Bazar Ramadan
Diam
tak diam dah hampir seminggu kita berpuasa.Dah ramai yang bercerita tentang
hari raya,Nak tukar baju baru,langsir baru,kusyen baru malah ada yang mahu
tukar kereta baru untuk raya tahun ini.Hebat betul orang
kita.Raya..raya..raya..setahun sekali katakana,semuanya mahu baru.Biarkanlah
mereka denga dunia mereka.Ada pendirian masing-masing,ada kemampuan
masing-masing.Nanti bila kita cakap lebih-lebih dikatanya jaga tepi kain orang
lain pula.Tapi tegur menegur itu tugas semua orang.
Ok
lah,bukan mahu bercakap tentang perkara di atas,itu sekadar intro
sahaja.Sebenarnya mahu berbicara tentang bazar.Lebih terkenal dengan panggilan
‘BAZAR RAMADAN’,mengambil sempena bulan mulia.Sama juga denga promosi sesuatu
barangan sempena bulan Ramadan,guna juga ‘PROMOSI RAMADAN’ dan juga yang seumpamanya.Semua mahu
dikaitkan dengan bulan yang mulia.Jangan pula promosi benda yang haram sudah
seperti di sebuah pasar raya yang mempermosikan minuman keras dengan menyebut
promosi sempena bulan Ramadan,itu menghina namanya.
Bazar
Ramadan,ada di mana-mana,baik di simpang jalan kampung,di kawasan yang di
khaskan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT),Bahkan di pelusuk tanahair juga
seluruh dunia Islam. Malah ada yang bergaduh pasal tempat berniaga,dalam bulan
puasa Ramadan pula tu.Sungguh memalukan dan mendukacitakan kita sebagai umat
Islam.Semuanya kerana mahukan sebuah bazar Ramadan untuk menjual juadah berbuka
puasa untuk orang ramai.Begitulah kisahnya di satu tempat seperti di laporkan
oleh akhbar.
Apakah
salah wujudnya bazar-bazar sementara ini?.Secara pribadinya tidak
salah,buatlah,berniagalah,apa yang penting bersih dan halal , itu
jaminannya.Makanan dan minuman yang di jual untuk umat Islam mestilah yang
bersih dan halal.Yang menjual juga kenalah jaga adab-adabnya.Tutuplah aurat
bagi lelaki dan perempuan,jujur,harga yang berpatutan dan jangan menipu.Makanan
semalam usahlah di jual semula.Jika tidak habis yang hari ini,sedekahkanlah di
surau atau masjid atau pun sedekahkanlah di madrasah-madrasah yang
berdekatan,Jangan di buang atau membazir pula.
Itu
sikap yang patut ada pada penjual.Manakala pembeli pula harus
berpada-padalah,jangan membazir,beli mana yang perlu kecuali memang ada niat
mahu bersedekah maka beli lebih itu tidak salah malah di galakan,memberi makan
pada mereka yang berpuasa kan besar ganjarannya.Mentang-mentang puasa
macam-macam di belinya dengan pelbagai lauk pauk,kuih muih dan minuman yang
mengiurkan tekak.Maklum nafsu hujung-hujung dekat mahu berbuka bila tidak di
kawal,akan memusnahkan ibadah puasa kita.Jadi berjimat-jimatlah ketika
berbelanja di bazar Ramadan.
Kita
mahu salahkan wujudnya bazar seperti ini pun tidak boleh.Masing-masing ingin
merebut mencari rezeki lebih dalam bulan Ramadan.Jadi sebagai pengguna dan
pembeli bijak-bijaklah mengatur dan mengurus kewangan.masing-masing.Cukupl lah,
tanamkan dalam minda kita,membazir kawan setan. Membeli atau berbelanja
sehingga kita tidak mampu menghabiskannya bukankah membazir,bila membazir automatik
bertemankan setan lah kita.
Kesimpulannya.bersederhanalah
dalam kita berbelanja,berbuka dan segala aktiviti yang kita lakukan.Semoga amal
ibadah kita di terima oleh Allah SWT.Juga. semoga Bazar Ramadan tidak menjadi
tempat untuk kita membuat pembaziran atau ‘Bazir Ramadan’.
Amin
Ya Rabb...!!!
Jom Membaca..Jom Menulis...!
No comments:
Post a Comment