Followers

Monday, July 30, 2012

25 Minit Di Pesta Buku Selangor 2012









Salam Ramadan semua,semoga di rahmati Allah Swt.Bertemu lagi dalam dunia maya ini.Melalui penulisan berkenaan dunia buku.Terima kasih kerana masih setia berkunjung ke blog ini.Sebuah medium perkongsian yang tidak seberapa ini dari insan yang biasa-biasa sahaja.Beberapa hari saya menulis catatan Ramadan,kali ini saya menulis tentang aktiviti dunia buku saya yang belum sempat di kongsikan. Mungkin sudah basi ceritanya,maklum ia merupakan salah satu dairi aktiviti saya.mahu tidak mahu saya kongsikan juga.

Berlansung selama sebelas hari,namun saya hanya sempat pada hari Ahad sehari sebelum berakhirnya pesta buku tersebut.Itu pun saya pergi dengan keadaan tergesa-gesa bersama anak buah yang mahu mengambil ibunya pulang dari kerja di seksyen 21 Shah Alam.Dengan menumpang anak buah dan meminta dia singgah sekejap ke Pesta Buku tersebut. Dia pun menunjukkan minat,apa lagi singgah walaupun sekejap dalam tempoh 25 minit.

Sampai sahaja di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC),masuk ke dalam,kelihatan masih ramai lagi peminat dan pencinta buku berpusu-pusu mencari buku yang mereka minati,begitu juga saya,dalam tempoh yang singkat itu,saya manfaatkan untuk mencari buku yang hendak di beli.Distinasi pertama ke IT&BM,melilau-lilau mata mencari buku yang mahu di beli,dapat sebuah buat buah tangan.Buku ‘Bibliholisme’ tulisan Saharom TM Sulaiman.Banyak buku di situ yang menarik,masa tidak mengizinkan saya untuk membelek-belek lama.

Distinasi seterusnya ke PTS,wah ramainya orang,banyak buku bermacam-macam tajuk,desain yang menarik,kulit tebal,kulit nipis dam macam-macam lagi.Namun buku yang saya cari-cari tidak kelihatan.Tinjau-tinjau sahajalah.Saya terus ke Galeri Ilmu,dapat sebuah buku yang memang saya tengah cari.Buku ‘I want To Be A Writer’ tulisan Ummu Hani.Lega rasa hati,dapat juga buku ini.Tentang pengalaman penulis sebagai seorang penulis.Ada tip-tip tentang penulisan.Nak tahu selanjutnya kena beli dan baca.

Seterusnya ke booth DBP(Dewan Bahasa Dan Pustaka),Koleksi cerpen berkulit tebal banyak di jual semurah RM10,Majalah Tunas Cipta dan yang lainnya semurah RM1.Buku-buku lain juga murah semurah RM5,RM6 pun ada.Saya tangkap dua buah koleksi cerpen kulit tebal dan nipis.Masih cantik kulitnya,apatah lagi isikandungannya masih boleh di baca dan sebagai rujukan.Memang teruja melihat buku-buku yang banyak itu,murah-murah pula tu.

Distinasi terakhir ke booth Karangkraf,di bahagian luar dewan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC),terlihat buku terbaharu Dr.HM Tuah Iskandar. Apa lagi ambil dan bayar,masa sudah tidak mengizinkan untuk berlama-lama di situ,anak buah pun entah di mana.Mungkin tunggu di kereta.Hati tidak sabar-sabar mahu buka bungkusan buku-buku yang di beli. Mahu belek-belek,cium-cium buku baharu.Memang menghairahkan tengok buku-buku yang baharu dibeli.Dan tak sabar mahu menyelongkar isi ceritanya.

Ya..itulah sedikit pengalaman beberapa minit di pesta buku Selangor 2012, moga ada sedikit motivasi dalam penulisan saya kali ini.

Selamat Membaca..!

Jom Membaca..Jom Menulis..!


No comments:

Post a Comment

DEMI MASA