Friday, October 4, 2013

“Opo Hubunganmu Karo Dr Ibrahim Ghaffar ?”

Gambar Ihsan dari facebook Ilhami



Opo Hubunganmu Karo Dr Ibrahim Ghaffar

Sapaan dari seorang kawan jemaah dalam bahasa jawa, seusai selesai menunaikan solat sunat, ketika keluar dari Masjid At-Taqwa Kampung Bukit Kapar. Kami bersalaman dan berbalas senyuman, terasa ada kesinisannya dalam senyumannnya dan saya pun balas senyumannya, bukankah senyum itu satu sedekah?. Saya menyambut salamannya sambil menjawab soalan yang diajukannya tadi. Jawapan pendek dan padat.

“Biasolah...”

Jawap saya tanpa sempat menerangkan apa sebenarnya hubungan saya denga Dr.Ibrahim, juga dalam bahasa jawa. Sebab kami dua-dua memang jawa. Jawa Bukit Kapar. Jawa sama jawa bila jumpa takkanlah bercakap bahasa Inggeris pula kan’. Jawa tetap jawa jangan nak menyamar-nyamar pula. Ha...ha..., salah ke agaknya rakan saya tanya begitu?. Oh...tidak, cuma saya rasa pelik bila pertanyaan itu lain nadanya, sinis senyumannya.

Kami pun berlalu tanpa banyak kata, maklum masing-masing mahu balik ke rumah. Terfikr-fikir di benak saya semasa berjalan dan semasa menaiki motosikal menuju ke rumah emak untuk mengambil anak saya. Apa motif rakan tadi bertanyakan soalan tersebut. Jangan-jangan dia perli saya tak?. Timbul persoalan demi soalan, persepsi demi persepsi saya terhadapnya. Dalam hati berbisik,

“Kenopo yo kok takon koyo guwi..., takonan nei’ koyo merli aku...”

Oh...saya sudah semacam dapat jawapannya, mungkin juga dia mempunyai persepsi yang tidak baik pada saya, sangkaan kurang baik dan bijak terhadap saya. Agak-agak dari mana dia nampak saya berada di Galeri Sanggar Damai Abadi Dr Ghaffar Ibrahim, saya cuba berfikir-fikir... “ Sekoh endi yo..?”, bisik hati saya dalam bahasa jawa lagi. Mungkin dari laman facebook atau mungkin dia nampak saya semasa dia rewang di kenduri kawin bersebelahan dengan rumah Dr.

Saya rasa dia nampak saya bila sampai pagi itu di rumah Dr atau semasa aku berjalan seusai menunaikan solat zohor di bahagian tepi rumah Dr bersama MBA SAN dan seorang lagi lupa pula namnya, semua orang hebat-hebat tu,  mungkin juga.masa itu dia nampak saya. Ah...apa salahnya, saya ada hubungan dengan Dr Ibrahim sampai dia bertanyakan soalan itu. Hubungan saudara seislam kan.

Oh...mungkin Dr Ibrahim Ghaffar kan bekas pegawai Tun Mahathir, orang kerajaan, bila orang kerajaan persepsi orang akan kata dia sokong Umno, begitulah agaknya kawan saya tanya begitu, dengan soalan yang bernada sinis. Ya...politiklah ni, sebab saya nampak berada di rumah Dr Ibrahim Ghaffar.

Sekali lagi saya ulangi, Dr kan bekas orang kuat Tun, orang kerajaan, tak pun dia akan kata Dr kan orang Umno, kenapa saya di rumahnya, apa hubungan saya dengannya, Itu yang terpacul soalan itu kepada saya, seolah saya dah tukar genre atau aliran. Aduh...aduh..aduh kok sampai begitu sekali lo..!. Saya yakin inilah persepsi rakan tadi terhadap saya.

Dia tak tahu lagi, apa sebenarnya saya berada di rumah Dr, semasa bersalam tadi di masjid tak sempat mahu beritahu, tapi tidak mengapa, saya sudah tulis mengapa saya di rumah Dr.Ibrahin Ghaffar dalam blog ‘Membaca Buku Minda Segar’ atau dia boleh baca di laman facebook, yang saya juga post di situ.

Jika betullah apa yang saya tuliskan ini tentang tanggapan dia terhadap saya, memang saya tidak heran pun. Maklum dia seorang kuat dalam parti hijau, saya juga hijau tapi bila hijau jumpa dengan biru bukan untuk apa, sekadar menimba ilmu penulisan itu pun seolah sudah dianggap seperti tukar genre, tahulah apa jenis pemikiran.

Kita kini sudah di era politik baharu, kenalah bijak dan matang, takkanlah salah bila orang hijau jumpa orang biru. Berborak-borak, bertukar fikiran dan pandangan takkanlah sampai tidak boleh. Mengambil ibrah dan belajar dari orang yang berilmu dan bijak dalam bidangnya.

“Opo hubunganmu karo’ Dr Ibrahim Ghaffar?”.

Masih terngiang-ngiang di cuping telinga ini. Saya yakin lepas ini, kawan-kawan yang lain akan turut memperli-perli. Mahu perli-perlilah, apa boleh buat, bukan saya isi borang Umno pun jumpa Dr. Ibrahim Ghafar. Dr tidak sentuh pun cerita politik dalam menceritakan pengalamannya dan pengalaman menulisnya.

Dr menceritakan sesi-sesi menarik dalam kehidupannya, suka duka sebagai anak yatim piatu, begelandangan hidupnya tika itu. Juga Dr menceritakan tentang pengalaman misteri berjumpa Laksamana Hang Tuah. Cerita ini ada dibongkar di majalah Mastika, jika tidak salah dalam keluaran Ogos dan September 2013. Sahabat-sahabat semua boleh rujuk pada majalah tersebut.

Juga, Dr  menceritakan semasa ditahan dibawa ISA, sebuah universiti kehidupan yang pernah dirasai dan dilalui. Sesi menarik tentang mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir ketika ada persoalan yang besar dalam negara. Menurutnya Tun Mahathir seorang yang sering bangun malam untuk mengadu pada Allah SWT bila ada sesuatu masalah yang tidak dapat selesai.

Dr menyaksikan sendiri kerana beliau juga ada di sisinya, cerita ini mungkin tidak pernah kita dengar. Yang kita sering dengar ialah sisi lain tentang Tun Mahathir. Soal Tun dengan kelemahannya itu urusan Tuhan, semoga Allah memberi taufik  hidayah padanya.

“Opo hubunganmu karo’ Dr Ibrahim Ghaffar?”.

Ya, masih terngiang-ngiang soalan dalam bahasa jawa itu... saya terus menuliskan penulisan ini.

Semasa seisi pengenalan diri saya menyatakan betapa baiknya kursus ini buat diri saya. Kursus yang diadakan berdekatan tempat tinggal sungguh menyenangkan untuk turut serta, murah pula, ada sarapan pagi dan makan tengahari. Turut dikongsi oleh peserta-peserta yang hebat, yang mempunyai pengalaman luas cukup memberi pengajaran buat saya.

Mana tidaknya, seorang yang tidak pandai melukis pada mulanya dan bukan bidangnya tetapi ketentuan Allah SWT telah menjadikan beliau seorang pelukis yang hebat. Hasil lukisannya telah tersebar hingga ke Australia. Beliau menyertai kursus tersebut kerana beliau akan cuba merakamkan perjalanan seninya dalam buku yang akan ditulisnya nanti. Beliau yang saya maksudkan Saudara Abdul Ghafur Bin Haji Tahir.

Seorang lagi peserta yang juga hebat, sudah menulis sepuluh buah buku. Seorang bekas pegawai kerajaan, jika tidak salah saya MBA SAN atau nama sebenarnya Muhammad Bin Ali. Pengalaman luas di negara matahari terbit sehinggalah terbitnya sebuah buku Travelog Japan. Dan banyak pengalaman-pengalaman menarik yang beliau ceritakan, semuanya itu membangkitkan motivasi diri yang biasa-biasa ini untuk bersemangat seperti mereka.

Jika kawan yang bertanyakan, tentang hubungan apa dengan Dr Ghaffar Ibrahim, nah...inilah jawapan saya, jika dia membaca tulisan ini, saya harap dia faham apa yang saya buat di rumah Dr. Hubungan seorang penulis kecil dengan penulis besar itu sahaja. Tiada apa-apa yang tersirat dan yang tersurat pun sudah saya nukilkan di sini.

Dr juga seorang ahli sastera, penulis puisi dan membaca puisi. Saya juga meminati puisi, penulisan puisi yang baharu saya berjinak-jinak menulis puisi melalui esastera.com. Apa salahnya saya belajar dari yang bijak dibidangnya.

Justeru itu, untuk diri saya, apa pun orang kata, sebab orang memang suka mengata dan berkata-kata, sampai bila pun orang akan tetap berkata-kata tentang sesiapa sahaja yang mereka rasakan mahu dikatanya. Teruskan menulis dan menulis apa sahaja selagi ada manfaatnya.
Apa yang penting dari itu, agar penulisan yang ditulis akan dapat mengubah diri dan mengubah minda masyarakat untuk lebih menghargai pemberian Tuhan. Hidup ini sementara, sementara hidup inilah kita sedaya upaya melaksanakan apa yang dikehendaki-Nya.

Akhirnya, petikan dari buku Pengakuan Penyair;

“Dari tanah kita dijadikan, ke tanah kita akan dikembali. Berbudilah kepada tanah tanda syukur kepada Tuhan. Nanti kita kan ditemukan kembali di Negeri Abadi dalam limpah keberkatan yang berkekalan”.

Dr.Ibrahim Ghaffar.

Sekian.
Masshah, 
Meru.



Maksud bahasa jawa:

1)Opo hubunganmu karo Dr Ghafar Ibrahim ?”

Apa hubungan awak dengan Dr.Ibrahim Ghaffar

2) “Biasolah...”

Biasalah...

3) “Kenopo yo kok takon koyo guwi..., takonan nei’ koyo merli aku...”

Kenapa ya tanya macam itu, pertanyaaannya macam perli aku...

4) “ Sekoh endi yo


Dari mana ya

No comments:

Post a Comment