Sedang
membaca ?, baguslah begitu dan tahniah lah kerana menjadikan membaca sebahagian
aktiviti kehidupan sahabat semua. Mungkin membaca antara aktiviti selain
beriadah, berjalan di taman, bershoping dan sebagainya. Biar pun sekejap
sekadar lima minit, dua muka surat , seminggu satu buku, sebulan dua buah
buku, syabas dan tahniah sekali lagi. Apa yang penting agenda membaca ada dalam
dairi kehidupan yang sedang kita harungi sekarang. Alah sekadar membaca akhbar,
kira baik juga lah tu, tak kanlah itu pun tiada masa dan jawapan yang biasa
dengar malas...ya malas!.
Sekadar
membaca sms itu pun malas tak tahulah apa nak cakap. Membaca signboard, membaca
juga, jangan sampai tidak mahu baca signboard nanti sesat jalan pula dek’
kerana malas sangat membaca, jadi sesat jalan yang mahu di tuju. Begitu sekali
malasnya?, Itu sudah kira teruklah, siapa yang susah?, diri sendiri yang susah
sebab malas membaca biar pun sekadar maklumat jalan di signboard.
Jadi,
penting atau tidak membaca itu?. Ya amat penting dan sangat penting. Tak
payahlah saya tulis panjang-panjang tentang pentingnya membaca. Saya yakin
semua orang sudah bijak-bijak dan faham tentang faedah membaca. Ada yang sudah menjadi
guru, ustaz, professor, mufti, kadi, Tuan Hakim, Ulamak, dan sebagainya. Mereka
tahu dan faham faedah membaca, sebab itu mereka berjaya dalam kerjaya
masing-masing. Di sebabkan dengan membaca inilah mereka berjaya hingga sampai
kemuncak yang di hajatinya.
Sampai
begitu sekali hasil dari membaca?. Ya begitulah, dari tidak tahu hingga jadi
tahu, dari tidak faham jadi faham dan memahami., dari kurang mahir jadi mahir
dan sebagainya. Hebat bukan kuasa membaca ini. Dalam quran sendiri menyebut
seruan agung dari yang Maha Agung, seruan Iqra itulah yang menyeru junjungan
besar Nabi SAW agar mengikuti apa yang diungkapakan oleh Jibril a.s seperti
yang termaktub dalam kitab suci Al-Quran.
Minda
akan segar jika selalu di sirami dengan membaca (ilmu), kitab Al-quran yang
hebat, panduan dan manual kehidupan setiap insan muslim dan seluruh umat
manusia, ia menunjuki manusia tentang kebenaran. Dan pelbagai lagi keindahan
isikandungannya yang dapat di cerna oleh setiap yang membacanya. Ketenangan dan
kesegaran minda pasti di perolehi dengan membacanya. Hebat bukan mukjizat yang
diturunkan kepada Nabi SAW ini?. Ingin menafikannya?. Ia bukan sekadar panduan
tetapi lebih daripada itu, mencakupi setiap ruang kehidupan umat manusia.
Nah,
alasan apa lagi bagi kita yang sering mengungkapakan rasa malas, tidak ada masa
dan pelbagai alasan untuk kita tidak mahu membaca. Jangan lah sampai kita
menafikan seruan membaca itu adalah seruan Agung dari yang Maha Agung. Jadi,
apa lagi di tunggu membacalah (membaca yang berfaedah termasuk menjadikan minda
kita segar ) sekarang?.
Jom Membaca Dan Menulis.
No comments:
Post a Comment