Followers

Tuesday, July 31, 2012

Catatan Ramadan (16)





Bingkisan Dari Palestin Oleh Aqsa Syarif

Alhamdulillah tidak terhingga masih diizinkan untuk menulis sesuatu,Ramadan masih bersama kita menyinari kehidupan yang sedang kita lalui.Di mana jua kita berada Ramadan tetap setia bersama kita,namun setiakah kita seperti Ramadan?. Sudah seminggu kita dalam Ramadan,masih kuat dan bersemangat untuk terus menelusuri arusnya yang makin deras dan laju.Insyallah, semoga Allah tetap memberi kekuatan kepada kita semua.

Syukur pada malam ini (26/07/2012-Khamis) masih di izinkan Allah untuk turut sama-sama memeriahkan dan mengimarahkan Ramadan di Surau Kariah Darul Muslimin.Selepas lapan rakaat di adakan pula Tazkirah Terawih. Ia lebih pada satu perkongsian atau maklumat terkini tentang umat Islam palestin.Saban hari dan saban waktu umat Islam di Palestin sentiasa di ancam dengan pelbagai ugutan dan ancaman dari pihak rejim zionis yang zalim. Malam ini penerangan oleh pihak Ngo Aqsa Syarif sebuah pertubuhan sukarelawan yang di jemput khas oleh pihak Surau Darul Muslimin.

Ramadan tidak melupakan kita tentang nasib umat Islam yang masih di belenggu oleh penjajahan asing.Simpati kita sebagai saudara se-Islam sangat di perlukan oleh mereka,bukan sahaja simpati tetapi sokongan dan dokongan oleh seluruh Umat Islam dunia terhadap Palestin sangat di harapkan oleh mereka.Hampir 60 tahun lebih Palestin di hambat oleh penderitaan yang amat dahsyat.Rejim zionis Israel tidak pernah berhenti untuk melakukan apa sahaja tindakan jahat,kejam,ganas dan zalim terhadap penduduk Palestin.

Kedatangan wakil Ngo Aqsa Syarif pada malam tersebut sangat memberi input kepada jemaah yang hadir. Tayangan slide yang menunjukkan mangsa-mangsa kekejaman rejim sangat menyentuh hati semua.Mereka tidak pernah mengenal erti aman,kerana sentiasa di buru oleh pihak tentera rejim zionis.Tiap detik dan tiap saat nyawa mereka bila-bila masa sahaja boleh melayang.Begitulah nasib penderitaan yang mereka alamai.Aqsa Syarif sebagai sebuah pertubuhan sukarelawan telah begitu prihatin dengan keadaan di Palestin.

Untuk itu,pertubuhan tersebut telah banyak melakukan sumbangan berbentuk material hasil kutipan dana dari umat Islam di Malaysia.Hasil dari itu terbina pelbagai prasarana yang di usahakan oleh pertubuhan tersebut,antaranya membina sebuah Universiti,membina kilang roti,masjid,penternakan ikan air tawar dan pelbagai lagi yang dilaksanakan semuanya itu  hasil dana yang di kutip dari Umat Islam di Malaysia.Keperihatinan umat Islam di Malaysia menunjukkan komitmen umat,bahawa umat Islam di mana pun berada,susah atau senang mereka adalah saudara seagama yang perlu di beri bantuan.

Sikap dan tanggungjawab sebagai muslim inilah yang di kehendaki oleh agama Islam.Penerangan dan info yang di beri sangat memberi kesan pada jemaah yang hadir. Moga maklumat yang di terima dapat di sampaikan kepada umat Islam yang lain.Semoga Ramadan kali ini,Allah membuka ruang keamanan untuk Umat Islam di Palestin.Pembebasan Palestin bermakna bebas juga seluruh Umat Islam di seluruh dunia.Di situ terletaknya masjidil Aqsa kiblat pertama Umat Islam.

Sama-sama lah kita berdoa agar Umat Islam Palestin segera di beri keamanan dan kemenangan oleh ALLAH SWT. Semoga Ramadan yang hadir ini memberi sesuatu berita yang mengembirakan Umat Islam di Palestin khususnya.Jua Umat Islam di seluruh pelusuk dunia.

Semoga amal bakti kita di terima oleh Allah Swt.

Amin Ya..Rabb..!!!

Jom Menulis..Jom Membaca…!

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA