Seperti dijanjikan,
selepas maghrib saya, isteri dan dua orang anak bertolak ke Tesco Setia Alam.
Demi menunaikan janji si bujang kecil, siang tadi yang bertanyakan ‘Abi mana
buku...’. Dari beli mainan yang entah apa-apa, baik saya belikan anak buku
atau majalah-majalah yang menarik untuk mereka. Biar pun mereka belum faham
lagi tetapi agar mereka biasa dengan buku-buku atau majalah tersebut.
Sampai sahaja di
Tesco Setia Alam, kami terus ke Kedai Buku Sinar Bistari, distinasi kemestian
saya bila ke sini. Biasanya selepas membeli belah barangan dapur baharu saya ke
kedai buku tersebut. Melihat jam, rupa-rupanya baharu awal lagi, belum pun jam
lapan, tinggal beberapa minit masuk jam lapan malam. Waktu solat maghrib awal
sekarang, tak terasa awal sampai pula.
Saya biarkan
anak-anak dengan isteri, biar mereka pilih buku apa yang mereka mahu. Umminya
boleh pilihkan. Saya melayan diri, pusing-pusing dari satu rak ke satu rak
penerbitan. Mencari-cari buku yang diingini. Perasaan saya bila ke kedai buku,
biasanya seronok dan teruja, melihat buku-buku yang tersusun cantik dan indah.
Tak sabar rasanya ingin memiliki kesemua buku tersebut...sekadar angan-angan
sahaja.
Di rak penerbitan
Buku Grup Karangkraf saya memilih buku yang bertajuk Ulu Yam Di
Liverpool-Aku Bukan Mat Salih Celup, tulisan Nazali Noor, tajuk yang
menarik juga, buku baharu terbit. Mungkin ada motivasi yang boleh diambil dari
membacanya nanti. Saya membelek-belek, sekilas membaca dan melihat
gambar-gambar yang terdapat dalam buku tersebut. ‘Wah...memang best buku ni.’
,Terdetik dalam hati saya.
Sebuah buku lagi
juga dari rak penerbitan Buku Grup Karangkraf, iaitu buku bertajuk 100 Jejak
Pribadi Rasulullah-Menelusuri Kehebatan Akhlak Junjungan Besar Muhammad
SAW. Hasil tulisan Muhd Nasaruddin Dasuki, juga sebuah buku yang cukup
menarik tentang 100 sikap unggul Nabi
SAW yang perlu kita contohi dan amalkan dalam kehidupan kita.
Melihat, anak-anak
dengan umminya sungguh seronok sekali. Mungkin sedang pilih buku untuk anak-anak,
sesekali anak bujang datang dekat dengan saya. Seronok dan bahagia hati ini,
bila lihat anak-anak sudah minat dan suka dengan buku-buku. Insyallah,
merekalah perwaris buku-buku yang berada di dalam bilik buku di rumah satu masa
nanti.Mereka akan memanfaatkannya nanti. Ah...seronoknya...!.
Saya masih mencari
dan mencari sebuah buku lagi, ‘Di Sebalik Ikhwan Muslimin’- Youssef Nada
bersama Douglas Thompson-Hakikat tentang Pergerakan Politik Terkuat di
Dunia. Alhamdulillah, jumpa juga buku tersebut, apa lagi, belek-belek dan
ambil. Menarik dan seharusnya dimiliki oleh mereka yang ingin mengetahui
tentang Ikhwan Muslimin. Insyallah, ada masa nanti saya akan kongsikan kepada
sahabat dalam penulisan yang seterusnya.
Buku-buku untuk si
bujang kecil sebenarnya hadiah untuk ulangtahunnya yang ketiga, siangnya saya
sudah beritahu si bujang kecil, “nanti malam Abi belikan buku”,
Alhamdulillah buku-buku tersebut pun sudah dimilikinya. Tertunai jugalah janji
saya yang mahu belikan buku untuk si bujang kecil. Tidak ketinggalan si kakak,
juga dapat habuan sekali, suka sangat dengan buku-buku yang dibelikannya.
Akhirnya,
jalan-jalan cari buku tertunai juga, sebelum jam 9:30 kami sudah sampai di
rumah. Semoga anak-anak menjadi generasi iqra!.
Selamat mambaca!.
No comments:
Post a Comment