Thursday, October 28, 2010

Sajak: Cukuplah Duhai Pemimpin

Tidak cukup kah yang ini?


Cukuplah Duhai Pemimpin

Apa sudah jadi apa nak jadi
Bermesyuarat berhari-hari
Apa makna tak ada makna
Itu juga akhirnya.

Duhai pemimpin
Ke mana kau mahu bawa manusia ini
Lain yang di janji lain yang kau beri
Apa makna tak ada makna.

Tidak cukupkah yang sedia ada
TV,Radio,Internet hiburan semata
Siang malam pagi petang semuanya hiburan
Itu juga akhirnya yang kau mahu beri.

Tidak cukupkah itu duhai pemimpin
Kami cukup terseksa dan menderita
Hidangan hiburan yang melampau
Di mana-mana,ada di mana-mana.

Siang malam,pagi petang ada saja
Itu juga yang kau mahu berikan pada kami
Di mana teriak mu mahu membela kami
Di mana laungan mu mahu menjaga kami
Di mana janji mu mahu menyelamatkan melayu.

Tidak cukupkah siang dengan hiburan?
Tidak cukupkah hiburan malam yang sedia ada?.

Ulamak?
Ulamak Muda?
Ustaz,Ustazah?
Pendakwah?
Para Daie’?
Para Pensyarah?
Para Ilmuan?
Para intelektual?
Para Mursyid?.

Dan
Di mana suara mu Perkasa?
Apa kata kalian,
apa reaksimu
apa perasaanmu,
apa dan apakah?
Kemana mahu di bawa umat ini?
Kasihanilah kami duhai pemimpin
Cukup...cukup...cukup

Biarlah kami berhibur malam dengan Tuhan
Biarlah kami berhibur malam rindu-rinduan dengan Tuhan
Biarkan kami berhibur dua pertiga malam bersama malam
Cukup...Cukup...Cukup

Hiburan malam yang menyesatkan
Hiburan malam yang melalaikan
Hiburan malam yang merugikan
Kami mahu hiburan bersama TUHAN.

Duhai pemimpin
Bersegeralah bertaubat
Selagi masa masih ada
Bertaubatlah
Selagi Tuhan masih sayangkan kita.

Insaflah..sedarlah..renungkanlah..duhai pemimpin..
Kami hanya berserah...selanjutnya Tuhan yang menentukan
Maafkan rakyatmu ini yang tidak mampu menangung derita
Yang kami mahu, damai, tenang, harmoni.

Ya Tuhan kami Selamatkanlah Negara kami dari kemurkaan mu
Ya Tuhan kami kau berilah petunjuk pada pemimpin kami
Ya Tuhan Kami..Ampunilah kami dan maafkan kami
Setakat ini yang kami mampu menegur pemimpin.

Selamatkan lah kami

Nukilan rasa:

Masshah,Meru
Jam: 9:25

No comments:

Post a Comment