Untuk lima tahun lagi, kita akan lihat dan menonton pelbagai adengan drama
atau sandiwara semasa. Mahu tidak mahu kita terpaksa lihat dan menontonnya.
Biarpun sebahagian rakyat sudah jemu dan jelak melihat permainan drama atau
sandiwara semasa mereka. Bermula episod sebelum PRU 13, sehinggalah malam
kemenangan dan kini, sudah terakam beberapa aksi lucu lagi memualkan drama
ditayangkan untuk seluruh rakyat.
Aksi-aksi jelak mereka dengan janji-janji untuk rakyat begitu sensasi dan
terkini, dari isu keselamatan, perundangan, transformasi hinggalah kenaikkan
barang semuanya telah dan sedang dipertontonkan di panggung-panggung di seluruh
pelusuk ceruk bandar, desa, kampung, negara dan negeri. Ia semakin menyakitkan
mata rakyat lebih-lebih hati.
Ketidakpedulian para pemimpin mereka tentang untung nasib rakyat langsung
tidak dipedulikan. Naluri mereka sungguh kejam, malah tidak berperikemanusiaan.
Rakyat semakin tertekan dengan kos hidup yang semakin meningkat, lebih-lebih
lagi nilai 20 sen yang mereka anggap kecil itu telah dirampok dengan drama yang
mereka hasilkan baharu-baharu ini. Mereka tidak peka bahkan pekak untuk melihat
dan mendengar rintihan dan keluhan rakyat.
Ya, itulah sebahagian drama transformasi mereka, menjerut leher rakyat
dengan pelbagai alasan yang muluk-muluk. Kedangkalan minda pemimpin mereka
semakin hari semakin terserlah, lihat sahajalah dalam drama isu ayam semasa
musim perayaan lalu, bila ayam naik, dikatanya jangan makan ayam, begitu mudah
aksi jawapan mereka untuk menyelamatkan diri.
Dan itulah standard sebahgian menteri, dan itu jugalah sebahagian agenda
transformasi yang digembar-gemburkan. Beberapa hari lalu, kita sekali
dikejutkan sebenarnya tidak terkejut pun, tentang laporan audit 2012 oleh Ketua
Audit Negara. Pelbagai bentuk kelemahan dan ketirisan pengurusan kewangan
entiti kerajaan yang sangat menjengkelkan.
Setiap kali laporan audit dikeluarkan ada-ada sahaja perkara yang
menjelakkan, tiada usaha langsung untuk memperbaikinya, juga seperti laporan
audit yang sudah-sudah. Apa tindakan mereka untuk mengelakkan perkara itu
terjadi. Apa pun tak boleh!. Ulasan demi ulasan, teguran demi teguran,
begitulah keputusannya bila terbit laporan audit setiap tahun.
Banyak lagi sebenarnya drama-drama yang mereka persembahkan yang tidak
sanggup kita mahu tonton. Semakin menyampah dan menyesakan nafas ini.
Adakalanya terfikir, sampai bila bangsaku mahu berfikiran waras, cukup-cukuplah
dengan biru haru biru, tidak lihatkah pemimpin mereka makin lama makin tidak
bijak mengolah khazanah negara ini. Mereka mengkayakan suku sakat dan kerabat
mereka.
Kekayaan negara dipunggah kepundak mereka masing-masing, nasib rakyat
sebangsa semakin tenat, sakit dengan pelbagai perkara yang tidak sanggup lagi
ditanggung. Bebanan ini akan berterusan sehingga sebelum menjelangnya PRU akan
datang. Selepas itu drama janji-janji manis berkumandang lagi dan lagi. Begitulah
akhirnya terjadi nasib rakyat, asyik tunggu janji, tagih janji entah sampai
bila terus-terusan begitu dan begini.
Cukuplah, leteran untuk kali ini, ada masa leter lagi.
Selamat membaca.
No comments:
Post a Comment