Catatan Hari
Pertama: Sabtu 28hb 09 2013
Bagi melengkapi
ilmu di dada tentang penulisan, sekali lagi pada tanggal 28hb September hingga
29hb September 2013, Sabtu dan Ahad, saya menyertai untuk kali kedua kursus
penulisan anjuran IBHKHIDMAT. Kursus diadakan di dewan Bilik 10, Masjid
Negeri Shah Alam. Kali ini kursus berkaitan dengan penulisan artikel dan berita
dengan temanya; Anjakan Penampilan Hadapi Cabaran Semasa.
Dilema Perjalanan
Ke Kursus Artikel Dan Berita
Pada mulanya saya
menghadapi dilema tentang kenderaan, maklum kenderaan hanya ada sebuah, isteri
bawa ke tempat mengajar al-quran. Pening juga memikirkannya, bagaimana esok
saya mahu ke tempat kursus. Saya cuba sms teman-teman kampung yang bekerja di
Shah Alam, manalah tahu saya boleh tumpang mereka. Agak mengecewakan, sabtu
ramai diantara mereka yang tidak bekerja. Dalam hati pada masa itu, terpaksakah
aku membatalkan hasrat hatiku ini.
Dalam hati terus
bermonolog, alangkah ruginya seandainya aku tidak pergi, peluang hanya datang
sekali kemungkinannya. Hati terus berkata-kata...ha, tiba-tiba teringat seorang
kawan yang duduk di Bukit Kerayong. Kemungkinan saya boleh tumpang dia, fikir
saya waktu itu. Saya terus sms kawan di sana, syukur pada Allah SWT, kawan tadi
besok ada ot, dia kata ok, boleh sahaja saya tumpang.
Janji ditepati
sekitar jam 8:20 pagi tunggu di depan rumah ibu bapa saya di jalan belimbing.
Alhmadulillah, saya mengucapkan berbanyak terima kasih pada kawan yang menumpangkan
saya, dia bekerja di PKNS, pejabatnya di Kompleks PKNS. Jadi dia tidak
bermasalah untuk hantar saya ke Masjid Negeri.
Syukur, Sampai Juga
Sekitar jam
8:50pagi, sampai juga di Masjid Negeri. Saya terus menuju ke masjid, mencari
Dewan Bilik 10, pusing punya pusing akhirnya terlihat Bilik Kuliah 10, tetapi
tengok kosong sahaja, tiada sesiapa di dalamnya. Saya optimis, kemungkinan
penganjur dalam perjalanan ke Masjid Negeri.
Sementara itu, saya
pusing-pusing di bahagian gerai-gerai yang berada ditepi masjid. Ada yang sudah
buka gerai dan ada yang belum. Saya cuba ke gerai milik abang ipar. Tapi belum
dibuka lagi. Saya duduk menunggu dengan redha dan sabar. Sesekali saya cuba sms
pada Tuan haji Ismail. Saya menyatakan sudah sampai, ya salamm...beliau
menyuruh aku tunggu sahaja di situ.
Sabar Menanti
Sedang saya duduk
di kerusi urut menunggu, tiba-tiba datang seorang wanita sepertinya
mencari-cari sesuatu, kami berpandangan, kalau tidak silap saya dia tanya,
peserta kursus ya, bilik 10 mana. Saya menunujukkan arahnya, tapi saya katakan
padanya, belum ada orang lagi, mungkin lewat sikit. Kami pun berborak-borak
tentang penulisan. Oh...Cik Adik tersebut ada menulis di majalah fokus.
Kira-kiranya waktu itu kami sedang bertukar-tukar fikiranlah sambil menunggu
delegasi penganjur sampai.
Syukur, akhirnya
sampai juga, penganjur bersama-sama dengan para pembantunya. Sebelum mereka
siap-siap mengemas apa-apa yang patut saya masuk ke bilik kuliah 10, meletakkan
beg dan duduk-duduk menunggu para peserta lain datang. Sekitar jam 9:15pagi
beberapa peserta sudah mula ada yang datang.
Sedia Mula
Kelihatan seorang
wanita berbangsa arab pun turut ada dalam bilik kuliah. Wah...sudah hebat ini,
bisik hati saya, ada seorang arab dalam kursus penulisan pada hari itu. Menurut
Tuan Haji Ismail, wanita itu dari Syria, negara yang sedang bergolak. Ummu
Abdullah panggilannya.
Peserta terdiri
dari para mahasiswi dari Unisel dan saya dari sektor swasta. Sebelum itu, kami
bersarapan pagi yang telah disediakan. Masing-masing menjamah bagi mengisi
perut, maklum selama beberapa jam kami akan duduk mendengar kuliah penulisan
pagi itu.
Para peserta pun
sudah menduduki kerusi masing-masing, sudah tidak sabar rasanya untuk mendengar
input-input yang akan dikongsi oleh penceramah pertama. Sekitar jam 9:30 pagi,
Tuan Haji Ismail mengambil tempat, sebagai pengurusi majlis. Mengalu-alukan
para peserta yang menghadiri kursus penulisan artikel dan berita.
Beliau
memperkenalakan satu persatu para peserta yang hadir. Apa yang menariknya, ada
peserta dari nun jauh dari timur tengah, negara syiria, Ummu Abdullah panggilannya.
Terpaksalah Tuan Haji Ismail berbahasa arab untuk menterjemahkan bahasa melayu,
apa yang sedang diperkatakan oleh para peserta. Agak geli hati juga, saya
melihat telatah Ummu Abdullah.
Apa pun tetamu
jauh, harus di ladeni dengan sabar. Dalam ucapan alu-aluannya, Tuan Haji
Ismail@Ilhami nama penanya mungkin, beliau telah memetik kata-kata yang sangat
menarik dari seorang pimpinan Ikhwanul muslimin;
“Kamu
hendaklah membaca yang baik, apa yang kamu jumpai, kemudian tulis apa yang kamu
baca, kemudian hafal apa yang kamu tulis...”
Bait-bait yang
menarik pastinya, sebagai motivasi para peserta pagi itu.
Menurut beliau,
pentingnya menulis; ikat ilmu dengan
menulisnya, agar ilmu itu tidak hilang maka dengan menulisnya ilmu tidak akan
hilang begitu sahaja. Ia boleh dimanfaatkan oleh pembaca. Menulis juga amat
penting dalam kehidupan manusia. Sesebuah karya akan dapat dibaca oleh
khalayak, bila mana apa yang dihasilkan itu memberi manfaat kepada seluruh
umat.
Akhirnya, beliau
mengharapakan para peserta agar dapat menumpukan sepenuhnya, segala perkara
yang akan dikongsikan oleh para penceramah selama dua hari. Mudah-mudahan, menurutnya
ilmu yang didapati boleh di gunkan dalam menukang penulisan yang dihasilkan
nanti.
bersambung...
No comments:
Post a Comment