Followers

Sunday, July 29, 2012

Catatan Ramadan (13)




Jumaat Yang Syahdu

Selamat berpuasa kepada sahabat semua,

Kematian itu datang dengan tiba-tiba,tanpa di jemput atau di minta-minta.Datang pada bila-bila masa sama ada di waktu sakit mahu pun sihat ceria.Mati itu pasti,di mana pun tika itu kita berada.Di rumah,di ofis, di samudera yang luas, di kamar mandi dan di mana jua tempat dan situasi kita berada. Mahu tidak mahu pasti melaluinya.Ya begitulah kematian bila menjemput tidak boleh di tahan barang sesaat pun.

Firman Allah: “Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.” (Surah Ali ‘Imran ayat 185).

Berita kematian yang di sampaikan dari dua orang sahabat kampong telah mengejutkan saya,bila baca sms yang di kirim oleh mereka menyatakan telah kembali ke rahmatullah seorang warga penduduk kampong pada malam jumaat jam 8:45 malam ini.Dalam bulan Ramadan yang mulia ini Allah SWT telah menjemput hambanya kepangkuan-Nya.Begitulah kehidupan yang kita lalui saban hari dan waktu,ada sahaja insan-insan yang di sayangi yang pergi menjemput panggilan ilahi.Semoga juga kematian Almarhumah di malam jumaat yang mulia itu beroleh kebaikan seperti sebuah maksud hadis  di bawah;

Diriwayatkan dari Imam at-Turmuzi dalam himpunan hadis dari Abdullah Bin A'mru telah berkata: Bersabda Nabi Sallahu Alaihi Wasallam:

Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur.

(Berkata al-Albani dalam Ahkam Janaiz, hadis yang dihimpunkan dari pelbagai toriq adalah hasan atau sohih).

Pagi ini (27/07/2012-Jumaat),hari kelima kita berpuasa,dengan izin Allah di beri kesempatan untuk ziarah kematian di kampong asal,ziarah kematian ahli kariah.Hidup yang sementara di akhiri dengan kematian,begitulah yang mula pasti berakhir,yang pangkal akan ke penghujung.Distinasi yang pasti dan bakal semua lalui.Kita adalah bakal-bakal calon jenazah.Bila adanya kematian,maka ia kan menjadi k motivasi kita agar sentiasa bersedia mempersiapkan diri dengan mengumpul amal bakti sebanyak-banyaknya untuk di bawa ke sana nanti.

Dengan menziarahi kematian akan mengingatkan kehidupan yang sebenar lagi abadi,ia suatu yang perlu di ingati selalu,sumber motivasi agar kita tidak terus lalai dan leka dengan dunia yang sementara ini. Maka bila adanya suatau kematian,kita sama-sama ziarah untuk menghormatinya.Beruntungnya mereka yang ziarah kematian sehingga ia dapat turut sama-sama menyembahyangkan jenazah tersebut;

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang hadir menziarah jenazah sehingga dia dapat menyembahyangkannya, maka baginya mendapat pahala sebuah gunung dan sesiapa hadir menziarah sehingga jenazah itu dikebumikan. Maka ia  mendapat pahala sebesar dua buah gunung."                                                                              

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bila ziarah kematian,sering kali saya terbayang-bayang seandainya situasi ini akan terjadi pada diri saya.Ya..kehilangan keluarga tersayang,siapa yang tidak bersedih dan menangisi insan yang kita sayangi.Kehilangan Ibu atau Ayah,satu situasi yang tidak dapat saya gambarkan. “Ya.. Allah,satu masa nanti aku juga akan menghadapi situasi ini,maka kuat dan tabahkanlah hatiku ketika itu..”. Begitu juga rasanya kepada sahabat kampong yang kehilangan ibunya itu. Semoga Allah menempatkan Almarhumah bersama-sama orang yang bertaqwa.

Menurut perbualan Yb yang hadir pada pagi itu yag turur ziarah ,beliau ada satu lagi ziarah kematian di Bukit Kerayong. ‘Kematian itu pasti’ bisik hati saya.Di mana-mana kematian ada waktu ini. Di benua mana dan di pelusok dunia hari ini kematian menjemput sesiapa sahaja,kecil,besar,tua,muda,kaya,miskin,pemerintah,orang kampong,orang besar dan semuanya kematian sedang mengintai-ngintai mereka termasuk juga saya yang sedang menulis ini.

Jadikanlah setiap kematian yang berlaku sebagai iktibar kepada kita yang masih hidup ini.Ia akan sentiasa membuatkan kita bersiap sedia mempersiapkan bekalan ke sana.Semoga kita sentiasa memperingati diri,keluarga dan masyarakat Islam keseluruhannya bahawa kematian pasti menjemput kita pada bila-bila masa sahaja.

Semoga Allah menerima amalan kita.

Amin Ya..Rabb…!!!

Jom Membaca..Jom Menulis..!

1 comment:

  1. salam..

    kematian pasti mnjemput kita
    slalu mngingati mati akan
    mmbuat hati x leka beribadah

    ReplyDelete

DEMI MASA