Beberapa tip
penulisan yang sempat saya catatkan semasa kursus, insyallah boleh dipraktiskan
untuk mereka yang ingin menulis. Antara yang dikongsikan oleh beliau kepada
para peserta kursus;
1) Menulis dengan
jujur, menurutnya ia ciri yang perlu ada pada setiap penulis. Apa yang
ditulis pastikan ada fakta-fakta yang menyokong dan buaknnya main
semberono.
2) Dalam mencari
idea, beliau menyarankan agar wajib sehari menulis tiga muka surat (Paksakan
dalam diri), apa-apa sahaja idea yang terlintas di fikiran. Jika ada perakam,
maka rakam apa yang kita mahu cakapkan, Sentiasa ada buku nota dalam kocek
kita. Itu yang beliau lakukan sehingga hari ini.
3) Setiap
penulis, seniman atau pun penyair tidak berpihak. Itu menurutnya, tetapi
terpulang kepada masing-masing, kerana setiap insan ada hak dan pendirian
sendiri.
4) Jika mahu
memulakan penulisan, fokus yakni pastikan kenal pasti apa yang mahu ditulis.
Menulis yang kita tahu dan faham sahaja.
5) Mempunyai jadual
kerja, iaitu jadual kerja-kerja penulisan, agar ia tersusun dengan baik
mengikut jadual yang ditetapkan. Tidak menganggu hal-hal lain.
6) Untuk penulisan
buku, berbentuk pengalaman atau sejarah kehidupan (mengenai diri
sendiri) boleh gunakan secara bab atau pun ikut tahun, Turutan tahun peristiwa
yang berlaku.
7) Lakukan
kerja-kerja penulisan dengan bersungguh-sungguh dan komitmen yang
tinggi.
8) Jangan terlalu
ghairah sangat atau pun dek kerana teruja sangat. Ditakuti semangat tinggal
semangat sahaja. Sabar dalam menukangi kerja-kerja penulisan, sedikit-sedkit,
lama-lama jadi bukit.
Semoga ada manfaat,
dari tip penulisan di atas, untuk diri sendiri dan para sahabat semua.
No comments:
Post a Comment