Kursus Penulisan
Berita Dan Artikel; Anjakan Penampilan Hadapi Cabaran Semasa
Semangat untuk menuntut ilmu itu amat baik sekali. Apa sahaja bidang yang
ingin kita ceburi pasti memerlukan ilmu yang membolehkan kita tahu selok belok
bidang tersebut. Begitu juga dengan penulisan. Ia juga perlukan ilmu, untuk itu
ia perlu digali dan dicari. Ia sangat signifikan. Mudah-mudahan perjalanan saya
menimba ilmu penulisan ini bersesuaian dengan maksud firman Allah SWT dan hadis dibawah;
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Katakanlah lagi (kepadanya), “Adakah sama orang
yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?”
(Surah al-Zumar 39:9)
Hadis Nabi SAW yang bermaksud
“Sesiapa yang menempuh perjalanan dengan tujuan
untuk menuntut ilmu. nescaya Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke
Syurga.”
(Riwayat Muslim no.2699).
Maka untuk memenuhi
kehendak diri, agar ilmu penulisan dapat difahami dan dipelajari, saya sebagai
seorang yang ingin tahu tentang selok belok penulisan telah menghadiri sekali
lagi kursus penulisan yang dianjurkan oleh IBHKHIDMAT di Masjid Negeri
Shah Alam pada 28hb September hingga 29hb September 2013.
Kursus yang
berjalan selama dua hari itu sangat memberi manfaat untuk diri saya untuk
melengkapi ilmu penulisan melalui penceramah yang berpengalaman. Ia sangat
berguna untuk saya mengetahui lebih mendalam tentang penulisan artikel dan
berita.
Selama dua hari,
mulai hari sabtu dan Ahad. Ianya sangat berbaloi untuk diri saya juga pada
rakan-rakan pesrta lain pastinya. Kerja shift malam tidak menghalang untuk saya
turut serta dalam kursus tersebut. Biar pun ada rasa mengantuk, tetapi saya
tetap gagahi juga, peluang dan ruang hanya datang sekali.
Semua ini
disebabkan semangat dan minat yang mendalam, tanpa semangat dan komitmen yang
tinggi sudah pasti saya tidak akan menyertainya. Ia mungkin akan terlepas
begitu sahaja. Biar pun ia memerlukan perbelanjaan sebanyak RM200.00 untuk dua
hari, namun ia amat berbaloi dan bermanfaat untuk diri ini.
Berkorban apa sahaja,
harta atau pun nyawa, bait-bait dalam lirik lagu P.Ramlee tiba-tiba menerjah di
minda. Tanpa ada pengorbanan mana mungkin kejayaan apa sahaja, akan dapat dinikmati
dan dikecapi.
Kata mereka yang
bijak pandai, menuntut ilmu itu berterusan, tiada had dan sempadan waktunya,
tiada usia yang menyatakan menuntut ilmu perlu ada persaraan. Tidak sesekali
tidak. Ikut kadar kemampuan yang kita ada. Belajar di mana-mana pun boleh, apa
yang penting ilmu yang dipelajari itu tidak menyeleweng dan bermanfaat.
Ilmu itu sangat
signifikan, tanpanya kejahilan akan menyelubungi diri, hidup akan tersesat dan
tersasar kerana panduan dari ilmu tidak dimiliki. ‘Ilmu itu cahaya, jahil itu
merbahaya’ kata-kata yang sungguh mengesankan di hati.
Beruntung dan
bertuah itulah ungkapan yang boleh saya ungkapakan secara pribadinya, kerana
selama ini saya hanya menikmati tulisan-tulisan mereka dan menatapinya di
akhbar atau majalah, tapi ketika itu saya benar-benar dihadapan mereka,
mengambil ilmu dari mereka. Ambil berkat dari orang yang berilmu.
Siapa tidak kenal
Dr.AnnWan Seng, Tuan Haji Zulkifli Sulong, Ismas Saring dan Puan Marsila,
mereka ini adalaha insan yang bijak dan berkemahiran dalam bidang penulisan.
Banyak pengalaman, ilmu, pengajaran dan sebagainya yang mereka curahkan pada
setiap sesi yang mereka diskusikan.
Justeru itu, saya
sebagai peserta kursus, merasakan rugilah sekiranya, peluang dan ilmu yang
diberikan oleh mereka tidak dipraktikan untuk diri sendiri terutamanya dalam
penulisan yang sedang saya cuba kerjakan ini.
Semoga semangat ini
akan terus berkobar dan bersemarak dalam diri. Insyallah, saya akan coretkan
lagi tentang pengalaman mengikuti kursus selama dua hari ini kepada rakan-rakan
penulis dan peserta penulisan semuanya.
Sampai jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment