Followers

Thursday, June 9, 2011

Indahnya membaca

Membaca...sungguh indah..!


Catatan penulisan hari ini,saya mahu bercerita tentang membaca,sesiapa sahaja yang suka membaca pasti ada rasa seronok dan menyeronokkan,bukan itu sahaja tetapi pelbagai perasaan yang timbul dalam diri.Semua orang tahu manfaat atau faedahnya membaca.Tak perlu lagi saya senaraikan satu persatu,bagi saya sekarang bukan masanya untuk menceritakan perkara itu,itu semua sudah tahu dan faham.

Kini adalah waktunya untuk kita merealisasikan apa yang kita tahu dan faham.Bukan sekadar omong-omongan tanpa praktis.Membaca perlu semangat.Tiada semangat,maka apa yang dimahukan pasti tidak akan tercapai.Beberapa perkara yang mendorong saya mahu membaca,antaranya;

1)Membaca itu tuntutan

Saya yakin dengan seruan dan tuntutan ini.Jika ada yang mengatakan,membaca itu bukan sesuatau yang besar,saya harap fikir semula lah kata-kata itu.Ingat membaca ada termaktub di dalam Al-Quran.Malah wahyu yang pertama dikirim oleh Jibril kepada Nabi SAW adalah seruan agar membaca.Sudah pasti,ia sesuatu yang besar dan di tuntut.

Bukankah kehidupan kita,lebih-lebih lagi orang Islam,dari awal bangun tidur sampailah mahu tidur lagi,semua ada bacaan doanya(membaca),bukankah itu suruhan juga untuk kita membaca,ya membaca doa,tapi di sebaliknya ada satu seruan,bahawa dengan membaca kehidupan kita pasti di Rahmati Allah.

Sebab itu sangat di galakan membaca doa setiap kali kita melakukan perbuatan yang baik.Malah sebelum memulakan sesuatu juga kita digalakan dan di tuntut membaca ‘BISMILLAH’..Jadi tuntutan membaca itu sebenarnya sangat besar dan sewajarnya kita jadikan amalan dalam kehidupan kita (Konsep hidup).Saya petik surah al-Alaq untuk kita renungkan bersama;

“Bacalah dengan menyebut nama Tuhan-MU yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.Bacalah dan Tuhan-MU Yang Maha Pemurah.Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”

(Surah Al-Alaq:1-5)

Jadi semarakan kehidupan kita dengan membaca,membaca dan membaca..!

2)Semangat mahu membaca

Membaca perlu semangat.Tiada semangat,maka apa yang dimahukan pasti tidak akan tercapai.Keinginan kuat untuk mengetahui sesuatu,oleh itu dorongan yang kuat ada pada diri sendiri mesti kena ada.Kalau tidak sampai bila-bila pun,tak membaca.Semangat itu perlu di pupuk dan setiap hari semangat itu mesti kena di kekalkan,jika tidak,malaslah yang akan menunjangi hati kita.Semangat..terus semangat..pasti minda menyengat..!.Membacalah selagi nyawa masih ada,kerana suatu masa kita pasti tidak dapat membaca,yang ada Cuma kita di bacakan talqin..itu pasti..!.

3)Perlukan pengorbanan

Apa yang saya maksudkan di sini,adalah,peruntukan serba sedikit belanja kita untuk buku.Ia itu membeli buku,bila sudah semangat tapi tidak ada bahan bacaan yang hendak di baca pun,tidak akan menjadi apa dengan semangat itu.Jadi korbankanlah sedikit sebahagian pendapatan kita untuk membeli buku,untuk mendapatkan ilmu,tak kanlah tidak boleh.Sekadar sebulan sebuah buku tak kan itu pun payah sangat.Betul tak?.Anda takkan rugi apa-apa,malah untung banyak tak terkira.

Kalau agak payah nak korban duit untuk beli buku,apa kata korbankan sikit masa,mungkin pada hujung minggu,setiap hari Ahad,pergi keperpustakaan negeri,desa atau di mana pun,untuk permulaan semangat yang sedang mengelegak itu ,jadi ahli dan pinjam buku.Rasanya tidak susah pun,Cuma korban masa,tenaga,minyak dan tol.Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih..!.

4)Adakan bilik buku

Apa pun namanya, bilik buku,bilik bacaan,mini perpustakaan dan sebagainya.Bergantung kemampuan masing-masing,sama ada sudut kecil,sebuah bilik atau di mana pun ruang yang masih ada untuk diwujudkan ruangan buku atau membaca ini.Percayalah,jika ini anda boleh realisasikan di dalam rumah,pasti semangat anda untuk menimba ilmu melalui buku pasti akan bertambah-tambah kuat.

Bila anda buka bilik buku sahaja,sudah terpampang buku-buku tersusn indah di dalam rak-rak yang di sediakan.Rasa cinta dan sayang pada buku dan membaca dalam diri anda pasti wujud dengan sendirinya.Anda akan lebih ghairah lagi untuk membeli buku dan membacanya.Satu masa,anda tidak menyentuh buku dan membacanya anda akan rasa kehilang sesuatu pada diri anda.Syukur pada Allah,yang mengizinkan saya punyai rasa sayang dan cinta dengan buku,sudah pastinya buku-buku itu saya baca,ada yang berulang saya baca,dek kerana adakalanya peruntukan itu tidak mencukupi.

Waktu saya menulis ini,saya sedang menikamati sebuah buku yang bertajuk ‘SPIRITUAL READING’ hidup lebih bermakna dengan membaca.Dan sewaktu saya menulis ini juga saya berada di dalam ‘Bilik Buku ND Balqis dan Muhammad Anas’,Bilik khas saya untuk menulis,membaca dan santai-santai membelai-belai buku..ha..ha..jangan tidak..!.Sediakanlah bilik bacaan anda.Anda pasti teruja..!Pasti menyeronokkan.

5)Impian menulis

Alhamdulillah,bila rasa cinta dan sayang,rasa seronok,rasa ghairah dan macam-macam lagi perasaan yang ada setelah minat membaca,satu masa,bila anda melihat,buku-buku yang tersusun kemas,indah dan cantik,akan ada satu perasaan mahu dan ingin anda miliki,apa dia? Perasaan yang anda mahukan dan diri saya juga,iaitu dalam susunan buku-buku itu akan ada terselit sebuah buku hasil tulisan anda,itu yang saya impikan sekarang.Kita asyik membaca buku orang lain,bila lagi kita akan miliki hasil tulisan kita sendiri,buku kita pula orang lain baca.Indah bukan?, hasil membaca melahirkan rasa minat menulis.

Mengapa tidak?.Semoga impian ini akan terlaksana,bagi mengisi hari-hari dan usia yang makin meningkat.Dari cinta membaca buku,lahir cinta menulis..Wah..gandingan mantap..hebat bukan..!.Semoga Allah mengkabulkan impian saya dan anda.

5)Membaca,membaca dan terus membaca

Ya betul..! seruan membaca ini patut terus di semarakkan di mana-mana sahaja.Itu yang saya sering selalu bisikan dalam hati saya.Membaca,membaca dan membaca.Kerana pada hakikatnya setiap saat sebenarnya kita sedang membaca,Setiap apa yang kita lakukan ada bacaannya sebelum dan sesudahnya,yakni ada bacaan doanya,kalau itu pun kita malas.Kita masih gagal menyelami maksud yang sangat mendalam ,dalam memahami wahyu yang termaktub dalam ayat di atas.Yang sebenarnya kita masih gagal dalam menyahut seruan dan tuntutan Iqra itu.Harus bagaimana?.Muhasabalah diri..renung-renungkan dan fikir-fikirkan..!.

Oleh itu,kelima-lima perkara ini,sedang saya praktiskan dalam diri saya,mudah-mudahan akan menjadi contoh buat anak-anak dan keluarga saya, Ia-nya sekadar pandangan pribadi saya.Justeru,keindahan membaca akan kita miliki setelah kita benar-benar menghayatinya.Jadi tunggu apa lagi.Membacalah mulai sekarang.

Jom Membaca…!.

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA