Followers

Wednesday, February 3, 2016

Tetap Membeli Tetap Membaca





Pantasnya masa bergerak, hari ini sudah tiga hari di bulan febuari. Pejam celik pejam celik sudah masuk bulan dua. Sudah berapa banyak buku yang dibaca sepanjang bulan lepas…ermmm…saya yakin sahabat-sahabat semua luar biasa hebat.

Untuk bulan Januari, sebanyak lapan buah buku sahaja yang saya dapat selesaikan pembacaannya. Agak perlahan untuk bulan lepas. Harap-harap bulan ini, akan lebih kuat 
membaca.

Bulan januari saya lebih banyak membeli, sama ada membeli di kedai buku mahu pun membeli secara talian. Ghairah membeli lebih menguasai diri, sejumlah 53 buah buku yang saya beli sepanjang bulan Januari.

Memandang kanan dan kiri bilik buku semakin sesak dengan buku, bilik yang kecil tidak dapat menampung buku yang semakin bertambah. Untuk menambah rak pun kena fikir dua kali.

Waktu ini,mana nampak ada ruang boleh masuk dan susun sahaja. Niat untuk menambah rak itu ada, tetapi disebabkan ruang bilik sudah sempit maka dikuburkan sahaja niat itu.

Ghairah Membeli Dan Ghairah Membaca

Ghairah membeli dan ghairah mahu membaca harap-harap terus seiring dan sejalan untuk diri saya. Kalau sekadar membeli tidak dibaca pun kurang bagus, ia harus dimanfaatkan. Tidak dapat baca banyak dapat baca sedikit-sedikit pun tidak mengapa.

Apa yang penting dalam diri ada rasa menghargai buku-buku yang dibeli. Membacanya itulah satu penghargaan. Desakkan dalam diri untuk membaca itu penting, tanpa memaksa diri untuk membaca, kita tidak akan dapat apa-apa dari sesebuah buku.

Bagaimana pun, walau sekadar membeli tapi kurang membaca itu lebih baik daripada langsung tidak membeli buku dan tidak mahu membaca. 

Ini sekadar pandangan pribadi saya.

Selamat membaca!


Membaca selagi masih ada hayat!

4 comments:

  1. Sejujurnya kakak suka beli tapi baca sikit-sikit:)
    Dah tak sama masa remaja dulu seiring suka membeli dan membacanya. Sekarang ni baca sikit mata kejap aje dah nak tertutup hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha3...oklah tu kak. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit...

      Delete
  2. Saya pun mula ghairah membeli, tapi membaca agak perlahan. Dah cuba tahan diri supaya tak beli, tapi..... TER beli juga. Heee.

    ReplyDelete
  3. Tak boleh tahan tengok buku...cikai-cikai pun sebuah buku mesti beli...

    ReplyDelete

DEMI MASA