Berbuka Bersama Ayah Ibu
Alhamdulillah,sudah
masuk dua hari (Ahad-22hb 07 2012/2 Ramadan 1433H) berpuasa,semoga di
terima segala amalan kita dan segala aktiviti yang kita lakuakan di kira ibadah
oleh Allah SWT. Indahnya Ramadan bila kita dapat bersama-sama dengan keluarga
lebih-lebih lagi dapat berbuka puasa denga Ayah dan Ibu.
Ya..Syukur
masih dapat menatap wajah kedua ibu bapa.Dalam usia yang sudah lanjut mereka
dapat melaksanakan puasa dengan sabar dan tabah.”Ya..Allah Ampuni kedua
ibu dan bapa ku,Ampunilah kedua-duannya,berikanlah kesihatan dan kebaikan
kepada kedua-duannya..”.
Ayah
ibu,itulah mereka sejak kita di lahirkan hinggalah kita sudah dewasa dan
mempunyai rumahtangga,dan kini mereka sudah berusia lanjut,masih tidak
jemu-jemu melayan kita,melihat layanan mereka pada anak-anaknya yang datang
untuk berbuka puasa sangat menyentuh hati.Tidak pernah berubah dari usia kecil
hinggalah sudah berumahtangga.Tetap sama,sampai kadang-kadang dia asendiri
lambat makan kerana dek’ melayan anak-anak.
Sesungguhnya
emak tersangat baik pada saya,emak layan saya sama macam saya masih kecil
lagi.Begitu bapa,saya dapat merasainya.Bagaimana perasaan saya seandainya tika
dan saat ini,emak dan bapa tidak bersama-sama berbuka puasa.”Ya..Allah..tidak
dapat aku bayangkan situasi itu..Ya Rabb..kuatkanlah aku..”.
Sedikit
emosi kali ini,seorang anak mengenang kebaikan kedua ibu bapa yang semakin
berusia. Namun kasihnya pada anak tidak pernah berubah.Sambil makan berbuka
puasa,fikiran melayang-layang mengimbau saat kecil,panggilan emak mengejutkan
bersahur masih terngiang-ngiang di benak fikiran ini.Menyediakan juadah sahur
seawal tiga atau empat pagi,tanpa rasa jemu dan malas. Sehingga kini pun begitu
biar pun hanya berdua.
Ya..itulah
tugas seorang isteri juga sebagai emak kepada anak-anaknya.Sungguh besar
pengorbananmu emak....Begitu pula bila menatap kedut wajah bapa yang semakin
sakit-sakit badan.Makan sedikit,sekadar cukup apa yang ada,tidak seperti yang
muda-muda ini,Makan selagi perut mampu menampung makanan,selagi itulah terus di
isi.
Khayalan
ini,terganggu dengan karenah kedua putera dan puteri yang sedang asyik dengan
makanannya.Seronok melihat karenah mereka berdua.Macam mereka berdua berpuasa
pula.Semoga kedua-duanya nanti menjadi anak yang soleh dan solehah.Amin..!.Syukur,dapat
berbuka puasa dengan Ayah dan Ibu hari ini.Sempat mengambil beberapa gambar
untuk kenangan masa hadapan.
Semoga
diterima segala amal bakti kita oleh Allah SWT.
Amin
Ya Rabb...!!!
Jom Membaca...Jom Menulis...!
No comments:
Post a Comment