Followers

Tuesday, July 17, 2012

Catatan Ramadan (1)


Ramadan Kembali




Alhamdulillah,syukur pada Allah yang mengizinkan kita untuk bertemu dalam dunia maya ini.Diam tak diam kita sudah di penghujung bulan sya’aban dan tinggal tiga hari lagi kita akan bertemu dengan bulan yang sangat agung iaitu bulan Ramadan Al-Mubarak 1433H.Itu pun sekiranya kita di izinkan untuk sampai ke destinasinya. Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam orang-orang yang beruntung menemui kembali bulan yang amat penuh dengan keberkahannya.

Tiap tahun,bila datangnya bulan Ramadan,acapkali diulang-ulang tentang fadhilat ibadah puasa oleh ilmuan-ilmuan Islam bagi mengajak Umat Islam agar berpuasa dengan puasa yang sebenar-benarnya.Mereka tidak jemu-jemu menyampaikan apa jua kebaikan yang terkandung di dalam bulan Ramadan ini.

Namun di situ masih terdapat segolongan manusia yang tetap ingkar tentang seruan ibadah puasa ini.Walaupun mereka mengaku sebagai beragama Islam,namun dalam ibadah puasa mereka sering gagal memenuhi tuntutannya,dengan alasan kerja berat,gastric dan bermacam-macam alasan yang di buat-buat.Semoga kita tidak tergolong dalam segolongan manusia itu.

Puasa adalah perintah Allah seperti yang sudah termaktub dalam al-quran.Ia wajib mesti di tunaikan.Rukun Islam yang ketiga selepas fardhu solat.Ia wajib ditunaikan tanpa sebarang syak dan keraguan.

“Wahai orang-orang yang beriman,di wajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan atas ummat sebelum kamu supaya kamu bertaqwa.”

(Al-Baqarah:183)

Sesungguhnya puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga,tetapi mengawal nafsu agar tidak terjerumus kelembah noda dan dosa.Nafsu yang jahat yang sering mengajak manusia melakukan kejahatan tanpa seminit mahu pun sesaat rehat mengoda manusia.Maka dengan puasa ini mudah-mudahan dapat mengekang nafsu yang rakus ini.Dengan menjaga adab-adabnya, puasa kita kan sempurna dan akan diterima oleh Allah SWT.

Justeru itu,Ramadan kali ini biarlah memberi impak yang lebih baik pada diri,keluarga dan masyarakat Islam.Hasil dari puasa yang sempurna kita tergolong dalam golongan yang bertaqwa seperti yang di nyatakan dalam al-quran.

Amin...Ya Rabb..!

Jom membaca,jom menulis…!

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA