Alhamdulillah,
dalam pertemuan kali ini, saya mahu berleter tentang politik, barang naik dan
PRK DUN Sungai Limau. Sesekali minda ini kena juga fikir tentang masalah
masyarakat, jika tidak akan dikata, tidak tahu apa yang berlaku disekeliling
kita. Kehidupan yang pelbagai ini perlu diraikan. Perbezaan pendapat atau
pandangan itu perkara biasa, selagi hidup di dunia ini selagi itulah kita akan
menghadapi dengan pelbagai bentuk perbezaan, kritikan, bantahan dan sebagainya.
Semoga penulisan ini boleh menjadi bahan untuk kita berfikir.
Macam-Macam Isu
Inilah pilihanraya
kecil pasca PRU13, seperti selalunya
setiap PRU atau PRK, masing-masing parti akan membawa isu yang berlawanan. Bagi
membangkitkan semangat rakyat, apa jua isu yang dibawa akan bermatlamatkan
memancing minda pengundi. Tidak kira parti pemerintah atau pun parti
pembangkang.
Mereka
masing-masing akan mempertahankan hujah mereka. Semua itu demi memikat hati
pengundi. Apa yang penting bagi mereka (parti yang bertanding) rakyat faham apa
yang mereka lontarkan untuk para pengundi fikir-fikirkan. Akhirnya nanti para
pengundi akan mengundi calon parti mereka.
Kalah atau menang
itu adat pertandingan atau pun perlawanan, itu menunjukkan, sejauh mana para
pengundi faham tentang isu-isu yang berlaku di persekitaran hidup mereka dan
luar dari tempat mereka. Pelbagai rencam dan ragam berlaku dalam politik
negara. Dari skandal kecil hinggalah skandal besar, dari kenaikan cukai rokok
hinggalah GST mahu dikuatkuasakan pada April 2015 nanti.
Juga kenaikan
barang yang sangat menekan kehidupan rakyat. Bukan rakyat dikampung tetapi
rakyat di bandar juga kini turut tertekan dengan kenaikan barang. Kos hidup
semakin tinggi, gaji tidak naik-naik, lebih-lebih lagi sektor swasta, mereka
mengharap kenaikan setahun sekali. Itu pun belum tentu berbaloi dengan kos kehidupan
yang semakin mencengkam mereka. Sektor awam tetap dengan janji-janji bonus dari
kerajaan.
Harga gula, minyak
naik dan yang lain, apa lagi yang tidak naik. Semua itu memberi kesan yang amat
mendalam kepada sebahagian rakyat kini. Mungkin tidak terkesan kepada para
penyokong parti pemerintah, kerana mereka rakyat yang redha dengan ketentuan
Allah SWT. Apa barang naik pun, mereka tidak merasakan itu membebankan
mereka, malah mereka merasakan membayar lebih untuk membantu kerajaan. Itu
salah salah satu perjuangan mereka.
Biar mahal sekali
pun asal barang itu masih ada dan tidak kehabisan. Itulah sebahagian pemikiran mereka
yang menyokong parti sedang memerintah. Parti pemerintah sungguh suka dan
sayang pada mereka yang berfikiran sebegitu. Mereka akan diberi gula-gula
tiap kali PRU atau pun PRK. Mereka sangat suka dengan gula-gula parti
pemerintah beri. Biar pun hanya gula-gula getah.
Biar pun nanti
gula-gula itu ditarik balik dengan memberinya kenaikan harga barang. Itu tidak
mengapa kepada mereka. Naiklah tinggi mana pun, kami tetap menyokong dan
mendokong prinsip perjuangan parti pemerintah yang banyak jasanya pada
mereka...dulu, kini dan selamanya. Ubat mujarab untuk mereka adalah BRIM,
jumlah yang sangat memberangsangkan buat mereka. Biar pun jumlah yang
dijanjikan tidak ditepati (RM1200) seperti yang dijanjikan sebelum PRU-13. Itu
pun ada yang kata, oklah tu daripada tidak ada!.
DUN Sungai Limau
Menanag PAS
PRK DUN Sungai Limau,
sudah beberapa hari berlalu, kemenangan pada pihak pembangkang parti PAS,
sememangnya kubu kuat. Bekas calon Almarhum Ustaz Azizan Abdul Razak calon
terdahulu sebelum ini, kini calon muda
Ustaz Azam telah memenangi DUN tersebut. Itulah harapan pengundi di sana,
mudah-mudahan calon yang menang dapat menunaikan janji-janji yang ditabur
sepanjang kempen tersebut sebelum ini.
Suarakan nanti apa
yang rakyat mahu di sidang DUN akan datang. Itu sahaja kemampuan yang ada,
maklum sebagai pembangkang, kemudahan dan keistimewaan sangat terhad.
Memandangkan parti yang menerajui adalah parti UMNOBN, maka banyak halangan dan
birokrasi akan dihadapinya nanti. Itulah ujian dalam perjuangan, untuk menang
tidak sukar, tetapi untuk mengisi kemenangan dan mempertahankannya juga bukan
mudah.
Tahniah dan syabas
diucapkan kepada seluruh jentera PRK DUN Sungai Limau dan para petugas yang
bertungkus lumus bekerja keras demi mempertahankan DUN Sungai Limau, Kedah
Darul Aman. Tidak lupa kepada para pengundi yang bijak-bijak belaka, kerana
tidak termakan janji-janji manismu dari pihak parti pemerintah.
Maklum, mereka
dengan jentera yang kuat, sogokan juta-juta mungkin yang boleh mencairkan
pengundi, namun sesungguhnya para pengundi di DUN Sungai Limau tidak semudah
itu untuk dipermainkan minda mereka. Syabas sekali lagi kepada para pengundi!.
Kepada yang tewas
usahlah gundah-gulana, buatlah postmortem, buatlah analisis dengan jujur
mengapa tewas. Anggaplah kekalahan ini sebagai bahan muhasabah lebih-lebih lagi
kita masih diawal bulan hijrah, muharam 1435H.
Bertepatan dengan
slogan mereka Hijrah, maka mereka (para pemimpin dan pendokong)
sesungguhnya wajib hijrah bukannya para pengundi yang bijaksana itu. Lakukanlah
transformasi seperti yang dilaung-laungak oleh pemimpin mereka. Bukan sekadar
ungkapan kosong tidak bermakna, lakukanlah hijrah yang sebenar-benarnya.
Kepada yang menang
sekali lagi diingatkan, bukan untuk bermegah tetapi isilah kemenangan dengan
sesuatu berfaedah untuk rakyat.
Jadikanlah ia pemangkin untuk menuju kemenagan yang besar nanti dalam PRU-14
nanti. Inilah titik tolak kemenangan bagi menawan Putrajaya. Semangat ahli
pasti berkobar-kobar demi perjuangan yang lebih agung, iaitu menegakan kalimah
Allah yang mulia di bumi bertuah ini pada masa akan datang. Takbir!.
Selamat membaca!.
No comments:
Post a Comment