Sebenarnya
keinginan untuk menyertai kursus penulisan sudah lama tersemat dalam sanubari
ini. Dengan niat untuk mempelajari selok belok ilmu penulisan. Tak kiralah
siapa sahaja gurunya atau siapa mentornya, yang penting untuk saya ilmu yang
akan diperolehinya nanti bisa digunakan untuk menjayakan penulisan yang saya akan
tuliskan nanti. Apa sahaja bidang pun, mahu tidak mahu mesti ada ilmu yang
perlu kita pelajari. Kena korbankan masa, tenaga dan kewangan demi mencari ilmu
bagi memantapkan diri agar berkeyakinan terhadap apa-apa sahaja bidang yang
ingin diceburi.
Maka niat untuk
mendapatkan ilmu penulisan telah dapat dicapai beberapa minggu yang lalu. Allah
lorongkan saya membuka laman sosial yang sudah agak lama saya tidak buka,
sekitar lima bulan saya tidak membuka laman sosial tersebut. Entah kenapa malam
itu saya cuba buka untuk melihat-lihat status rakan-rakan dan yang
lain-lainnya. Dalam meninjau-ninjau dalam status rakan-rakan terlihat iklan
tentang kursus penulisan di laman facebook Sekolah Penulisan Nuun.
Saya cuba buka
gambar iklan tersebut, terpapar di situ, Kursus Penulisan Makmal Istimewa (2
dalam 1): Pengalaman Penulis, Menulis Pengalaman, begitulah tajuknya kursus
tersebut. Dalam hati saya terdetik rasa seronok dan rasanya inilah peluang saya
untuk menyertainya. Tambahan pula bila saya melihat kursus tersebut diadakan di
Kampung Bukit Kapar. Ya sangat berdekatan dengan tempat tinggal, sungguh ianya
sangat mengujakan diri saya. Tak sangka pula ada kursus penulisan yang sangat
berdekatan tempat tinggal.
Saya mesti pergi,
itu tekad saya sematkan dalam hati. Rugi rasanya peluang yang ada di depan mata
tidak direbut. Apa yang saya fikirkan ketika itu tempat kursus dekat dan
bayaran hanya RM100 sahaja, ada sarapan pagi dan makan tengahari. Untuk
mendapatkan ilmu apa salahnya. Bukan ilmu bukan-bukan pun, belajar dari
pengalaman seorang penulis yang berpengalaman tentang dunia penulisannya.
Mempelajari selok-belok penulisan orang lain untuk kita mengambilnya sebagai
pelajaran.
Tarikh kursus
pada mulanya 1hb 09 2013 tetapi telah di anjakan ke tarikh 15hb 09 2013, Ahad,
Dr Ibrahim Ghafar ada program di Melaka jika tidak salah saya.
Walaubagaimanapun tidak melunturkan semangat saya untuk menyertainya, walau
tarikh diubah. Maka dengan ketentuan Allah SWT, akhirnya saya dapat menjejaki
untuk kali kedua di Galeri Sanggar Damai Abadi milik Dr Ghafar Ibrahim.
Pertama kali saya
menjejaki Galeri Sanggar Abadi miliknya ketika ada tugasan untuk mencari
data-data maklumat berkenaan sejarah
Kampung Bukit Kapar. Ketika itu saya bertugas sebagai Ketua Biro Pena Dan
Penerbitan Masjid At-Taqwa. Semua ini dilakukan kerana untuk mendaptkan
maklumat masjid untuk di masukkan dalam buletin masjid yang sedang dirancang,
yang mana saya telah diamanahkan untuk menjayakannya.
Waktu itu
ditemankan Ustaz Khalid, timbalan setiausaha Masjid At-Taqwa Kampung Bukit
Kapar.
Pertama kali
menjejaki galerinya sangat mengujakan saya, mana tidaknya, pelbagai buku-buku
dan dokumen-dokumen penting tersimpan dan tersusun dengan baiknya. Segala macam
buku rujukan, lukisan dan keratan akhbar yang berkaitan dengan aktiviti dirinya
tersimpan dan difrimkan dengan cantik sekali. Itulah seorang penulis yang peka
dan bijak dalam menghargai usaha-usaha yang digapainya. Alhamdulillah, Dr Ibrahim
masih menyimpan dokumen sejarah Masjid At-Taqwa, dengan izinnya saya
dipinjamkan dokumen penting itu untuk membuat ‘copy’@ salinan. Juga dengan
keratan-keratan akhbar berkaitan dengan masjid juga saya dapat
milikinya..Itulah ketika itu...
Sekali lagi
dengan ketentuan yang Allah SWT izinkan, pada tanggal 15hb 09 2013 bersamaan
9 Zukaedah 1434H, Ahad, saya jejaki
lagi Galeri Sanggar Damai Abadi dengan niat belajar penulisan melalui Kursus
Penulisan, Makmal Istimewa: Pengalaman Penulis dan Menulis Pengalaman. Dan
pengalaman inilah yang mahu saya tuliskan nanti untu dikongsi oleh sesiapa
sahaja. Dari hidup sebagai gelandangan hinggalah ke puncak hidupnya sehingga
kini. Begitulah Dr Ibrahin Ghaffar. Insyallah, saya akan kongsikan pengalaman
kursus sehari di Galeri Sanggar Damai Abadi dalam tulisan yang lain.
Ya, inilah antara
sebab saya berada di Galeri Sanggar Damai Abadi milik Dr. Ibrahim Bin Ghafar,
Kampung Bukit Kapar pada hari dan tarikh seperti di atas. Tulisan ini juga
adalah jawapan untuk mereka yang bertanyakan soalan; Apa hubungan awak dengan
Dr Ibrahim Ghafar?...
Sekian.
No comments:
Post a Comment