penternakan ikan air tawar dan pelbagai lagi yang dilaksanakan semuanya itu  hasil dana yang di kutip dari Umat Islam di Malaysia.Keperihatinan umat Islam di Malaysia menunjukkan komitmen umat,bahawa umat Islam di mana pun berada,susah atau senang mereka adalah saudara seagama yang perlu di beri bantuan.

Sikap dan tanggungjawab sebagai muslim inilah yang di kehendaki oleh agama Islam.Penerangan dan info yang di beri sangat memberi kesan pada jemaah yang hadir. Moga maklumat yang di terima dapat di sampaikan kepada umat Islam yang lain.Semoga Ramadan kali ini,Allah membuka ruang keamanan untuk Umat Islam di Palestin.Pembebasan Palestin bermakna bebas juga seluruh Umat Islam di seluruh dunia.Di situ terletaknya masjidil Aqsa kiblat pertama Umat Islam.

Sama-sama lah kita berdoa agar Umat Islam Palestin segera di beri keamanan dan kemenangan oleh ALLAH SWT. Semoga Ramadan yang hadir ini memberi sesuatu berita yang mengembirakan Umat Islam di Palestin khususnya.Jua Umat Islam di seluruh pelusuk dunia.

Semoga amal bakti kita di terima oleh Allah Swt.

Amin Ya..Rabb..!!!

Jom Menulis..Jom Membaca…!

Catatan Ramadan (15)




Fasa Pertama Pergi Fasa Kedua Datang

Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah SWT dapat bertemu lagi pada kali ini. Sudah sebelas hari kita berpuasa,bermakna kita telah memasuki fasa yang kedua dalam bulan Ramadan ini iaitu fasa menerima keampunan Allah SWT (maghfirah).Setelah 10 hari dengan izin-Nya kita dapat melepasi fasa pertama,yang mana di dalamnya rahmat Allah SWT sentiasa melimpahi hidup kita,mudah-mudahan.Seterusnya agar kita istiqamah dengan apa yang kita lakukan di sepanjang fasa yang pertama.

Maka berbanyak-banyaklah kita memohon keampunan dari Allah SWT, peluang yang Allah SWT berikan pada kita ini janganlah di Persia-siakan begitu sahaja.Perbanyakkan istighfar dan taubat kepada-Nya.Kerana dengan memohon keampunan darinya,segala silap salah kita pada-Nya, akan di ampunkan oleh Allah SWT. Inilah peluang terbaik untuk kita meminta pengampunan sebanyak-banyak pada-Nya. Setiap antara kita,tidak pernah sunyi dari melakukan noda dan dosa.Dosa sebanyak mana pun, Allah SWT akan ampunkan dengan rahmat dan kasih sayangnya.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun;                                 

“Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah adalah amat Pengampun, lagi amat Mengasihi”. (Surah an-Nisaa: 106)

Nabi saw sendiri setiap hari memohon keampunan dari Allah SWT,itu seorang Nabi saw yang di jamin masuk syurga itu pun memohon keampunan dengan beristighfar satu hari tujuh puluh kali. Kita?.Bagaimana dengan kita,yang sering leka dan khayal dengan hasutan dan tipu daya dunia ini. Malah Nabi saw ada mengatakan dalam sabdanya yang bermaksud;

Nabi saw. bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (meminta ampunan) dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari, lebih dari tujuh puluh kali.” (HR Bukhari)

Dalam bulan Ramadan ini lah sepatutnya kita berlumba-lumba membuat amal kebajikan dengan berterusan. Mudah-mudahan dengan melakukan kebaikan itu dapat menampung amal kejahatan yang kita lakukan selama ini. Dosa kecil atau besar yang kita lakukan,jangan lah angggap sesuatau yang remeh. Ia akan mengakibatkan kita akan menerima balasan Allah SWT kelak di akhirat. Janganlah kita bertangguh-tangguh dalam bertaubat kelak juga akan rugi di sana.

Justeru itu,fasa kedua ini,sama-sama lah kita manfaatkan,dengan mengharap  kasih saying dan keampunan dari Allah SWT.Kerana sesungguhnya hanya Allah SWT tempat segalanya kita bergantung.Dia lah yang maha mendengar segala rintihan hatu nurani kita,Dial ah yang selayaknya kita ingati dan mohon pengharapan setiap waktu dan detik yang kita lalui. Siapa lagi yang mampu mendengar rintihan kita saban hari,waktu dan detik jika bukan Dial ah Allah SWT yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihi.

Semoga Allah SWT memberikan kita taufik dan hidayah setiap masa,Rahmat dan Kasih Sayang-Nya terus tertumpah kepada setiap diri  kita. Juga segala taubat-taubat kita di terima oleh Allah SWT sebagai taubat nasuhah.Amin..!!!.

Amin Ya..Rabb..!!!.

Jom Membaca..Jom Menulis..!

Monday, July 30, 2012

25 Minit Di Pesta Buku Selangor 2012









Salam Ramadan semua,semoga di rahmati Allah Swt.Bertemu lagi dalam dunia maya ini.Melalui penulisan berkenaan dunia buku.Terima kasih kerana masih setia berkunjung ke blog ini.Sebuah medium perkongsian yang tidak seberapa ini dari insan yang biasa-biasa sahaja.Beberapa hari saya menulis catatan Ramadan,kali ini saya menulis tentang aktiviti dunia buku saya yang belum sempat di kongsikan. Mungkin sudah basi ceritanya,maklum ia merupakan salah satu dairi aktiviti saya.mahu tidak mahu saya kongsikan juga.

Berlansung selama sebelas hari,namun saya hanya sempat pada hari Ahad sehari sebelum berakhirnya pesta buku tersebut.Itu pun saya pergi dengan keadaan tergesa-gesa bersama anak buah yang mahu mengambil ibunya pulang dari kerja di seksyen 21 Shah Alam.Dengan menumpang anak buah dan meminta dia singgah sekejap ke Pesta Buku tersebut. Dia pun menunjukkan minat,apa lagi singgah walaupun sekejap dalam tempoh 25 minit.

Sampai sahaja di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC),masuk ke dalam,kelihatan masih ramai lagi peminat dan pencinta buku berpusu-pusu mencari buku yang mereka minati,begitu juga saya,dalam tempoh yang singkat itu,saya manfaatkan untuk mencari buku yang hendak di beli.Distinasi pertama ke IT&BM,melilau-lilau mata mencari buku yang mahu di beli,dapat sebuah buat buah tangan.Buku ‘Bibliholisme’ tulisan Saharom TM Sulaiman.Banyak buku di situ yang menarik,masa tidak mengizinkan saya untuk membelek-belek lama.

Distinasi seterusnya ke PTS,wah ramainya orang,banyak buku bermacam-macam tajuk,desain yang menarik,kulit tebal,kulit nipis dam macam-macam lagi.Namun buku yang saya cari-cari tidak kelihatan.Tinjau-tinjau sahajalah.Saya terus ke Galeri Ilmu,dapat sebuah buku yang memang saya tengah cari.Buku ‘I want To Be A Writer’ tulisan Ummu Hani.Lega rasa hati,dapat juga buku ini.Tentang pengalaman penulis sebagai seorang penulis.Ada tip-tip tentang penulisan.Nak tahu selanjutnya kena beli dan baca.

Seterusnya ke booth DBP(Dewan Bahasa Dan Pustaka),Koleksi cerpen berkulit tebal banyak di jual semurah RM10,Majalah Tunas Cipta dan yang lainnya semurah RM1.Buku-buku lain juga murah semurah RM5,RM6 pun ada.Saya tangkap dua buah koleksi cerpen kulit tebal dan nipis.Masih cantik kulitnya,apatah lagi isikandungannya masih boleh di baca dan sebagai rujukan.Memang teruja melihat buku-buku yang banyak itu,murah-murah pula tu.

Distinasi terakhir ke booth Karangkraf,di bahagian luar dewan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC),terlihat buku terbaharu Dr.HM Tuah Iskandar. Apa lagi ambil dan bayar,masa sudah tidak mengizinkan untuk berlama-lama di situ,anak buah pun entah di mana.Mungkin tunggu di kereta.Hati tidak sabar-sabar mahu buka bungkusan buku-buku yang di beli. Mahu belek-belek,cium-cium buku baharu.Memang menghairahkan tengok buku-buku yang baharu dibeli.Dan tak sabar mahu menyelongkar isi ceritanya.

Ya..itulah sedikit pengalaman beberapa minit di pesta buku Selangor 2012, moga ada sedikit motivasi dalam penulisan saya kali ini.

Selamat Membaca..!

Jom Membaca..Jom Menulis..!


Catatan Ramadan (14)




Pengajaran Badar Al-Kubra  

Alhamdulillah dengan izin Allah masih di beri peluang oleh Allah dalam siri perkongsian ilmu yang sedikit ini.Diam tak diam kita hari ini di penghujung hari ke sepuluh dalam fasa awalnya rahmat,fasa kedua pula akan menyusul esok.Moga kita terus istiqamah dalam membuat amal kebajikan dan ibadah dalam bulan Ramadan ini.Dalam bulan Ramadan berlakunya perang yang pertama antara orang Islam dengan puak kafir musyrik.Pada tanggal 17 Ramadan tahun 2 Hijrah berlakunya peperangan yang lebih di kenali Badar Al-Kubra.

Di mana umat Islam hanya sekitar 313 orang pejuang,manakala puak kafir bilangannya lebih besar iaitu 1000 orang.Namun dengan keyakinan yang tinggi dan doa yang tidak putus-putus oleh Baginda SAW,Umat Islam beroleh kemenangan dengan cermerlang dalam peperangan tersebut.Bantuan Allah SWT telah menyebelahi pasukan pejuang Islam.Firman Allah;

Surah al-Anfal ayat ke 9:

"Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankannya bagimu. Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut".

Sesungguhnya pasukan pejuang Islam berjuang dalam keadaan berpuasa di bulan Ramadan,Mereka tidak menganggap puasa menghalang mereka daripada berperang.Dengan keyakinan dan kekuatan iman yang ada mereka berjaya mengalahkan pasukan kafir dengan jaya nya.Begitulah kekuatan mereka dalam situasi apa pun,mereka rela berkorban demi mempertahankan kesucian agama Islam dari di nodai oleh musuh.

Banyak pengajaran yang boleh di perolehi dalam peristiwa peparangan Badar Al-Kubra tersebut. Petikan Khutbah jumaat di bawah saya kongsikan sebagai pengetahuan untuk kita bersama;

" Melalui peristiwa peperangan Badar al-Kubra yang penuh bersejarah ini, terlalu banyak pengajaran dapat kita petik dan teladani sebagai bekalan kehidupan harian kita. Antaranya ialah:

Pertama:    Agama Islam yang kita anuti dan nikmati hari ini adalah merupakan hasil perjuangan yang menuntut pengorbanan yang tinggi dari para pendukungnya, khususnya Nabi dan para sahabat baginda s.a.w.. Oleh yang demikian, marilah kita hargai Islam ini dengan mengamalkan sepenuhnya.

Kedua:       Syura atau bermesyuarat sebelum membuat apa-apa keputusan dalam perkara yang tiada nas yang jelas dalam al-Quran dan al-Sunnah, adalah merupakan asas pentadbiran dan politik Islam yang tetap, yang tidak harus diabaikan.

Ketiga:       Keimanan yang kental, doa yang berterusan serta tawakkal yang tinggi kepada Allah SWT merupakan senjata yang ampuh dan berkesan bagi menghadapi sebarang serangan musuh-musuh Allah dan Islam di sepanjang zaman.

Keempat:   Sesuatu kebenaran itu tidak akan dapat ditegakkan jika ianya tidak disertai dengan setrategi yang betul, perancagan dan penyusunan yang kemas dan rapi.

Kelima:      Sebagai umat Islam kita mestilah yakin bahawa sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa untuk memberi pertolongan dan kemenangan kepada perjuangan Islam sekalipun jumlah pendokongnya kecil dan kekuatannya terhad. "

Justeru itu,biar apa pun terjadi dan dalam situasi apa pun,marilah kita utamakan perkara yang berkaitan agama seperti contoh yang ditunjukkan oleh Nabi saw dan para sahabat dalam peperangan tersebut.Mereka lebih mengutamakan akhirat daripada dunia dan seisi nya.Keimanan dan kekentalan jiwa mereka telah menyuntik semangat jihad yang tinggi demi mempertahankan agama Islam yang agung dan suci. Apa situasinya pun,puasa sebenarnya tidak menghalang daripada kita mengerjakan perkara yang berat.Yang penting kekuatan jiwa dan iman yang harus di tanam kedalam jiwa setiap umat Islam.

Semoga puasa kita di terima Allah SWT.

Amin Ya..Rabb..!

Jom Membaca..Jom Menulis.

Sunday, July 29, 2012

Catatan Ramadan (13)




Jumaat Yang Syahdu

Selamat berpuasa kepada sahabat semua,

Kematian itu datang dengan tiba-tiba,tanpa di jemput atau di minta-minta.Datang pada bila-bila masa sama ada di waktu sakit mahu pun sihat ceria.Mati itu pasti,di mana pun tika itu kita berada.Di rumah,di ofis, di samudera yang luas, di kamar mandi dan di mana jua tempat dan situasi kita berada. Mahu tidak mahu pasti melaluinya.Ya begitulah kematian bila menjemput tidak boleh di tahan barang sesaat pun.

Firman Allah: “Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.” (Surah Ali ‘Imran ayat 185).

Berita kematian yang di sampaikan dari dua orang sahabat kampong telah mengejutkan saya,bila baca sms yang di kirim oleh mereka menyatakan telah kembali ke rahmatullah seorang warga penduduk kampong pada malam jumaat jam 8:45 malam ini.Dalam bulan Ramadan yang mulia ini Allah SWT telah menjemput hambanya kepangkuan-Nya.Begitulah kehidupan yang kita lalui saban hari dan waktu,ada sahaja insan-insan yang di sayangi yang pergi menjemput panggilan ilahi.Semoga juga kematian Almarhumah di malam jumaat yang mulia itu beroleh kebaikan seperti sebuah maksud hadis  di bawah;

Diriwayatkan dari Imam at-Turmuzi dalam himpunan hadis dari Abdullah Bin A'mru telah berkata: Bersabda Nabi Sallahu Alaihi Wasallam:

Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur.

(Berkata al-Albani dalam Ahkam Janaiz, hadis yang dihimpunkan dari pelbagai toriq adalah hasan atau sohih).

Pagi ini (27/07/2012-Jumaat),hari kelima kita berpuasa,dengan izin Allah di beri kesempatan untuk ziarah kematian di kampong asal,ziarah kematian ahli kariah.Hidup yang sementara di akhiri dengan kematian,begitulah yang mula pasti berakhir,yang pangkal akan ke penghujung.Distinasi yang pasti dan bakal semua lalui.Kita adalah bakal-bakal calon jenazah.Bila adanya kematian,maka ia kan menjadi k motivasi kita agar sentiasa bersedia mempersiapkan diri dengan mengumpul amal bakti sebanyak-banyaknya untuk di bawa ke sana nanti.

Dengan menziarahi kematian akan mengingatkan kehidupan yang sebenar lagi abadi,ia suatu yang perlu di ingati selalu,sumber motivasi agar kita tidak terus lalai dan leka dengan dunia yang sementara ini. Maka bila adanya suatau kematian,kita sama-sama ziarah untuk menghormatinya.Beruntungnya mereka yang ziarah kematian sehingga ia dapat turut sama-sama menyembahyangkan jenazah tersebut;

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang hadir menziarah jenazah sehingga dia dapat menyembahyangkannya, maka baginya mendapat pahala sebuah gunung dan sesiapa hadir menziarah sehingga jenazah itu dikebumikan. Maka ia  mendapat pahala sebesar dua buah gunung."                                                                              

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bila ziarah kematian,sering kali saya terbayang-bayang seandainya situasi ini akan terjadi pada diri saya.Ya..kehilangan keluarga tersayang,siapa yang tidak bersedih dan menangisi insan yang kita sayangi.Kehilangan Ibu atau Ayah,satu situasi yang tidak dapat saya gambarkan. “Ya.. Allah,satu masa nanti aku juga akan menghadapi situasi ini,maka kuat dan tabahkanlah hatiku ketika itu..”. Begitu juga rasanya kepada sahabat kampong yang kehilangan ibunya itu. Semoga Allah menempatkan Almarhumah bersama-sama orang yang bertaqwa.

Menurut perbualan Yb yang hadir pada pagi itu yag turur ziarah ,beliau ada satu lagi ziarah kematian di Bukit Kerayong. ‘Kematian itu pasti’ bisik hati saya.Di mana-mana kematian ada waktu ini. Di benua mana dan di pelusok dunia hari ini kematian menjemput sesiapa sahaja,kecil,besar,tua,muda,kaya,miskin,pemerintah,orang kampong,orang besar dan semuanya kematian sedang mengintai-ngintai mereka termasuk juga saya yang sedang menulis ini.

Jadikanlah setiap kematian yang berlaku sebagai iktibar kepada kita yang masih hidup ini.Ia akan sentiasa membuatkan kita bersiap sedia mempersiapkan bekalan ke sana.Semoga kita sentiasa memperingati diri,keluarga dan masyarakat Islam keseluruhannya bahawa kematian pasti menjemput kita pada bila-bila masa sahaja.

Semoga Allah menerima amalan kita.

Amin Ya..Rabb…!!!

Jom Membaca..Jom Menulis..!

Saturday, July 28, 2012

Catatan Ramadan (12)





Di Pintu ‘Arroyyaan’

Bertemu lagi,semoga ibadah puasa kita di terima oleh Allah SWT.Indahnya  puasa tatkala kita menunaikannya dengan penuh sabar dan reda.Keluarga tercinta turut sama-sama menjalaninya dengan penuh kesabaran.Ya..puasa menuntut kita agar lebih sabar dan reda.Madrasah Ramadan menjadikan kita lebih berhati-hati dalam semua hal,Pendidikan Ramadan sangat mendidik hati-hati manusia yang berpuasa denga bersungguh-sungguh.

Dalam apa jua situasinya,semuanya memberikan pengajaran buat kita.Puasa bukan sekadar menunggu waktu berbuka puasa dengan sabar,tetapi lebih daripada itu memberikan kita erti kesabaran,contohnya sewaktu memandu,keadaan jalan yang sibuk dan jammed membuatkan kita akan lebih bersabar.Kita bisa mengawal nafsu agar tidak marah-marah,sentiasa reda dan tenang.Itulah indahnya ibadah puasa jika di tunaikan dengan sabar dan reda.

Bagi orang yang berpuasa Allah SWT telah menyediakan sebuah pintu khas di syurga buat mereka yang mengerjakan puasa .Pintu ini hanya boleh di masuki oleh orang yang mengerjakan puasa.Penjaga pintu tersebut akan memanggil-manggil kepada mereka yang berpuasa.Bagi mereka yang tidak mengerjakan puasa,akan terhalang dari melalui pintu tersebut.Pintu yang di panggil ‘Arroyyaan’;

Sahl bin Sa’ad r.a berkata:Bersabda Nabi saw.:”Sesungguhnya di syurga ada pintu bernama Arroyyaan tempat masuk daripadanya orang-orang yang berpuasa,pada hari qiamat,tidak dapat masuk dari pintu itu kecuali orang yang berpuasa,di panggil oleh penjaganya: Di mana orang-orang yang telah berpuasa? Dan tidak dapat masuk di situ kecuali mereka sahaja, dan jika telah selesai maka ditutup,dan tiada masuk selain mereka sahaja.”

(Bukhari,Muslim)

Semoga pintu ‘Arroyyaan itu akan menjadi milik kita.Itu pun jika menunaikan ibadah puasa dengan penuh ikhlas kepada Allah SWT semata-mata.Apa yang penting kita laksanakannya dengan sempurna agar puasa kita merupakan puasa yang di terima Allah SWT.

Amin..Ya Rabb...!.

Friday, July 27, 2012

Catatan Ramadan (11)




Puasa Adat Atau Puasa Syariat?

Syukur teramat syukur dengan izin-Nya dapat menikmati keindahan dan cahaya Ramadan pada malam ini.Bersolat Isya dan berterawih di surau Darul Muslimin Jalan Jambu   menenangkan  jiwa.Malam ini (Rabu-25/07/2012) dapat bersama para jemaah mendengar majlis ilmu selepas solat terawih.Begitulah indah dan serinya Ramadan di pelbagaikan dengan siri aktiviti yang sangat bermanfaat.Majlis ilmu sebahagian dari taman-taman syurga,rugi rasanya bila tidak menyertainya.

Dengan bekal kekuatan jiwa yang Allah bekalkan,Alhamdulillah malam ini dapat sirami jiwa yang tandus ini dengan peringatan-peringatan yang penting bagi menyegarkan minda dan menyuburkan hati agar berterusan membuat amal soleh dalam bulan Ramadan ini,Tersentuh dengan imbauanpenceramah,tentang kedatangan Ramadan kali ini.

Kata ustaz,“Ramadan kali ini,yang dulunya bersama-sama kita berterawih,bertadarus quran,solat berjemaah bersama kita,hari ini sudah tidak bersama kita,begitu juga di antara keluarga kita,yang satu ketika bila mana Ramadan menjelma,kita sama-sama terawih dan sebagainya kini sudah tidak bersama kita malam ini,mereka pergi meninggalkan kita terlebih dahulu....”.

Sungguh satu muhasabah diri tentang kematian yang sangat mengesankan diri saya. Terus terbayang wajah-wajah yang di sayangi,yang masih hidup bersama.Wajah Emak Ayah,Isteri dan anak-anak dan saudara-saudara semua yang masih hidup dan yang telah tiada apatah lagi..Satu jentikan emosi oleh ustaz sangat menyedarkan sekali.

Bila kematian menjemput,hilanglah kita dengan orang yang tersayang,juga sahabat yang kita kasihi.Begitulah Ramadan ini.Tiap detik dan saat ada sahaja dikalangan kita yang pergi meninggalkan kita.Setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian.Mahu tidak mahu pasti menjemput kita bila tiba masanya.Banyak peringatan-peringatan dan teguran yang Ustaz berikan pada para jemaah.Teguran ustaz terhadap sikap jemaah,yang mana bila ada majlis tazkirah semua pakat balik,kalau boleh sama-sama tunggu,sama-sama menuntut ilmu.Itu sangat menginsafkan diri saya.

Bila tiba bulan Ramadan maka berbondong-bondonglah umat Islam ke masjid atau surau,meriah dan imarah sekali,tapi amat malang bila mana selesai Ramadan berlabuh meninggalkan kita,maka situasi kembali kepada asalnya.Surau atau masjidmenjadi senyap sunyi kurang meriah dengan orang ramai.Aktiviti seperti kuliah atau tazkirah mula kekurangan jemaah,di mana silapnya; Niat Puasa Kita Ikut Adat Atau Syariat?.

Itulah antara beberapa faktor yang membuktikan puasa yang kita lakukan itu puasa adat dan bukannya puasa mengikut syariat.Niat kita berpuasa juga menjadi persoalan penting untuk kita fikirkan.Matlamat utama niat kita untuk siapa?. Itu lah lontaran yang Ustaz ajukan pada setiap jemaah,untuk saya juga.Niat biar betul dan ikhlas semata-mata hanya untuk Allah SWT. Banyak sebenarnya persoalan dan kupasan yang Ustaz berikan pada malam ini.Semuanya itu membuatkan minda saya banyak berfikir dan bermuhasabah diri.

Banyak input-input yang ustaz berikan,rasa menyesal juga kerana tidak membawa buku catatan untuk mencatat butir-butir mutiara ilmu yang di curahkan oleh ustaz saifudin Jumri. Insyallah mana-mana kuliah atau tazkirah yang akan datang saya pastikan ada buku catatan yang dibawa,sekadar ingatan untuk diri sendiri.

Semoga catatan ringkas ini,jika ada ilmunya dapatlah dimanfaatkan bersama.

Semoga puasa kita di terima oleh Allah SWT.

Amin ...Ya Rabb..!!!

Jom Membaca..Jom Menulis...!

Catatan Ramadan (10)





Ramadan Motivasi Membaca

Syukur dapat dipertemukan lagi,semoga hari yang indah di bulan yang indah ini,bulan yang penuh Rahmat dan keberkahan ini.Kita dapat sama-sama melaksanakan segala perintahnya dengan penuh taat dan reda kepada-Nya.Madrasah Ramadan yang penuh dengan pendidikan dan kelebihannya.Di dalam Ramadan quran di turunkan,sebagai manual panduan seluruh manusia.Ianya mengandungi pelbagai maklumat penting buat Ummat Islam dan manusia sejagat.Ia rahmat buat seluruh manusia.

Iqra, wahyu yang diturunkan oleh malaikat Jibril a.s kepada Junjungan Besar Nabi saw merupakan wahyu yang mengajak agar manusia membaca.Membaca bukan sekadar membaca tanpa ada faedah yang diturunkannya,tetapi perintah itu merupakan perintah yang mengandugi faedah yang besar yang seharusnya di sambut oleh semua manusia seperti mana Nabi saw menerima dan menyambut wahyu itu sebagai satu gagasan yang penting dalam dakwah baginda saw.

Rata-rata Umat Islam di seluruh dunia menyambut Ramadan ini dengan membaca al-quran sebagai menambah amal ibadah yang lain.ia juga amalan yang sangat digalakan.Al-quran sendiri telah merakamkan dalam surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud;

“Bulan Ramadan yang diturunkan padanya Quran sebagai petunjuk bagi manusia, dan penjelasan dari petunjuk serta pemisahan antara hak dengan batil. Maka siapa yang menyaksikan bulan itu,harus puasa dan siapa yang sedang sakit atau dalam berpergian,maka boleh dibayar pada hari-hari yang lain.”

Amalan bertadarus al-quran,di mana-mana,baik di rumah,di ofis,di masjid atau surau secara berjemaah,berseorangan dan sebagainya adalah sangat mulia.Bukan sekadar membaca tetapi memahami tuntutannya apa yang terkandung dalam quran itu.Bukan untuk berlawan-lawan untuk menamatkan pembacaannya tetapi yang penting dari itu segala ajaran dan panduannya itu haruslah diikuti.

Motivasi Ramadan bukan sekadar membaca quran tetapi memberi motivasi untuk kita agar membaca buku-buku yang berkaitan agama.Pelbagai tajuk buku yang berkaitan dengan puasa boleh kita jadikan bahan rujukan,sebagai bahan ulangkaji kita selain dari tazkirah yang di sampaikan selepas solat terawih.

Tajuk-tajuk lain juga boleh di baca bagi mengisi masa yang terluang daripada menghabiskan masa yang sia-sia dengan bermain game melalui mobile phone.Menyusun jadual pembacaan juga amat perlu.Kewajiban membaca quran sudah pasti,malah seharusnya ada dalam jadual pembacaan kita sehari-harian dalam bulan Ramadan.Apa yang penting ia akan berkesinambungan bila tamatnya Ramadan nanti.

Justeru itu,Ramadan banyak hikmah dan pengajarannya,hanya kita yang mahu atau tidak untuk menyambutnya dan meraikannya dengan penuh ghairah,merebut pelbagai ganjaran yang di janjikan oleh-Nya.

Amin..Ya Rabb...!

Jom Membaca..Jom Menulis..!

Thursday, July 26, 2012

Catatan Ramadan (9)




Bazar Ramadan

Diam tak diam dah hampir seminggu kita berpuasa.Dah ramai yang bercerita tentang hari raya,Nak tukar baju baru,langsir baru,kusyen baru malah ada yang mahu tukar kereta baru untuk raya tahun ini.Hebat betul orang kita.Raya..raya..raya..setahun sekali katakana,semuanya mahu baru.Biarkanlah mereka denga dunia mereka.Ada pendirian masing-masing,ada kemampuan masing-masing.Nanti bila kita cakap lebih-lebih dikatanya jaga tepi kain orang lain pula.Tapi tegur menegur itu tugas semua orang.

Ok lah,bukan mahu bercakap tentang perkara di atas,itu sekadar intro sahaja.Sebenarnya mahu berbicara tentang bazar.Lebih terkenal dengan panggilan ‘BAZAR RAMADAN’,mengambil sempena bulan mulia.Sama juga denga promosi sesuatu barangan sempena bulan Ramadan,guna juga ‘PROMOSI RAMADAN’  dan juga yang seumpamanya.Semua mahu dikaitkan dengan bulan yang mulia.Jangan pula promosi benda yang haram sudah seperti di sebuah pasar raya yang mempermosikan minuman keras dengan menyebut promosi sempena bulan Ramadan,itu menghina namanya.



Bazar Ramadan,ada di mana-mana,baik di simpang jalan kampung,di kawasan yang di khaskan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT),Bahkan di pelusuk tanahair juga seluruh dunia Islam. Malah ada yang bergaduh pasal tempat berniaga,dalam bulan puasa Ramadan pula tu.Sungguh memalukan dan mendukacitakan kita sebagai umat Islam.Semuanya kerana mahukan sebuah bazar Ramadan untuk menjual juadah berbuka puasa untuk orang ramai.Begitulah kisahnya di satu tempat seperti di laporkan oleh akhbar.

Apakah salah wujudnya bazar-bazar sementara ini?.Secara pribadinya tidak salah,buatlah,berniagalah,apa yang penting bersih dan halal , itu jaminannya.Makanan dan minuman yang di jual untuk umat Islam mestilah yang bersih dan halal.Yang menjual juga kenalah jaga adab-adabnya.Tutuplah aurat bagi lelaki dan perempuan,jujur,harga yang berpatutan dan jangan menipu.Makanan semalam usahlah di jual semula.Jika tidak habis yang hari ini,sedekahkanlah di surau atau masjid atau pun sedekahkanlah di madrasah-madrasah yang berdekatan,Jangan di buang atau membazir pula.

Itu sikap yang patut ada pada penjual.Manakala pembeli pula harus berpada-padalah,jangan membazir,beli mana yang perlu kecuali memang ada niat mahu bersedekah maka beli lebih itu tidak salah malah di galakan,memberi makan pada mereka yang berpuasa kan besar ganjarannya.Mentang-mentang puasa macam-macam di belinya dengan pelbagai lauk pauk,kuih muih dan minuman yang mengiurkan tekak.Maklum nafsu hujung-hujung dekat mahu berbuka bila tidak di kawal,akan memusnahkan ibadah puasa kita.Jadi berjimat-jimatlah ketika berbelanja di bazar Ramadan.




Kita mahu salahkan wujudnya bazar seperti ini pun tidak boleh.Masing-masing ingin merebut mencari rezeki lebih dalam bulan Ramadan.Jadi sebagai pengguna dan pembeli bijak-bijaklah mengatur dan mengurus kewangan.masing-masing.Cukupl lah, tanamkan dalam minda kita,membazir kawan setan. Membeli atau berbelanja sehingga kita tidak mampu menghabiskannya bukankah membazir,bila membazir automatik bertemankan setan lah kita.

Kesimpulannya.bersederhanalah dalam kita berbelanja,berbuka dan segala aktiviti yang kita lakukan.Semoga amal ibadah kita di terima oleh Allah SWT.Juga. semoga Bazar Ramadan tidak menjadi tempat untuk kita membuat pembaziran atau  ‘Bazir Ramadan’.

Amin Ya Rabb...!!!

Jom Membaca..Jom Menulis...!

Wednesday, July 25, 2012

Catatan Ramadan (8)





Dua Kegembiraan Milik Siapa?

Tiba-tiba mendapat khabar dari seseorang menyatakan kita akan di bawa bertemu seorang raja.Raja itu sangat menginginkan sangat bertemu kita.Terkejut dengan berita itu,kita rasa seronok,maklum mahu pergi istana,selama ini tak pernah jejak pun ke sana.Maka hari yang di janjikan pun tiba,dengan persalinan nan indah kita di bawah ke istana.Raja begitu gembira denga kedatangan kita,bukan setakat sembah patik tetapi di raikan dengan bermacam hiburan dan aneka juadah yang enak-enak di sajikan kepada kita,makan berhadapan bersama raja.Ah..indah bukan?.Hati gembira girang tidak terkira.

Begitu juga denga orang yang berpuasa,telah dijanjikan dua kegembiraan,yang mana ia hanya untuk orang yang benar-benar berpuasa semata-mata kepada-Nya.

“Dan untuk orang yang berpuasa dua kali masa gembira.yaitu ketika akan berbuka puasa,dan ketika ia menghadap kepada Tuhan(bertemu Allah).

(Bukhari,Muslim)

Waktu berbuka,waktu yang dinanti oleh semua yang berpuasa,dengan rasa sabar menunggunya akhirnya bila sampai waktunya di izinkan untuk berbuka puasa.Nikmat dan lazat ketika itu tidak terkira.Juga bila mana kita bertemu dengan raja,hati gembira tidak terkata.Itu baru raja,gembiranya tidak boleh diungkapakan.Ini pula berjumpa yang mencipta kita,yang memberi rezeki kita,yang memberikan pelbagai nikmat yang banyak buat kita,apakah kita tidak merasa gembira,seronok?.

Itulah istimewanya orang yang berpuasa.Itu pun tidak mahu berpuasa?.

Amin...Ya Rabb...!

Jom Membaca..Jom Menulis…!

Motivasi Buat Pencinta Buku




Sajak: Buku

Buku adalah teman bicara yang pendiam
tatkala sunyi engkau ramah di sisi,
tatkala sibuk engkau setia menanti,
terbuka di atas meja atau tegak berdiri
di rak almari,
sampai aku datang membelai, helai demi helai;
dan dari kulit ke kulit sampai selesai.

Kata orang, engkau adalah amanah bangsa,
mengabdikan luka-luka sejarah,dan kesucian
daulatnya,
menyuarakan mimpi-mimpi rakyat
dan bayangan masa depan.
Engkau bukan sekadar teman, tetapi
pengingat zaman,
tentang akar hidup di dasar bumi, dan
arah pucuk di udara,
supaya orang tidak lupa daratan,
dan bijak mentadbir dunia.

Siapakah yang bijak tidak dicerdikan oleh buku?
Buku adalah guru yang menerangi akal perasaan,
seperti kolam jernih sewaktu terang bulan,
memancarkan keindahan, memancarkan
kebenaran.

Bercintalah dengan buku sewaktu guru tiada,
buku tidak memilih dan memihak kepada sesiapa,
kata-katanya yang baik mengajar orang menjadi
Manusia.

Baha Zain
Febuaru 2012

Tuesday, July 24, 2012

Catatan Ramadan (7)




Bingkisan Dari Negeri Di Bawah Bayu

Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah SWT masih diberikan kesihatan dan kesempatan waktu untuk turut sama-sama memeriahkan dan mengimarahkan bulan Ramadan yang mulia ini.Kesempatan pada malam ini,dapat menunaikan solat Isya dan solat sunat terawih di masjid as-syarif Meru.Malam ini sengaja saya bersolat di masjid as-syarif,kerana ada tetamu istimewa yang akan menyampaikan tazkirah selepas terawih.

Alhamdulillah solat terawih di masjid as-syarif sangat meriah dan imarah sekali,di mana-mana pun suasananya memang begini,bisik hati saya.Semoga hingga ke akhir Ramadan suasana ini berkekalan.Harapan saya dan mungkin juga harapan orang ramai.Begitulah suasana indah dalam bulan Ramadan,selepas solat terawih ada majlis ilmu.Buat menambah bekal ke akhirat nanti.Menuntut ilmu suatu kewajipan yang mesti di tunaikan,di mana-mana masjid dan surau pun akan mengadakan tazkirah selepas terawih.

Pada malam ini,tazkirah terawih di sampaikan oleh tetamu istimewa bekas penyanyi kumpulan nasyid yang popular ditanahair kita sedikit masa yang lalu,Nazry Johani.Beliau telah bergelangang dalam dunia dakwah setelah keluar dari kumpulan Raihan.Kini aktiviti beliau lebih banyak berdakwah di tanah tumpah kelahirannya,Negeri Sabah Di bawah Bayu,tempat kelahiran beliau di Ranau.Malam ini beliau mewakili AMAL CARE MALAYSIA,satu badan Ngo yang membuat kerja-kerja amal dan dakwah di seluruh tanahair,Sabah dan Sarawak kini sebagai sasaran dakwah mereka.

Nazry mengajak para jamaah beristighfar bersama-sama sambil di selangi satu persembahan slideshow dan tayangan video ringkas menunjukkan kedudukan dan gambaran umat Islam Sabah waktu kini.Rasa sebak dan sangat menyentuh hati melihat perkembangan terkini saudara seagama kita di negeri di bawah bayu,Saya yakin ramai yang menitis airmata melihat gambar-gambar dan video yang ditayangkan.Bagai tidak percaya,begitu sekali nasib kehidupan umat Islam di sabah,setelah sekian lama di bawah pemerintah yang mengaku beragama Islam ,namun nasib keadaan bangsa dan agamanya tidak mengambarkan akan kemajuan yang di gembar-gemburkan selama ini.

Terus terang saya katakan,sungguh pilu dan memilukan.Kemudahan infrastukutur sekian lamanya begitu.Hubungan jalan raya,aduh..begitu kah?. Nazry Johani menyatakan jalan rayanya ada yang berbatu besar,kalau naik kancil habis tinggal rangka.Beliau menyedarkan umat Islam di meru agar menginfakan atau menderma harta yang ada untuk umat Islam di sabah.Betulah ramai orang membuat infaq,derma,sedekah,buat korban dan sebagainya di Negara jiran seperti kemboja dan lain-lain Negara,itu tidak salah,ya baik memang sangat baik,namun hakikat sebenarnya saudar kita seislam di seberang sana juga memerlukan bantuan seperti Negara jiran kita.

Sungguh menyentuh kalbu,kalau mahu di katakana ini rintihan,ya memang ini rintihan umat Islam sabah,Mereka dahagakan ilmu Islam dari para daie atau pendakwah.Malah ada yang puluhan tahun Islam tetapi mereka tidak tahu solat,tidak tahu siapa Tuhan mereka.Aduh..pilunya,tugas siapa kah ini?.Tuhan maafkan aku jika aku tidak mampu untuk menyampaikan dakwah ku untuk mereka,sekadar doa dan derma yang aku mampu berikan..”.Rintih hati ini.Melihat gambar-gambar gereja di setiap tempat dan pelusuk kawasan di negeri sabah,ini membawa makna,golongan kristian tidak pernah jemu dan rehat menyampaikan dakyah-dakyah mereka kepada seluruh penduduk pendalaman sabah,Timbul persoalan di benak saya.Apakah misi kristianisasi mereka sudah berjaya di sabah dan Sarawak?.Sungguh mereka begitu bertungkus lumus menyampaikan dakyah agama mereka.Kita ..?. Masih leka dan lena di buai-buai mimpi indah yang melupakan sudara kita di negeri sabah dan Sarawak.”Ya..Allah maafkan aku hamba yang leka...”.

Ya,sesungguhnya bingkisan Nazry Johani pada malam ini sungguh mengejutkan umat Islam di Meru barangkali.Kutipan derma melalui tabung yang di sediakan menerima sambutan dari para jemaah.Inilah sumbangan dan infaq kami di sini,buat mu,saudara Islam kami di Sabah dan juga di Sarawak.Doa dan harapan kami agar misi bantuan dan dakwah oleh para ngo dan AMAL CARE MALAYSIA di permudahkan oleh Allah SWT demi menyelamatkan akidah dan kehidupan saudara seagama kita.

Nazry Johani mengakhiri perkongsian bingkisan dari Sabah dengan zikir ‘Laillaha’illah’ dan taubat serta doa munajat .Sungguh hening dan menyentuh hati para jamaah.Semoga rayuan dan doa yang di panjatkan di terima dan di makbulkan oleh Allah SWT.Sesungguhnya malam ini adalah malam yang penuh indah dan syahdu buat saya.Moga keinsafan ini terus berkekalan .Ya Rabb..bantulah dan permudahkanlah apa yang hamba mu lakukan ini.Semoga Engkau menerima segala amal bakti kami..”

Amin Ya Rabb..!!!

Jom Membaca..Jom Menulis...!

Monday, July 23, 2012

Catatan Ramadan (6)


Berbuka Bersama Ayah Ibu

Alhamdulillah,sudah masuk dua hari (Ahad-22hb 07 2012/2 Ramadan 1433H) berpuasa,semoga di terima segala amalan kita dan segala aktiviti yang kita lakuakan di kira ibadah oleh Allah SWT. Indahnya Ramadan bila kita dapat bersama-sama dengan keluarga lebih-lebih lagi dapat berbuka puasa denga Ayah dan Ibu.

Ya..Syukur masih dapat menatap wajah kedua ibu bapa.Dalam usia yang sudah lanjut mereka dapat melaksanakan puasa dengan sabar dan tabah.”Ya..Allah Ampuni kedua ibu dan bapa ku,Ampunilah kedua-duannya,berikanlah kesihatan dan kebaikan kepada kedua-duannya..”.

Ayah ibu,itulah mereka sejak kita di lahirkan hinggalah kita sudah dewasa dan mempunyai rumahtangga,dan kini mereka sudah berusia lanjut,masih tidak jemu-jemu melayan kita,melihat layanan mereka pada anak-anaknya yang datang untuk berbuka puasa sangat menyentuh hati.Tidak pernah berubah dari usia kecil hinggalah sudah berumahtangga.Tetap sama,sampai kadang-kadang dia asendiri lambat makan kerana dek’ melayan anak-anak.



Sesungguhnya emak tersangat baik pada saya,emak layan saya sama macam saya masih kecil lagi.Begitu bapa,saya dapat merasainya.Bagaimana perasaan saya seandainya tika dan saat ini,emak dan bapa tidak bersama-sama berbuka puasa.”Ya..Allah..tidak dapat aku bayangkan situasi itu..Ya Rabb..kuatkanlah aku..”.

Sedikit emosi kali ini,seorang anak mengenang kebaikan kedua ibu bapa yang semakin berusia. Namun kasihnya pada anak tidak pernah berubah.Sambil makan berbuka puasa,fikiran melayang-layang mengimbau saat kecil,panggilan emak mengejutkan bersahur masih terngiang-ngiang di benak fikiran ini.Menyediakan juadah sahur seawal tiga atau empat pagi,tanpa rasa jemu dan malas. Sehingga kini pun begitu biar pun hanya berdua.

Ya..itulah tugas seorang isteri juga sebagai emak kepada anak-anaknya.Sungguh besar pengorbananmu emak....Begitu pula bila menatap kedut wajah bapa yang semakin sakit-sakit badan.Makan sedikit,sekadar cukup apa yang ada,tidak seperti yang muda-muda ini,Makan selagi perut mampu menampung makanan,selagi itulah terus di isi.



Khayalan ini,terganggu dengan karenah kedua putera dan puteri yang sedang asyik dengan makanannya.Seronok melihat karenah mereka berdua.Macam mereka berdua berpuasa pula.Semoga kedua-duanya nanti menjadi anak yang soleh dan solehah.Amin..!.Syukur,dapat berbuka puasa dengan Ayah dan Ibu hari ini.Sempat mengambil beberapa gambar untuk kenangan masa hadapan.

Semoga diterima segala amal bakti kita oleh Allah SWT.

Amin Ya Rabb...!!!

Jom Membaca...Jom Menulis...!

Catatan Ramadan (5)



Jom Sahur



Bangun, Bangun, Bangun, Sahur,sahur,sahur..,ungkapan biasa yang kita dengar bila tiba bulan Ramadan.Berat mata,ngantuk betul.Waktu tengah indah bermimpi dipanggil bersahur.Namun jiwa yang bersih dan tulus,niat yang di tanamkan dengan penuh ikhlas,pasti dengan mudah akan bangkit akan menunaikan ibadah biarpun kebanyakan dari kita anggap seolah-oleh kecil sahaja.Tetapi mengandungi hikmah dan fadhilatnya.Itulah waktu sahur penuh dengan keberkahannya.

Rasulullah bersabda: “Bersahurlah kamu, kerana dalam sahur itu terdapat berkat.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Bersahurlah biarpun hanya sekadar dengan tamar dan seteguk air.Dengan bersahur puasa kita akan berbeza dengan orang-orang ahli kitab.Ini seperti yang termaktub dalam sabda Rasulullah saw.

Amru bin Al-Ash berkata: “Rasulullah saw bersabda: Perbezaan antara puasa kami dengan puasa orang-orang ahli kitab iaitu sahur.”

(Hadis riwayat Muslim)

Jadi ingatlah,berbezalah kita dengan ahli kitab.Sebagai muslim sewajarnya kita elakan dari sebarang persamaan dari mereka.Biarlah puasa kita menjadi puasa yang di terima Allah.

Malah Rasulullah saw menggalakkan kita agar melambatkan sahur kita sepertimana yang telah diutarakan dalam sabdanya;

Zaid bin Tsabit r.a berkata: Kami sahur bersama Rasulullah saw kemudian bangn solat subuh. Ketika ditanya: Berapa lama di antara sahur hingga solat subuh itu? Jawabnya: “Sekadar sekira orang membaca 5o ayat.”

Semoga perkongsian ringkas ini memberi manfaat kepada kita semua.Semoga puasa kita diterima oleh Allah SWT.

Amin...Ya...Rabb..!.

Jom Membaca…Jom Menulis…!

Sunday, July 22, 2012

Catatan Ramadan (4)




Masjid Meriah

Alhamdulillah,syukur masih dapat di pertemukan melalui catatan Ramadan kali ini.Semoga Allah merahmati kita semua dan menerima amalan kita sebagai amal soleh.Selawat ke atas junjungan mulia nabi Muhammmad saw.Kerananya kita dapat nikmat iman dan Islam.Ramadan menjanjikan keberkatan untuk semua manusia yang beriman,puasa akan melahirkan taqwa,jika dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

“..mudah-mudahan kamu bertaqwa” Maksud Quran.

Seperti biasa,setiap bulan ramadan menjelang,masjid-masjid akan meriah dengan bermacam-macam aktiviti yang dijalankan.Setiap masjid di mana pun ia berada,sama ada di desa mahu pun di pekan bahkan di bandaraya besar pun masjid pasti meriah dan ramai orang berkunjung ke sana.Dengan tujuan yang satu,beribadah hanya untuk-Nya. Di pelusuk dunia Islam masjid-masjid di penuhi oleh orang ramai.Begitulah besar hikmah kedatangan Ramadan bulan yang agung yang penuh dengan keberkatannya.

Bukan setakat bertarawih dan bertadarus al-quran,tetapi mereka menghidupkannya dengan qiamullail. Malah ada masjid yang melaksanakan program qiamullail sepanjang Ramadan,begitulah hebatnya Ramadan.Peluang untuk merai pahala dengan melaksanakan ibadah di rebut dengan sebaik-baiknya.Masjid tetap terang benderang dengan pelbagai aktiviti yang di atur oleh pihak masjid untuk manfaat orang ramai.

Aktiviti sepanjang Ramadan begitu hebat di sana sini,solat terawih di sesetengah masjid menggunakan tenaga imam tahfiz,bacaan 30 juzuk hingga akhir Ramadan.Ini memberi kesegaran minda dan penghayatan kepada para jemaah.Suasana yang meriah dan indah di bulan Ramadan semakin terserlah. Manusia berpusu-pusu ke stiap masjid yang berdekatan.Malah ada yang bertukar-tukar masjid bagi merasai suasana berbeza di setiap masjid yang di kunjungi.Hebat dan mantap penangan Ramadan,segalanya mudah dan menyenangkan.

Langkah ke masjid diteruskan dengan solat lima waktu di masjid,tiap kali masuknya solat waktu ramailah bersegera menunaikan solat jemaah di masjid.tidak kira siang,petang ,malam dan subuh,masjid sentiasa meriah dan imarah. Sama ada individu dan berkeluarga turut sama-sama memeriahkan masjid untuk bersolat jemaah. Segala dugaan dan godaan jahat nafsu di lawan dengan sungguh-sungguh.Ramadan jelas di hati mereka.Hasilnya masjid-masjid meriah dan imarah sekali.

Apa yang menariknya,ada masjid yang menyediakan juadah untuk berbuka puasa,ia di lakukan sepanjang bulan Ramadan,Ia memberi peluang untuk orang ramai sama-sama meraikan ibadah berbuka puasa.Ada masjid yang membuat bubur lambuk untuk di beri kepada orang ramai.Aktiviti membuat bubur lambuk ini di laksanakan secara bergotong royong,malah mereka membuat sehingga beberapa kawah.Setiap hari sepanjang Ramadan mereka membuatnya. Semuanya dengan niat bersedekah memberi orang makan untuk berbuka puasa.

Begitulah ramadan,mengajar manusia agar berebut-rebut membuat amal kebajikan.Masjid menjadi institusi yang utama buat umat Islam untuk melaksanakan tuntutan itu.Namun di situ jangan kita lupa tentang adab-adab ketika berkunjung ke masjid. Menghormati masjid dengan menunaikan solat tahyahtulmasjid sebagai penghormatan kita kepada masjid yang merupakan rumah Allah.Semoga kita menjadi golongan di kalangan orang yang beriman yang memakmurkan masjid,lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan.Ramadan mengindah dan menceriakan setiap masjid,di mana pun masjid itu berada.

Semoga puasa kita di terima Allah swt.

Amin,,,Ya..Rabb..!!!.

Selamat berpuasa.

Jom Membaca...Jom Menulis...!

DEMI MASA