Puasa Adat Atau Puasa Syariat?
Syukur
teramat syukur dengan izin-Nya dapat menikmati keindahan dan cahaya Ramadan
pada malam ini.Bersolat Isya dan berterawih di surau Darul Muslimin Jalan Jambu
menenangkan jiwa.Malam ini (Rabu-25/07/2012) dapat bersama
para jemaah mendengar majlis ilmu selepas solat terawih.Begitulah indah dan
serinya Ramadan di pelbagaikan dengan siri aktiviti yang sangat
bermanfaat.Majlis ilmu sebahagian dari taman-taman syurga,rugi rasanya bila
tidak menyertainya.
Dengan
bekal kekuatan jiwa yang Allah bekalkan,Alhamdulillah malam ini dapat sirami
jiwa yang tandus ini dengan peringatan-peringatan yang penting bagi menyegarkan
minda dan menyuburkan hati agar berterusan membuat amal soleh dalam bulan
Ramadan ini,Tersentuh dengan imbauanpenceramah,tentang kedatangan Ramadan kali
ini.
Kata
ustaz,“Ramadan kali ini,yang dulunya bersama-sama kita
berterawih,bertadarus quran,solat berjemaah bersama kita,hari ini sudah tidak
bersama kita,begitu juga di antara keluarga kita,yang satu ketika bila mana
Ramadan menjelma,kita sama-sama terawih dan sebagainya kini sudah tidak bersama
kita malam ini,mereka pergi meninggalkan kita terlebih dahulu....”.
Sungguh
satu muhasabah diri tentang kematian yang sangat mengesankan diri saya. Terus
terbayang wajah-wajah yang di sayangi,yang masih hidup bersama.Wajah Emak
Ayah,Isteri dan anak-anak dan saudara-saudara semua yang masih hidup dan yang
telah tiada apatah lagi..Satu jentikan emosi oleh ustaz sangat menyedarkan
sekali.
Bila
kematian menjemput,hilanglah kita dengan orang yang tersayang,juga sahabat yang
kita kasihi.Begitulah Ramadan ini.Tiap detik dan saat ada sahaja dikalangan
kita yang pergi meninggalkan kita.Setiap yang bernyawa pasti akan menemui
kematian.Mahu tidak mahu pasti menjemput kita bila tiba masanya.Banyak
peringatan-peringatan dan teguran yang Ustaz berikan pada para jemaah.Teguran
ustaz terhadap sikap jemaah,yang mana bila ada majlis tazkirah semua pakat
balik,kalau boleh sama-sama tunggu,sama-sama menuntut ilmu.Itu sangat
menginsafkan diri saya.
Bila
tiba bulan Ramadan maka berbondong-bondonglah umat Islam ke masjid atau
surau,meriah dan imarah sekali,tapi amat malang bila mana selesai Ramadan
berlabuh meninggalkan kita,maka situasi kembali kepada asalnya.Surau atau masjidmenjadi
senyap sunyi kurang meriah dengan orang ramai.Aktiviti seperti kuliah atau
tazkirah mula kekurangan jemaah,di mana silapnya; Niat Puasa Kita Ikut Adat
Atau Syariat?.
Itulah
antara beberapa faktor yang membuktikan puasa yang kita lakukan itu puasa adat
dan bukannya puasa mengikut syariat.Niat kita berpuasa juga menjadi persoalan
penting untuk kita fikirkan.Matlamat utama niat kita untuk siapa?. Itu lah
lontaran yang Ustaz ajukan pada setiap jemaah,untuk saya juga.Niat biar betul
dan ikhlas semata-mata hanya untuk Allah SWT. Banyak sebenarnya persoalan dan
kupasan yang Ustaz berikan pada malam ini.Semuanya itu membuatkan minda saya
banyak berfikir dan bermuhasabah diri.
Banyak
input-input yang ustaz berikan,rasa menyesal juga kerana tidak membawa buku
catatan untuk mencatat butir-butir mutiara ilmu yang di curahkan oleh ustaz
saifudin Jumri. Insyallah mana-mana kuliah atau tazkirah yang akan datang saya
pastikan ada buku catatan yang dibawa,sekadar ingatan untuk diri sendiri.
Semoga
catatan ringkas ini,jika ada ilmunya dapatlah dimanfaatkan bersama.
Semoga
puasa kita di terima oleh Allah SWT.
Amin
...Ya Rabb..!!!
Jom Membaca..Jom Menulis...!
No comments:
Post a Comment