Followers

Sunday, July 22, 2012

Catatan Ramadan (4)




Masjid Meriah

Alhamdulillah,syukur masih dapat di pertemukan melalui catatan Ramadan kali ini.Semoga Allah merahmati kita semua dan menerima amalan kita sebagai amal soleh.Selawat ke atas junjungan mulia nabi Muhammmad saw.Kerananya kita dapat nikmat iman dan Islam.Ramadan menjanjikan keberkatan untuk semua manusia yang beriman,puasa akan melahirkan taqwa,jika dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

“..mudah-mudahan kamu bertaqwa” Maksud Quran.

Seperti biasa,setiap bulan ramadan menjelang,masjid-masjid akan meriah dengan bermacam-macam aktiviti yang dijalankan.Setiap masjid di mana pun ia berada,sama ada di desa mahu pun di pekan bahkan di bandaraya besar pun masjid pasti meriah dan ramai orang berkunjung ke sana.Dengan tujuan yang satu,beribadah hanya untuk-Nya. Di pelusuk dunia Islam masjid-masjid di penuhi oleh orang ramai.Begitulah besar hikmah kedatangan Ramadan bulan yang agung yang penuh dengan keberkatannya.

Bukan setakat bertarawih dan bertadarus al-quran,tetapi mereka menghidupkannya dengan qiamullail. Malah ada masjid yang melaksanakan program qiamullail sepanjang Ramadan,begitulah hebatnya Ramadan.Peluang untuk merai pahala dengan melaksanakan ibadah di rebut dengan sebaik-baiknya.Masjid tetap terang benderang dengan pelbagai aktiviti yang di atur oleh pihak masjid untuk manfaat orang ramai.

Aktiviti sepanjang Ramadan begitu hebat di sana sini,solat terawih di sesetengah masjid menggunakan tenaga imam tahfiz,bacaan 30 juzuk hingga akhir Ramadan.Ini memberi kesegaran minda dan penghayatan kepada para jemaah.Suasana yang meriah dan indah di bulan Ramadan semakin terserlah. Manusia berpusu-pusu ke stiap masjid yang berdekatan.Malah ada yang bertukar-tukar masjid bagi merasai suasana berbeza di setiap masjid yang di kunjungi.Hebat dan mantap penangan Ramadan,segalanya mudah dan menyenangkan.

Langkah ke masjid diteruskan dengan solat lima waktu di masjid,tiap kali masuknya solat waktu ramailah bersegera menunaikan solat jemaah di masjid.tidak kira siang,petang ,malam dan subuh,masjid sentiasa meriah dan imarah. Sama ada individu dan berkeluarga turut sama-sama memeriahkan masjid untuk bersolat jemaah. Segala dugaan dan godaan jahat nafsu di lawan dengan sungguh-sungguh.Ramadan jelas di hati mereka.Hasilnya masjid-masjid meriah dan imarah sekali.

Apa yang menariknya,ada masjid yang menyediakan juadah untuk berbuka puasa,ia di lakukan sepanjang bulan Ramadan,Ia memberi peluang untuk orang ramai sama-sama meraikan ibadah berbuka puasa.Ada masjid yang membuat bubur lambuk untuk di beri kepada orang ramai.Aktiviti membuat bubur lambuk ini di laksanakan secara bergotong royong,malah mereka membuat sehingga beberapa kawah.Setiap hari sepanjang Ramadan mereka membuatnya. Semuanya dengan niat bersedekah memberi orang makan untuk berbuka puasa.

Begitulah ramadan,mengajar manusia agar berebut-rebut membuat amal kebajikan.Masjid menjadi institusi yang utama buat umat Islam untuk melaksanakan tuntutan itu.Namun di situ jangan kita lupa tentang adab-adab ketika berkunjung ke masjid. Menghormati masjid dengan menunaikan solat tahyahtulmasjid sebagai penghormatan kita kepada masjid yang merupakan rumah Allah.Semoga kita menjadi golongan di kalangan orang yang beriman yang memakmurkan masjid,lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan.Ramadan mengindah dan menceriakan setiap masjid,di mana pun masjid itu berada.

Semoga puasa kita di terima Allah swt.

Amin,,,Ya..Rabb..!!!.

Selamat berpuasa.

Jom Membaca...Jom Menulis...!

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA