Cukuplah Duhai Pemimpin
Apa sudah jadi apa nak jadi
Bermesyuarat
berhari-hari
Apa makna tak ada
makna
Itu juga akhirnya.
Duhai pemimpin
Ke mana kau mahu bawa
manusia ini
Lain yang di janji
lain yang kau beri
Apa makna tak ada
makna.
Tidak cukupkah yang
sedia ada
TV,Radio,Internet
hiburan semata
Siang malam pagi
petang semuanya hiburan
Itu juga akhirnya
yang kau mahu beri.
Tidak cukupkah itu
duhai pemimpin
Kami cukup terseksa
dan menderita
Hidangan hiburan yang
melampau
Di mana-mana,ada di
mana-mana.
Siang malam,pagi
petang ada saja
Itu juga yang kau
mahu berikan pada kami
Di mana teriak mu
mahu membela kami
Di mana laungan mu
mahu menjaga kami
Di mana janji mu mahu
menyelamatkan melayu.
Tidak cukupkah siang
dengan hiburan?
Tidak cukupkah
hiburan malam yang sedia ada?.
Ulamak?
Ulamak Muda?
Ustaz,Ustazah?
Pendakwah?
Para Daie’?
Para Pensyarah?
Para Ilmuan?
Para intelektual?
Para Mursyid?.
Dan
Di mana suara mu
Perkasa?
Apa kata kalian,
apa reaksimu
apa perasaanmu,
apa dan apakah?
Kemana mahu di bawa umat ini?
Kasihanilah kami
duhai pemimpin
Cukup...cukup...cukup
Biarlah kami berhibur malam dengan
Tuhan
Biarlah kami berhibur
malam rindu-rinduan dengan Tuhan
Biarkan kami berhibur
dua pertiga malam bersama malam
Cukup...Cukup...Cukup
Hiburan malam yang menyesatkan
Hiburan malam yang
melalaikan
Hiburan malam yang
merugikan
Kami mahu hiburan
bersama TUHAN.
Duhai pemimpin
Bersegeralah
bertaubat
Selagi masa masih ada
Bertaubatlah
Selagi Tuhan masih
sayangkan kita.
Insaflah..sedarlah..renungkanlah..duhai
pemimpin..
Kami hanya
berserah...selanjutnya Tuhan yang menentukan
Maafkan rakyatmu ini
yang tidak mampu menangung derita
Yang kami mahu,
damai, tenang, harmoni.
Ya Tuhan kami
Selamatkanlah Negara kami dari kemurkaan mu
Ya Tuhan kami kau
berilah petunjuk pada pemimpin kami
Ya Tuhan
Kami..Ampunilah kami dan maafkan kami
Setakat ini yang kami
mampu menegur pemimpin.
Selamatkan lah kami
Nukilan rasa:
Masshah,Meru
Jam: 9:25
No comments:
Post a Comment