Jom Sahur
Bangun,
Bangun, Bangun, Sahur,sahur,sahur..,ungkapan biasa yang kita dengar bila tiba
bulan Ramadan.Berat mata,ngantuk betul.Waktu tengah indah bermimpi dipanggil
bersahur.Namun jiwa yang bersih dan tulus,niat yang di tanamkan dengan penuh
ikhlas,pasti dengan mudah akan bangkit akan menunaikan ibadah biarpun
kebanyakan dari kita anggap seolah-oleh kecil sahaja.Tetapi mengandungi hikmah
dan fadhilatnya.Itulah waktu sahur penuh dengan keberkahannya.
Rasulullah
bersabda: “Bersahurlah kamu, kerana dalam sahur itu terdapat berkat.”
(Hadis
riwayat Bukhari dan Muslim)
Bersahurlah
biarpun hanya sekadar dengan tamar dan seteguk air.Dengan bersahur puasa kita
akan berbeza dengan orang-orang ahli kitab.Ini seperti yang termaktub dalam
sabda Rasulullah saw.
Amru
bin Al-Ash berkata: “Rasulullah saw bersabda: Perbezaan antara puasa kami
dengan puasa orang-orang ahli kitab iaitu sahur.”
(Hadis
riwayat Muslim)
Jadi
ingatlah,berbezalah kita dengan ahli kitab.Sebagai muslim sewajarnya kita
elakan dari sebarang persamaan dari mereka.Biarlah puasa kita menjadi puasa
yang di terima Allah.
Malah
Rasulullah saw menggalakkan kita agar melambatkan sahur kita sepertimana yang
telah diutarakan dalam sabdanya;
Zaid
bin Tsabit r.a berkata: Kami sahur bersama Rasulullah saw kemudian bangn solat
subuh. Ketika ditanya: Berapa lama di antara sahur hingga solat subuh itu?
Jawabnya: “Sekadar sekira orang membaca 5o ayat.”
Semoga
perkongsian ringkas ini memberi manfaat kepada kita semua.Semoga puasa kita
diterima oleh Allah SWT.
Amin...Ya...Rabb..!.
Jom Membaca…Jom Menulis…!
No comments:
Post a Comment