Indahnya Ramadan
Bulan
yang indah,penuh dengan Rahmat dan Barokah.Wajah berseri-seri tidak sabar
menunggu waktu berbuka puasa.Ada beberapa minit lagi,moga tidak di persiakan
begitu sahaja.Mahu membaca,membacalah,lebih-lebih lagi quran,biar pun hanya
sekadar beberapa ayat,namun ianya amat bermanfaat.Membaca buku,ya itu pun
molek,mengulangkaji mana yang mungkin kita terlupa,itu juga ada
manfaatnya.Indahnya Ramadan setiap apa yang kita lakukan ganjaranya berlipat
kali ganda.
“Semua amal kelakuan anak Adam berlipat ganda,tiap
kebaikan sepuluh lipat gandanya hingga tujuh ratus lipat gandanya,kecuali puasa...”
maksud
hadis.
Ramadan
bertambah indah,setelah berbuka kita penuhi rumah-rumah Allah dengan bersolat
jemaah.Baik maghribnya atau waktu isyanya seterusnya solat terawih.Bersama
keluarga,anak-anak,suami dan isteri bergiring bersama-sama ke masjid mahu pun
surau,Setelah itu bertadarus quran berramai-ramai,indahnya Ramadan membuka
peluang dan ruang untuk kita beramal ibadah sebanyak-banyaknya.
Setiap
saat dan minit,tidak dipersiakan dengan sesuatu yang boleh mencemarkan
keindahan Ramadan.Dalam keluaraga,lihatlah bagaimana anak-anak kita mengisi
keindahan Ramadan?.Bermain game,menontot tv,mendengar lagu-lagu yang
melalaikan,membaca komik,novel atau apa sahaja bahan bacaan yang tidak
meningkatkan motivasi diri anak-anak.Atau apakah sebaliknya anak-anak mentelaah
pelajaran,membaca buku agama,bersoal jawap tentang fadhilat puasa.Ayah dan ibu
pula,waktu terluang.apa yang dilakukannya?.
Sesungguhnya
keindahan Ramadan itu milik kita, jauhilah perkara yang boleh merosakkan
keindahan Ramadan.jangan persiakan peluang yang ada.entah esok atau lusa kita
belum tentu menikmati lagi keindahan Ramadan ini.Maka,syukuri dan nikmatilah
keindahan Ramadan kali ini dengan sesempurnanya.
Amin
Ya Rabb...!.
Jom Membaca..Jom Menulis...!.
No comments:
Post a Comment