Followers

Monday, October 29, 2012

Semangat Membaca Dan Menulis




Segala puji bagi Allah SWT, salam dan selawat ke atas junjungan mulia Muhammad Saw, keluarga dan para sahabat Nabi Saw seluruhnya. Dengan rahmat dan kasih sayangnya dapat saya menulis diblog ini setelah beberapa minggu tidak menekan papan kekunci ini untuk menuliskan sesuatau yang bermanfaat untuk para sahabat blogger dan pengunjung semua..Hari ini, dengan berbekalkan semangat zulhijjah dan semangat korban saya sedaya upaya melawan rasa  kemalasan untuk menulis di sini.

Saya rasa begitu juga dengan para sahabat yang mengalami rasa malas mahu mengupdate blog masing-masing, tidak seperti pada awal pembinaan blog, masing-masing dengan penuh semangat ingin menulis setiap detik apa yang berlaku dalam kehidupan kita semua mahu dikongsi dan dicatatkan. Situasi ini berlaku pada setiap blogger begitu dengan saya. Kalau tidak manakan saya membina beberapa blog untuk tujuan itu. Semangat untuk menulis berkobar-kobar pada awalnya, sedikit demi sedikit kendur pula. Kini datang lagi semangat itu.

Semoga kekal semangat untuk menulis disini. Begitu dengan membaca, Alhamdulillah setakat ini semangat ini masih berterusan. Tempoh waktu saya tidak menulis dalam blog saya manfaatkan dengan membaca. Sudah beberapa minggu saya menghabiskan beberapa buah buku untuk dihadam. Semakin hari semakin membara melihat buku-buku yang semakin bertambah. Mahu tidak mahu rak buku pun tambah lagi, makin lama ruang bilik bacaan penuh dengan rak. Seronok lagi melihat buku-buku yang tersusun rapi didalam raknya. Ia bagaikan motivasi untuk diri agar terus bersemangat untuk membaca.

Semangat menulis disini naik semula bila melihat buku-buku yang semakin banyak, Apatah lagi melihat hasil penulisan yang saya tulis diblog saya print dan baindingkan seolah seperti buku, masa depan boleh di baca oleh anak-anak saya. Ya..begitulah seronok dan indahnya membaca dan menulis. Saya akhiri penulisan ini dengan perkongsian sebuah tulisan dari penulis muda yang berjaya; saudara Nimoiz T.Y.

JANGAN SEBUT PERKATAAN MALAS

Oleh: Nimoiz T.Y

Apa salahnya menyebut perkataan malas? Tidak ada salahnya. Yang salah ialah apabila dengan menyebut perkataan malas kita menjadi semakin malas. Sebenarnya, istilah malas tidak pernah wujud. Yang ada ialah istilah lain. Misalnya, anda malas ke dapur untuk membuat air. Anda sebenarnya bukan malas, tapi mungkin takut nak ke dapur. Sebab ada hantu, contohnya.

Anda sebenarnya bukan malas nak baca buku. Tapi sebenarnya berasa mengantuk. Anda sebenarnya bukan malas nak menulis. Tapi sebenarnya badan lesu. Anda bukan sebenarnya malas nak bekerja, tapi sebenarnya tubuh sakit-sakit. Ya, anda bukan sebenarnya malas tetapi letih, mengantuk, lesu, kurang sihat, tidak bermaya, sakit kepala, tidak ada “mood”, banyak fikirkan benda lain, kerja yang perlu dibuat agak sukar dan lain-lain.

Tidak ada jawapan mudah untuk semua soalan ini – soalan malas! Kecuali mencari penyelesaian sendiri. Contohnya, antara sebab-sebab lesu ialah kurang bersenam. Antara sebab selalu mengantuk ialah kurang tidur. Antara sebab tidak bermaya dan sakit kepala ialah cuaca panas. Oh ya, kalau cuaca panas nak atasi macam mana? Banyakkan minum air, misalnya.Pengajaran hari ini tidak ada apa-apa. Tulisan ini pun pendek sahaja. Sebenarnya saya malas, opsss...sebenarnya saya mahu supaya ada tulisan terbaharu dipaparkan di sini. Kalau tidak ada tulisan terkini, nanti pengunjung akan malas ke sini, opsss, bukan malas, tapi tidak ada semangat datang ke sini.
           
Bangun bangun, jangan malas-malas, jangan sebut perkataan malas, dan menulislah! “

Sumber: Portal eSasterawan.Net

Jom Membaca Dan Menulis....!

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA