Followers

Wednesday, August 15, 2012

Catatan Ramadan (31)




Suhu Politik Makin Panas Biar Pun Bulan Ramadan

Selamat berpuasa semua;

Syukur Alhamdulillah sudah kepenghujung Ramadan kita. Namun keadaan politik Negara belum kepenghujungnya. Ada sahaja yang berlaku, biar pun dalam bulan Ramadan yang indah dan mulia ini. Iklim politik semakin hari semakin panas, sepanas Ramadan yang penuh keberkatannya. Orang politik tetap berpolitik tidak kira apa bulan pun. Mereka tetap dengan kerjaya mereka, tugas dan tanggungjawab mereka. Baik di kata dari pihak politik yang memerintah dan pihak yang masih di beri sebahagian kecil pemerintahannya. Masing-masing di uji oleh Allah dengan amanah yang di pikul keatas mereka.

Semua itu terpulang pada yang menerima amanah tersebut sama ada mereka mahu berlaku adil atau pun sebaliknya. Kami rakyat di bawah melihat segala tindak tanduk, perlakuan yang baik mahu pun songsang. Kami rakyat yang bijak bistari, bukan rakyat yang boleh di jual beli dengan harga murah. Boleh di beli denga sekilo gula atau sepasang kain pelikat atau pun janji-janji manis semata-mata. Kami semakin bijak saban hari saban waktu,kami terdedah dengan pelbagai maklumat sahih dan sumber di percayai malah kami semua punyai facebook,blog,twitter dan pelbagai lagi media maya yang kami kuasai dengan izin Allah SWT.

Baik kamu yang sedang memerintah dan sebahagian yang memerintah, kami melihat gerak laku kalian dengan penuh minat dan rasa tidak sabar menunaikan tanggungjawab kami sebagai rakyat yang bijak bistari. Biar pun Ramadan tinggal beberpa hari sahaja, kami sering dan sentiasa mengikuti perkembangan muktahir iklim politik Negara tercinta ini. Bagus dan syabas kepada para pemimpin yang mengisi Ramadan ini dengan tugas dan amalan kebajikan sudah tentunya menuntut keredaan Allah SWT dan tentunya bukan untuk memancing undi semata-mata. Buat kerja biar ikhlas kata orang...!.

Namun masih yang tidak insaf, ahli-ahli politik yang suka adu domba, menipu rakyat malah yang sangat teruk masih berlaku zalim terutamanya kepada mangsa tahanan ISA dan juga keluarga mereka. Bagaimana lah nasib mereka dalam Ramadan dan juga syawal yang akan menjelang nanti. Penderitaan hidup yang di lalui keluarga si mangsa tidak dapat di bayangkan.Anak-anak mereka yang masih kecil, sudah pasti akan bertanyakan ayah mereka. Apakah hati nurani ahli politik seperti ini tidak punyai ketelusan dan kehalusan hati melihat kesedihan mereka?. Apakah Ramadan yang sangat mulia ini tidak pernah mengundang hati budi mereka untuk simpati dan rasa pilu melihat sebahagian rakyatnya di tindas dan di zalimi?. Tidak kah wahai ahli politik?.Di mana slogan yang di anggap keramat itu? Rakyat di dahulukan..Janji di tepati..? Mana?..mana..?.

Ramadan yang bakal berakhir tidak berapa lama lagi masih tidak mengubah tingkah laku sebahagian besar ahli politik  seperti ini. Malang sungguh, rugi sungguh, Ramadan yang mulia yang dalamnya di janjikan satu malam yang lebih baik seribu bulan tidak di manfaatkan oleh mereka untuk mengharapkan pengampunan dan reda Allah SWT. Malang sungguh malang. Mereka tetap mahu zalim, menindas malah mereka masih tamak dengan kuasa yang ada. Mereka tidak pernah insaf dan sedar biar pun dalam bulan Ramadan.

Itu lah sebahagian dari dalam banyak isu-isu politik yang berlaku dalam Negara. Isu tahanan ISA sebenarnya tidak selesai lagi. Cukuplah saya meluahkan sekelumit tentang kepanasan suhu politik tanahair dalam Ramadan mulia ini. Semoga tulisan ini menjadi bahan fikir untuk kita merenung-renung seterusnya mengambil keputusan dengan bijak bistari tentang apa yang berlaku di tanahair yang tercinta ini. Semoga penulisan ini ada manfaat dan beroleh pahala dari Allah dalam menyedarkan masyarakat tentang adanya kezaliman yang sedang bermaharajalela di tanahair ini.

Amin Ya..Rabba..!!!

Jom Membaca..Jom Menulis..!

Tuesday, August 14, 2012

Catatan Ramadan (30)


Musibah

Selamat berpuasa semua;

Ramadan indah jangan di cemari dengan perlakuan songsang dan tidak bertamadun. Mohon pengampunan pada Allah SWT dengan kesungguhan. Sepuluh terakhir menjanjikan malam yang agung. Usah di cemari malam-malam akhir dengan kerosakan keindahannya. Cahaya akan menerangi diri jika terus istiqamah di bawah nya. Semoga kita antara hamba-hamaba yang terpilih bagi merai cinta malam yang agung itu. Sedikit nukilan rasa hati buat semua dan itu lah harapan hambanya yang beriman semata-matan pada-Nya.

Tinggal beberapa hari lagi, begitu pantas masa berlalu. Ramadan tetap akan meninggalakan kita. Sama ada Ramadan yang akan meninggalkan kita dahulu atau kita yang meninggalakn Ramadan dahulu, hanya Allah SWT sahaja yang Maha Tahu. Ramadan menguji kita agar bersabar menahan lapar dan dahaga, bukan itu sahaja, bersabar dalam menghadapi halangan atau rintangan dalam berpuasa. Mata dengan sabar dengan ujian mata, kaki, tangan, mulut dan semuanya memerlukan kesabaran dalam menghadapinya.



Juga kita sebagai manusia biasa, tidak pernah sunyi dengan musibah atau pun ujian. Itu semuanya bagi menguji sejauh mana kita ini bersabar dengan apa yang berlaku pada diri kita. Kehilangan orang tersayang seperti kehilangan keluarga yang tersayang ayah,ibu, anak, isteri ,saudara dan selainnya. Itu memerlukan kesabaran yang kuat agar kita tabah dalam mneruskan kehidupan tanpa orang tersayang. Reda dengan ketentuannya,mungkin itu ada hikmah dan pengajaran yang besar buat kita. Juga satu muhasabah untuk kita bagi menilai apakah perbuatan kita selama ini untuk menuntut reda dan rahmat Allah SWT semata-mata atau sebaliknya.



Terasa sedih dan simpati atas apa yang berlaku pada keluarga kakak  dan abang ipar saya,yang baharu sahaja menerima musibah dan ujian Allah SWT dengan kehilangan sebuah rumah tempat tinggal mereka setelah berlakunya kebakaran pada lewat tanggal 21 Ramadan 1433H bersamaan 10 Ogos 2012 pagi jumaat lepas. Sebuah rumah biar pun sekecil mana pun, ia nya telah banyak meninggalkan nostalgia kehidupan pada mereka. Namun siapa yang tahu apa yang mahu berlaku. Semua kerja Allah SWT, hanya dengan mengatakan “Kun Fayakun, jadi maka jadilah” ia akan berlaku. Hebatnya kuasa Allah SWT.



Bila terjadinya musibah, begitulah keperihatinan masyarakat setempat dan orang ramai menghulurkan bantuan berupa material,sokongan dan semangat kepada mangsa yang meneriam musibah. Hati yang sedih memerlukan kekuatan untuk memulihkan emosi yang terganggu. Selain bantuan material sokongan dan kata-kata perangsang berupa motivasai agar penerusan kehidupan itu sangat perlu.



Musibah yang menimpa merupakan ujian dan dugaan Allah buat mereka. Seperti yang saya nukilkan di atas,ianya merupakan satu hikmah dan pengajaran di sebalik apa yang berlaku. Dan yang lebih besar itu, agar kehidupan yang akan di lalaui semula selepas ini agar lebih baik dan mendapat reda Allah. Allah SWT melakukan musibah terhadap hambanya sudah tentu ada hikmah di sebaliknya.
Dalam kesibukan orang ramai mahu menyambut syawal yang akan tiba keluarga kakak sudah pasti masih bersedih dengan musibah menimpa. Namun hanya kesabaran dan reda yang mesti di tanam di hati mereka. Tanpa pergantungan dari Allah SWT sudah tentu jiwa akan lemah dan putus asa. 



Berdoa lah dan besyukurlah pada Allah SWT, semua yang terjadi itu kehendak Allah SWT. Bermuhasabalah mungkin apa yang terjadi merupakan sebuah kifarah dari Allah SWT, maklum sebagai manusia kita tidak pernah sunyi dari melakukan kesilapan. Beruntunglah orang-orang yang di uji Allah, ia boleh tenang, sabar dan reda.

Semoga apa sahaja musibah yang berlaku menimpa ke atas diri kita, tidak membuatkan kita rasa putus asa dengan rahmat Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT tidak suka kepada hamba-hambanya yang berputus asa. Akhirnya, semoga kita di kalangan hamba-hambanya yang bersabar’

“Sesungguhnya Allah SWT bersama-sama dengan hambanya yang bersabar...” (maksud Quran)

Semoga Allah meneriama amal kita semua..!.

Amin Ya..Rabba..!!!

Jom Membaca..Jom Menulis.

Catatan Ramadan (29)





Mercun Oh Mercun

Selamat berpuasa semua;

Dengan izin-Nya bertemu lagi.Tinggal beberapa hari lagi untuk kita merebut peluang dan ruang yang ada dalam bulan indah bulan mulia bulan Ramadan ini. Sepuluh malam terakhir moga tidak kita persia-siakan begitu sahaja. Makin kehujung makin ghairah kita untuk terus melipat gandakan amal ibadah kita. Dengan iktikaf, tadarus, zikir, selawat, sedekah jariah, mendengar majlis ilmu, zakat fitrah dan sebagianya. Biarlah semuanya itu terus kita laksanakan denga istiqamah dengan menuntut keredaan dan rahmat ilahi.

Berita-berita di media massa jika kita membacanya bermacam-macam insiden yang berlaku. Ada eksiden, pembunuhan, buang anak, kena tangkap basah, rompak bank, politik rasuah dan bermacam kisah dan berita termuat dalam akhbar dan media elektronik. Dalam penulisan dalam catatan Ramadan kali saya mahu menulis tentang tragedy bermain mercun.

Sudah menjadi kebiasaan, bila tiba sahaja Ramadan hingga masuk ke bulan syawal akan adalah berita remaja putus jari bermain mercun buatan, bahkan bukan remaja sahaja, yang sudah menjangkau taraf dewasa juga tidak ketinggalan terkena mercun buatan. Hingga bila kita melihat gambar orang yang kena mercun ini, naik ngeri kita lihat. Macam mangsa kekejaman zionis pula,seperti yang berlaku di Palestin.

Walau pun bermain mercun sudah acapkali di katakana haram, namun kelihatannya masih banyak di jual di mana-mana. Malah mercun yang di jual sudah taraf yang canggih-canggih. Besar-besar pula, macam-macam saiz dan rupa bentuknya, harganya pun boleh tahan. Ya..itu lah kenyataannya, lihat sahaja di pasar-pasar malam, bazaar Ramadan juga tidak ketinggalan malah pasaran gelap juga banyak. Siap boleh order, ada list harga dan banyak pilihan. Tak tahu pula hasil penguatkuasaannya. Berhasil atau pun gagal. Melihat dengan ada banyaknya itu, yang membuatkan saya rasa musykil dengan cara menanganinya. Saban tahun asyik begitu-begitu juga. Bila mahu selesai, makin banyak mercun di rampas,apa makna nya semua itu?.

Banyak kali di peringatkan, baik pihak berkuasa malah para Ustaz dan Ustazah juga turut memberi tazkirah perihal main mercun. Mana tidak haramnya jika main mercun sampai putus jari ,hancur tangan malah buta mata lagi. Itu lah kesan fizikal bila mercun di ubahsuai, memudaratkan dan membahayakan diri. Namun begitu, yang namanya manusia itu memang degil dan tidak mendengar kata. Akibatnya menyusahkan keluarga,diri sendiri, masyarakat dan Negara. Banyak sudah berita yang keluar dalam akhbar akibat bermain mercun, tak perlu saya tuliskan di sini masing-masing sudah tahu.

Cuma, saya teringat satu insiden yang berlaku pada anak buah saya sekitar beberapa tahun yang lalu, ketika usia masih mentah dan degil, biasalah budak-budak, tak mendengar kata. Waktu maghrib orang mahu berbuka puasa. Dia sibuk bermain bunga api. Bunga api asap,Itu yang hadapanya kan boleh di buka kelonsongnya, di ambil raksa yang sensitive dengan api, kalau tak silap lilin ada di sebelahnya. 

Entah mungkin sedang asyik ‘memodiyfid’ (ubahsuai) bunga api tersebut, lalu menyambar lah api lilin pada raksa yang di lantai dan menyambar jugalah ia pada tangan si anak buah tadi.
Sedang kami enak berbuka puasa, tiba-tiba kedengaran suara yang mengasyikan begitu kuat sekali. Tangisan manja dari anak buah yang sangat menyesali perbuatannya itu. Tangisannya tidak terhenti-henti hingga beberapa jam. Kami semua tidak mengindahkannya,malah ibunya membiarkan sahaja,satu pengajarannya. 

Sampai di mulut anak buah terkeluar “ampun..ampun..tak buat lagi”, Acik nya yang sukat menyakat hanya mampu berkata “ Padan Muka, main mercun lagi..”. Nasib baik sekadar bengkak dan ada luka sedikit namun kesakitannya memang sangat memedihkan,maklum tangan yang kena pada jari-jari, kan banyak urat-urat saraf di situ. Bukan kami tidak kasihan, tetapi sebagai pengajaran agar selepas itu nanti tidak main mercun untuk di ubah suai.

Begitulah penagang mercun (bunga api ) yang di ubahsuai, itu baharu kesan yang kecil, raungan kesakitan tidak terhenti-henti. Tak terbayang pula bagaimana raungan kesan yang kena itu sampai hancur tangan,putus jari, buta mata dan sebagainya, Tentu ngeri sekali bukan?. Nak main mercun lagi?. Fakir-fikirkan...!.

Semoga kita tidak termasuk dari kalangan yang merosakkan diri sendiri,moga amal ibadah kita di teriam Allah SWT.

Amin Ya..Rabb..!!!

Jom Membaca..Jom Menulis.

Monday, August 13, 2012

Catatan Ramadan (28)




Kerja Shif Bukan Halangan

Selamat Berpuasa Semua;

Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang-Nya dapat di pertemukan lagi dalam penulisan catatan Ramadan pada kali ini. Semoga sahabat semua sihat dan di rahmati oleh Allah SWT selalu. Diam tak diam, cepatnya masa berlalu. Ramadan bakal meninggalkan kita. Bulan yang indah akan meninggalkan kita, entah jumpa lagi atau tidak tahun hadapan, Sedih dan sayu bila mengenang kembali beberapa hari yang lalu.

Bagaimanalah penilaian Allah SWT terhadap puasa dan amalan-amalan yang telah kita kerjakan ya. Di terima atau tidak, rasa bimbang tentunya. Harapan bersama moga puasa yang kita kerjakan menghasilkan TAQWA sampai kepenghujungnya.

“..Semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa,,” maksud quran.

Bekerja dengan berjadual shit, bertukar-tukar waktu kerja memang adaklanya menyukarkan kita untuk menyertai aktiviti dalam bermasyarakat seperti kenduri kendara, pertemuan keluarga dan lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan. Ada waktunya tidak dapat bersama-sama berjemaah di surau atau pun masjid. Namun secara pribadinya, peluang dan ruang untuk saya bersama-sama masyarakt untuk menunaikan terawih masih dapat di rasai.

Denagan memohon rehat pada giliran yang akhir,dapatlah saya berjemaah terawih. Alhamdulillah halangan walau pun kerja shif petang dapat di rungkai. Walau pun sekadar lapan rakaat, namun rasa puas dan syukur dapat menunaikan di surau atau masjid dapat saya laksanakan. Tentunya dengan izin Allah jua.Namun untuk tazkirah terawih tidak dapat menyertai dek’ kerana terikat dengan masa. Apa pun saya bersyukur tak terhingga pada Allah SWT.

Sesungguhnya, kerja shif bukan halangan untuk kita tidak menunaikan ibadah solat terawih. Langkah bagus dan bijak boleh kita lakukan sekiranya kita tidak dapat ke masjid atau surau di luar, dengan menunaikan solat terawih di surau kilang tempat kerja. Masing-masing boleh rancang jadual rehat mereka bagi menunaikan solat terawih berjemaah di surau kilang. Mengimarahkan surau kilang dalam bulan Ramadan. Bukan sekadar tempat tidur waktu rehat sahaja tentunya. Nmaun itu bergantung dengan kekuatan dan kesedaran iaman masing-masing.

Namun. Kerja apa pun, waktu kerja normal ke atau shif ke itu sebenarnya bukan halangan untuk kita tidak menunaikan tuntutan yang di galakan oleh agama Islam yang suci. Kerja tetap kerja ibadah (solat,puasa,zikir dan lain-lain )dalam apa jua keadaan jangan sesekali di lupa dan di tinggalkan. Mlah kerja yang sedang kita lakukan pun sebenarnya satu ibadah yang di tuntut.

Penulisan ini sekadar mengingatkan diri sendiri yang bergelumbang dalam kerja waktu shif. Semoga apa jua yang kita lakukan, kerja kita atau amalan yang kita laksanakan kita niatkan semata-mata kerana Allah SWT.

Amin Ya Rabb..!!!

Jom Menulis..Jom Membaca.

Catatan Ramadan (27)





Hakikat Syukur Ustaz Shahrir Long

Manusia merancang Allah juga dengan perancangannya dan Dia-lah sebaik-baik perancang.Manusia merancang adakalanya tidak menepati apa yang di rancang.Mungkin kerana kesibukan dan masa yang lain lebih penting untuk di untukan dengan perkara yang lebih penting. Perancangan saya yang mahu menulis satu hari satu entri dalam blog ini tidak menjadi pula,tertangguh hingga empat hari. Begitulah kehendak-Nya. Apa pun saya merasa bersyukur malam ini di beri kekuatan untuk menulis beberapa aktiviti dan juga perkongsian ilmu yang sedikit dari saya untuk saya post ke blog ini.

Alhamdulillah. Malam ini kita sudah di malam yang ke 25, Insyallah kita terus istiqamah dalam pemburuan malam yang mulia ‘Lailatul qadar’. Di mana-mana pun masjid atau pun surau meriah dengan aktiviti yang di susun untuk memberi peluang kepada masyarakat mengimarahkan pada malam-malam terakhir 10 ramadan. Malam di serikan dengan ibadah qiamullail. Mereka iktikaf dengan melaksanakan ibadah-ibadah yang lainnya.

Syukur kepada Allah SWT kerana memberi peluang untuk saya terus istiqamah dalam mengerjakan solat terawih. Pada tanggal 16 Ramadan yang lalu di beri kesempatan bersolat di masjid as-sayarif . Malam itu sebelum solat terawih di mulakan tazkirah dahulu atas permintaan penceramah. Tazkirah di sampaikan oleh Ustaz Shahrir Long dari Kedah Darul Aman. Beliau seorang ustaz yang lantang dalam menyampaikan ceramahnya dan amat bertenaga ketika berceramah. Hujah,dalil-dalil yang kuat dari sumber quran dan hadis. Saya sememangnya salah seorang yang meminati gaya ceramahnya. Tegas dan berani..Ceroi..!. kata Ustaz. Beliau juga pemilik yang juga pengerusi Pusat Tahfiz Mutmainah.

Peluang yang ada pada malam tersebut saya ambil untuk mendengar nasihat ustaz dalam ceramahnya. Ustaz membawakan tajuk ‘Hakikat Syukur’. Sebagai manusia hendaklah mensyukuri nikmat yang Allah SWT berikan pada kita. Sentiasa mengingati Allah SWT dalam apa jua keadaan. Nikmat Allah jika mahu di hitung,memang kita tidak akan dapat menghitung nya. Oleh itu sebagai hamba yang menggunakkan segala nikmatnya janganlah hendaknya kita menjadi manusia yang lupa diri hingga menjadi manusia yang zalim,menindas orang lain, menyekat kebebasan, dan membuat kerosakan di muka bumi ini dengan sewenang-wenangnya.

Ustaz mengambil iktibar kisah seorang hamba Allah  dengan seorang Khalifah,yang berdoa di hadapan Kaabah. Hamba Allah itu hanya berdoa meminta sesuatu yang baginya cukup sekadar yang dia mahu,tidak lebih dari itu. Dalam dia berdoa, Sang Khalifah mendengar akan isi doa yang hamba Allah itu minta pada Allah SWT. Lalu bila selesai hamba Allah itu berdoa Sang Khalifah bertanyakan mengapa tidak minta lebih daripada itu dalam doa nya pada Allah SWT,sedangakna banyak yang boleh Hamba Allah itu minta pada Allah SWT. Jawapan yang di terima oleh  Sang Khalifah tersebut sangat mengejutkan dan menginsafkan Sang Khalifah. Sesungguhnya hamba Allah tersebut seorang yang sangat bersyukur pada Allah SWT.

Hari ini, kita di beri bermacam-macam nikmat oleh Allah SWT. Sejauh mana kita bersyukur pada-Nya?. Tepuk dada Tanya iman masing-masing, terutamanya untuk diri saya. Mudah-mudahan kita termasuk dalam kalangan hambanya yang bersyukur.
Semoga amalan kita di terima oleh Allah SWT. Dan terus istiqamah dengan amal ibadah sepanjang Ramadan ini.

Amin Ya..Rabb..!!!.

Jom Membaca..Jom Menulis.

Wednesday, August 8, 2012

Catatan Ramadan (26)





Masih Ada Lagi       

Insyallah masih ada ruang dan peluang lagi untuk kita merebut keistimewaan Ramadan kali ini,malah 10 hari yang terakhir dan malam terakhir ini lah kita di galakkan mengiatkan lagi aktiviti ibadah kita dengan sebanyak-banyaknya. Beruntung dan bertuah lah bagi mereka yang mempunyai masa yang terluang dengan beriktikaf di mana-mana masjid bagi menumpukan ibadah dengan sebanyaknya dan sebaik-baiknya.

Sebuah hadis dari Aisyah r.a,Nabi SAW bersabda;

“ Bersedialah dengan bersungguh-sungguh bagi menentu malam Lailatulqadar iaitu pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadan.”

Syukur dan beruntunglah bagi mereka yang terus menerus melaksanakan ibadah dalam bulan Ramadan dan seterusnya melakukannya dengan bersungguh-sungguh terutamanya di malam-malam terakhir ini.

Rebut  Malam Yang Mulia

Mengapa kita perlu berlumba-lumba mencari dan merebut keistimewaan  satu malam mulia  dari seribu bulan antara sepuluh malam terakhir Ramadan?.
Tentunya di situ ada  suatu ganjaran dan pahala yang besar;

Ada pendapat Ulamak menyatakan,penyebab dikatakan malam al-qadar kerana pada malam tersebut Allah SWT menetapkan takdir setiap makhluk baik yang berupa rezeki,umur atau sakit atau sihatnya seseorang pada jangka waktu setahun dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun hadapannya.

Carilah Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan.” (Riwayat Bukhari)

“Carilah Lailatuqadar pada 10 malam terakhir,Sekiranya seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia putus asa mencarinya pada baki tujuh malam terakhir.” 

(Riwayat Muslim)

Ayuh,kita cari dan rebut peluang ini denagn bersungguh sebagaimana yang Allah SWT tunjukkan dengan pribadi baginda SAW dalam mengejar Lailatuqadar ini. Mungkin ini peluang terakhir buat kita semua.

Justeru itu,agar kita tetap istiqamah dengan pelbagai amalan kebajikan di siang harinya dan pada malamnya pula kita untukkan waktu untu terus beribadat sepanjang sepuluh terakhir.semoga dengan itu kita dapat malam laailatulqadar.

Semoga Allah SWT meneriama amalan kita.

Amin Ya..Rabb..!!!

Jom Mmbaca..Jom Menulis..!

Catatan Ramadan (25)





Mari Iktikaf       

Amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di sepuluh hari  terakhir Ramadan.Menurut kesepakatan para ulamak, Ia merupakan satu ibadat yang disyariatkan dan disunatkan oleh Rasulullah SAW. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim;

Aisyah,Ibn Umar dan Anas memberitahu,

“Rasulullah beriktikaf pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.”

Amalan iktikaf ini bukan sahaja dilakukan oleh baginda sahaja tetapi keluarga beliau dan para sahabat juga mengamalkan iktikaf tersebut. Melihat betapa mereka mengamalkan perkara sunat ini,kita sebagai umat baginda SAW,sudah semestinya mengikuti jejak langkah yang mereka tunjukkan kepada kita.

Peluang dan ruang yang ada ini,seharusnya kita rebut dan manfaatkan sebaiknya dengan iktikaf di masjid-masjid yang berdekatan dengan kita. Dengan niat beribadat kepada Allah SWT,kita laksanakan amalan iktikaf ini.

Sewaktu beriktikaf kita disunatkan membanyakan ibadah agar mendekatkan diri kepada Allah SWT. Antara yang boleh dilakukan seperti solat,membaca quran,tasbih,tahmid,takbir,tahlil,istighfar,berselawat untuk nabi saw,berdoa dan selainnya.Iktikaf benar-benar member ruang yang seluasnya untuk beribadat tanpa ganguan atau halangan yang tidak penting.

Aisyah berkata,

“Rasulullah SAW mengamalkan iktikaf pada sepuluh terakhir pada bulan Ramadan sampai beliau diwafatkan oleh Allah SWT.”

Aisyah berkat,

“Rasulullah SAW bila hendak beriktikaf,beliau solat subuh, kemudian memasuki tempat iktikafnya.”

Itu lah hebatnya Rasulullah SAW, dalam mengamalkan iktikaf sepanjang kehidupan baginda SAW. Semoga kita turut sama mengambil contoh yang ditunjuki oleh beliau dalam amalan beriktikaf ini.

Semoga amal soleh kita di terima oleh Allah SWT.

Amin Ya..Rabb..!!!

Jom Membaca..Jom Menulis..!

DEMI MASA