Followers

Thursday, October 3, 2013

Inilah Sebabnya Saya Di Sini




Sebenarnya keinginan untuk menyertai kursus penulisan sudah lama tersemat dalam sanubari ini. Dengan niat untuk mempelajari selok belok ilmu penulisan. Tak kiralah siapa sahaja gurunya atau siapa mentornya, yang penting untuk saya ilmu yang akan diperolehinya nanti bisa digunakan untuk menjayakan penulisan yang saya akan tuliskan nanti. Apa sahaja bidang pun, mahu tidak mahu mesti ada ilmu yang perlu kita pelajari. Kena korbankan masa, tenaga dan kewangan demi mencari ilmu bagi memantapkan diri agar berkeyakinan terhadap apa-apa sahaja bidang yang ingin diceburi.

Maka niat untuk mendapatkan ilmu penulisan telah dapat dicapai beberapa minggu yang lalu. Allah lorongkan saya membuka laman sosial yang sudah agak lama saya tidak buka, sekitar lima bulan saya tidak membuka laman sosial tersebut. Entah kenapa malam itu saya cuba buka untuk melihat-lihat status rakan-rakan dan yang lain-lainnya. Dalam meninjau-ninjau dalam status rakan-rakan terlihat iklan tentang  kursus penulisan di laman facebook Sekolah Penulisan Nuun.

Saya cuba buka gambar iklan tersebut, terpapar di situ, Kursus Penulisan Makmal Istimewa (2 dalam 1): Pengalaman Penulis, Menulis Pengalaman, begitulah tajuknya kursus tersebut. Dalam hati saya terdetik rasa seronok dan rasanya inilah peluang saya untuk menyertainya. Tambahan pula bila saya melihat kursus tersebut diadakan di Kampung Bukit Kapar. Ya sangat berdekatan dengan tempat tinggal, sungguh ianya sangat mengujakan diri saya. Tak sangka pula ada kursus penulisan yang sangat berdekatan tempat tinggal.

Saya mesti pergi, itu tekad saya sematkan dalam hati. Rugi rasanya peluang yang ada di depan mata tidak direbut. Apa yang saya fikirkan ketika itu tempat kursus dekat dan bayaran hanya RM100 sahaja, ada sarapan pagi dan makan tengahari. Untuk mendapatkan ilmu apa salahnya. Bukan ilmu bukan-bukan pun, belajar dari pengalaman seorang penulis yang berpengalaman tentang dunia penulisannya. Mempelajari selok-belok penulisan orang lain untuk kita mengambilnya sebagai pelajaran.

Tarikh kursus pada mulanya 1hb 09 2013 tetapi telah di anjakan ke tarikh 15hb 09 2013, Ahad, Dr Ibrahim Ghafar ada program di Melaka jika tidak salah saya. Walaubagaimanapun tidak melunturkan semangat saya untuk menyertainya, walau tarikh diubah. Maka dengan ketentuan Allah SWT, akhirnya saya dapat menjejaki untuk kali kedua di Galeri Sanggar Damai Abadi milik Dr Ghafar Ibrahim.

Pertama kali saya menjejaki Galeri Sanggar Abadi miliknya ketika ada tugasan untuk mencari data-data  maklumat berkenaan sejarah Kampung Bukit Kapar. Ketika itu saya bertugas sebagai Ketua Biro Pena Dan Penerbitan Masjid At-Taqwa. Semua ini dilakukan kerana untuk mendaptkan maklumat masjid untuk di masukkan dalam buletin masjid yang sedang dirancang, yang mana saya telah diamanahkan untuk menjayakannya.
Waktu itu ditemankan Ustaz Khalid, timbalan setiausaha Masjid At-Taqwa Kampung Bukit Kapar.

Pertama kali menjejaki galerinya sangat mengujakan saya, mana tidaknya, pelbagai buku-buku dan dokumen-dokumen penting tersimpan dan tersusun dengan baiknya. Segala macam buku rujukan, lukisan dan keratan akhbar yang berkaitan dengan aktiviti dirinya tersimpan dan difrimkan dengan cantik sekali. Itulah seorang penulis yang peka dan bijak dalam menghargai usaha-usaha yang digapainya. Alhamdulillah, Dr Ibrahim masih menyimpan dokumen sejarah Masjid At-Taqwa, dengan izinnya saya dipinjamkan dokumen penting itu untuk membuat ‘copy’@ salinan. Juga dengan keratan-keratan akhbar berkaitan dengan masjid juga saya dapat milikinya..Itulah ketika itu...

Sekali lagi dengan ketentuan yang Allah SWT izinkan, pada tanggal 15hb 09 2013 bersamaan 9 Zukaedah 1434H, Ahad,  saya jejaki lagi Galeri Sanggar Damai Abadi dengan niat belajar penulisan melalui Kursus Penulisan, Makmal Istimewa: Pengalaman Penulis dan Menulis Pengalaman. Dan pengalaman inilah yang mahu saya tuliskan nanti untu dikongsi oleh sesiapa sahaja. Dari hidup sebagai gelandangan hinggalah ke puncak hidupnya sehingga kini. Begitulah Dr Ibrahin Ghaffar. Insyallah, saya akan kongsikan pengalaman kursus sehari di Galeri Sanggar Damai Abadi dalam tulisan yang lain.

Ya, inilah antara sebab saya berada di Galeri Sanggar Damai Abadi milik Dr. Ibrahim Bin Ghafar, Kampung Bukit Kapar pada hari dan tarikh seperti di atas. Tulisan ini juga adalah jawapan untuk mereka yang bertanyakan soalan; Apa hubungan awak dengan Dr Ibrahim Ghafar?...


Sekian. 

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA