Sekitar jam 10.05
minit pagi, berhenti seketika untuk bersarapan pagi. Begitu santai sekali.
Encik Ilhami menyarankan agar Dr. Ibrahim meneruskan leterannya sambil santai
sarapan pagi. Melihat sekeliling Galeri Sanggar Damai Abadi yang menghijau
sangat mendamaikan, pokok-pokok cempaka menghiasai keliling rumah Dr.
Ada sembilan pokok
semuanya. Malah satu masa ada orang bertanya pada beliau, mengapa tanam
sembilan pokok, tetapi kata Dr. Ibrahim, dia sendiri tidak tahu ada sembilan
pokok. Mungkin masyarakat lihat, orang seni ini pelik kot, sampai apa dan
berapa yang ditanam pun mereka lihat seperti sesuatu yang pelik.
Satu masa, ada
seorang ustaz, yang merupakan anak didik Ustaz Haron Din ada datang ke Galeri beliau, Ustaz tersebut
melahirkan rasa pelik melihat pokok-pokok yang ada di halaman Galeri Sanggar
Damai Abadi beliau. Beliau hanya tersenyum dengan pertanyaan tersebut.
Sedang beliau
bercakap-cakap dengan kami, tiba-tiba kucing beliau mengesel-gesel kakinya,
dibelai kucing itu, lapar ke tanya Dr,...nampak manja kucing itu, mungkin sudah
biasa dengan Dr. Kasih sayang antara manusia dan binatang amat terserlah, boleh
bercakap-cakap lagi.
Pertanyaan dari
Tuan Ilhami sangat menarik, beliau bertanyakan tentang bercakap-cakap dengan
pokok, tidak kiralah pokok apa, bunga ke pokok apa yang kita tanam sekalipun.
Ia ada semcam aura kata Dr.
Menurut Dr,
pokok-pokok apa sahaja, boleh kita sayangi dengan cara membajainya,
menyiraminya tetapi biarlah mengikut aturannya.
Bila membaja, membajalah ikut
aturan, jangan asyik membaja akhirnya mati pokok itu. Itu tanda kita sayang
pada pokok tersebut. Bahkan Dr kiaskan perumpaman itu dengan sikap manusia.
Begitulah insan seni yang penuh maksud kata-katanya.
Sampah-sampah yang
sudah disapu dan dikumpulkan segera dibuang atau dibakar kalau tidak boleh
merosakkan rumput-rumput yang berada dibawahnya dan akan mati. Juga beliau
mengkiaskan dengan sikap dan tindak tanduk manusia yang masih berdegil mahu
mempertahankan apa yang dimilki akhirnya menyusahkan orang lain.
Begitu dengan
sampah dedaunan yang jatuh dilaluan pejalan kaki, ia tidak dibuang dan di sapu,
ia sebagai simbolik mengalu-alukan kedatangan tetamu di Galeri Sanggar Damai
Abadi beliau. Wah...hebatnya orang bijak berfikir sampai begitu
sekali...pengalaman seorang penulis yang hebat sekali.
Sebelum masuk ke
dalam galeri kami bergambar beramai-ramai sebagai potret kenangan sudah
pastinya. Sesi seterusnya di dalam Galeri Dr, menyambung terus pengalaman
penulis waktu-waktu kehidupan lalunya. Peserta tekun dan serius mendengarnya.
Sehinggalah jam 12.50 tengahari.
Perkongsian Dari
Wak Saring
Sementara menunggu
Dr.Ibrahim Ghaffar mengambil makanan tengahari, slot sementara diambil oleh
Haji Saring Bin Sirad atau lebih dikenali dengan nama penanya Ismas Saring@Wak
Saring. Berpengalaman selama 20 tahun sebagai wartawan dan pernah bertugas di
Utusan, Berita Harian juga di RTM. Beliau merupakan sahabat baik Dr.Ibrahim,
menurut Wak Saring, beliau dan Dr merupakan sahabat baik tetapi tidak sehaluan.
Mungkin tidak
sehaluan dari segi pemikiran, biasalah sesiapa pun akan punyai perbezaan
pandangan dalam melihat sesuatu perkara. Perbezaan bukan penghalang untuk kita
terus menjalinkan persahabatan.
Wak Saring seorang
yang sangat low profile, namun beliau sangat banyak pengalaman, terutamanya
dalam bidang penulisan kewartawanan. Dalam usianya yang menjangkau 76 tahun,
Wak Saring tetap bersemangat untuk berkongsi pengalaman penulisan kepada para
peserta.
Saya merasa teruja
dengan keberanian beliau dalam membongkar isu-isu yang berlaku dalam
masyarakat. Antara pengalaman yang beliau kongsikan, tentang pembongkaran
berlakunya persundalan dikalangan pekerja-pekerja kilang di Petaling Jaya.
Juga pengalaman
dalam pembongkaran isu pasir, namun ia amat mengecewakan bila mana seorang
tauke cina memberitahu kepadanya tentang berlakunya rasuah. Biarpun terdedah
namun isu pasir tidak kesudahan kerana adanya dalang yang mengutip wang rasuah
setiap bulan.
Sekitar tahun 2000
pula beliau dengan beraninya telah menulis artikel berkaitan tentang pengaruh yahudi yang
mencampuri urusan pentadbiran negara sehingga beliau telah didatangi oleh
beberapa orang anggota keselamatan untuk mengambil keterangan darinya.
Itu sedikit pun
tidak mengentarkan jiwanya sebagai seorang wartawan atau penulis yang mempunyai
prinsip keberanian, segala yang ditulis merupakan fakta yang diperolehi dari
sumber yang sahih.
Dalam perkongsian
ringkas itu, Wak Saring telah memberi nasihat kepada para peserta yang meminati
bidang penulisan agar menulis dengan berani, buang rasa takut jika
mahu menjadi seorang penulis.
Baginya tegur kesalahan sesiapa pun
yang penting faktanya betul dan benar.
Sifat berani dalam
menyatakan kebenaran perlu dan mesti ada pada setiap penulis, ulang beliau
dalam perkongsiannya. Ungkapan yang beliau pegang dalam setiap karya
penulisannya adalah ‘Kebenaran tetap akan kembali kepada kebenaran.”.
Kini beliau sedang
menyiapkan buku yang sedang ditulisnya berjodol ‘Kontal Kantil’. Insyallah akan
terbit pada tahun 2014, saya rasa teruja dan tidak sabar menunggu kehadiran
buku tersebut.
Juga beliau bercadang
akan menulis buku yang bertajuk ‘Suara Di Luar Kandang’.
Menurutnya, ia
merupakan peristiwa-peristiwa yang pernah dialami sewaktu menjadi wartawan
ketika bertemu dengan orang-orang besar. Kita tunggu sahaja santapan yang Wak
Saring akan hidangkan untuk kita.
Begitulah serba
sedikit pengalaman saya ketika menikmati lontaran pengalaman dari insan yang
bernama Haji Saring Bin Sirad atau Ismas Saring@Wak Saring. Insyallah, segala
petua dan lontaran pengalamannya akan dijadika panduan penulis untuk dipraktikan
dalam kerja-kerja penulisan nanti.
Kata-kata Wak
Saring dalam buku ‘Pengakuan Penyair’:
“Apa pu
pendapat orang, saya akan terus menulis dan tetap melakukan apa yang terdaya.
Bagi saya apa ada pada nama, kerana dunia dan nama hanya seketika.”
bersambung...
No comments:
Post a Comment