Dua Kegembiraan Milik Siapa?
Tiba-tiba
mendapat khabar dari seseorang menyatakan kita akan di bawa bertemu seorang
raja.Raja itu sangat menginginkan sangat bertemu kita.Terkejut dengan berita
itu,kita rasa seronok,maklum mahu pergi istana,selama ini tak pernah jejak pun
ke sana.Maka hari yang di janjikan pun tiba,dengan persalinan nan indah kita di
bawah ke istana.Raja begitu gembira denga kedatangan kita,bukan setakat sembah
patik tetapi di raikan dengan bermacam hiburan dan aneka juadah yang enak-enak
di sajikan kepada kita,makan berhadapan bersama raja.Ah..indah bukan?.Hati gembira
girang tidak terkira.
Begitu
juga denga orang yang berpuasa,telah dijanjikan dua kegembiraan,yang mana ia
hanya untuk orang yang benar-benar berpuasa semata-mata kepada-Nya.
“Dan untuk orang yang berpuasa dua kali masa
gembira.yaitu ketika akan berbuka puasa,dan ketika ia menghadap kepada Tuhan(bertemu
Allah).
(Bukhari,Muslim)
Waktu
berbuka,waktu yang dinanti oleh semua yang berpuasa,dengan rasa sabar
menunggunya akhirnya bila sampai waktunya di izinkan untuk berbuka puasa.Nikmat
dan lazat ketika itu tidak terkira.Juga bila mana kita bertemu dengan raja,hati
gembira tidak terkata.Itu baru raja,gembiranya tidak boleh diungkapakan.Ini
pula berjumpa yang mencipta kita,yang memberi rezeki kita,yang memberikan
pelbagai nikmat yang banyak buat kita,apakah kita tidak merasa
gembira,seronok?.
Itulah
istimewanya orang yang berpuasa.Itu pun tidak mahu berpuasa?.
Amin...Ya
Rabb...!
Jom Membaca..Jom Menulis…!
No comments:
Post a Comment