Followers

Saturday, September 29, 2012

JOM MEMBACA...!


Monday, August 27, 2012

Buku Travelog: Travelog Haji



Sekadar Maklumat:

Penulis: Muhd Kamil Bin Ibrahim

Tajuk: Travelog Haji-Mengubah Sempadan Iman

Harga: RM 29.90 untuk Semenanjung Malaysia, RM 32 untuk Sabah/ Sarawak

Insyallah,Boleh di miliki di mana-mana kedai buku.

Tetamu Generasi Iqra

Alhamdulillah, bertemu lagi di dunia maya untuk hari ini. Tentu dengan izin-Nya. Syawal yang suci masih di rasai, suasana hari raya masih terasa biar pun masing-masing sudah bertugas. Program ziarah-menziarahi masih berjalan. Di sana sini, masing-masing masih menerima tetamu, saudara jauh, rakan sekerja dan sebagainya. Baguslah teruskan amalan mulia ini, semoga Allah merahmati kita semua.

Kedatangan tetamu membawa rahmat, begitulah indahnya Islam anutan kita. Syawal memberikan kita banyak memori. Bagi saya memori ini memori yang sangat indah dan manis. Melihat kesudian anak-anak buah yang sudi melihat-lihat dan meninjau-ninjau seterusnya membelek-belek buku yang berada di bilik buku yang tidak seberapa itu. Dalam hati mendoakan agar mereka juga minat membaca dan menjadi generasi Iqra.

Lihatlah gambar dibawah, masing-masing bergaya dengan aksi-aksinya. Tak ketinggalan juga Pak Ciknya sekali ;). Maklum sekali-sekala bergaya dengan anak-anak buah. Semoga memberi manfaat dan ada motivasi disebalik gambar-gambar tersebut;










































SEMOGA KALIAN MENJADI GENERASI IQRA..!

Catatan Syawal (4)





Ziarah-Menziarahi Amalan Mulia

Alhamdulillah bersua kembali. Semoga terus bergembira di Syawal yang suci ini. Syawal yang suci, Syawal yang indah tentunya mengembalikan ingatan kita tentang ramadan yang pergi meninggalkan kita. Sesungguhnya kedatangan ramadan sangat dinanti dan ditangisi kepergiannya oleh orang-orang yang beriman. Di situlah madrasah yang mendidik hati-hati kita agar taat teguh dalam mengingati-Nya dan melaksanakan segala amal ibadah dengan tenang, bahagia dan semata-mata hanya untuk Allah SWT. Itu lah ramadan yang sudah berlalu.

Namun begitu, syawal yang menjelang kini, bukanlah bermakna kita sudah tidak lagi melaksanakan apa-apa yang kita lakukan di bulan ramadan lalu, teruskanlah dan lipat gandakan amalan kita dengan istiqamah dan penuh ketaqwaan pada Allah SWT. Amal ibadah yang kita biasa lakukan dalam ramadan seperti berpuasa, bersedekah, wakaf, qiamulail, berzikir, berzakat dan lain sebaginya masih bisa kita teruskan di luar ramadan. Maka kita berlumba-lumba dalam melakukan kebajikan semata-mata hanya untuk Allah SWT.

Saya harap tulisan ini masih releven dengan suasana Syawal kita pada hari ini.Hari raya masih terasa, program ziarah-menziarahi masih berjalan. Amalan yang sangat mulia dan di galakan. Ziarah-menziarahi antara satu sama lain. Peluang dari ziarah-menziarahi adalah saling bermaaf-maafan, namun perlu diingat, bermaaf-maafan tidak semestinya hari raya sahaja, hari biasa juga perlu jika kita ada kesalahan sesama kita, itu perlu di segerakan, tak perlu tunggu hari raya. Tentunya dengan amalan ini akan mengeratkan tali silaturahim, kasih sayang sesama kita. Namun dalam ziarah-menziarahi jangan di lupa adab dan akhlak hendaklah di jaga.


Firman Allah s.w.t. “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu,dan bertaqwalah kamu kepada Allah agar kamu beroleh rahmat” 

(Surah Al Hujuraat ayat 10.)

Saya petik sedutan dari artikel yang terkandung dalam laman web JAIS tentang hikmah yang terkandung dalam amalan ziarah-menziarahi, mungkin boleh di jadikan panduan untuk kita, sebagai tetamu dan juga sebagai tuan rumah yang menerima tetamu;

1)    Di antara adab-adab yang perlu diberi perhatian oleh umat Islam ketika melakukan amalan kunjung-mengunjung adalah seperti berikut : Adab sebagai tetamu perlu memohon izin dan memberi salam sebelum memasuki rumah yang ingin dikunjungi sesuai dengan Firman Allah s.w.t. dalam surah An-Nur ayat ke 27

“ Wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumah kamu,sehingga kamu meminta izin serta memberi salam kepada penghuninya.Demikian itu adalah lebih baik bagi kamu agar kamu beringat”

Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud :        

” Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisi Allah ialah sesiapa yang memulakan salam”      (Riwayat Abu Daud)

2)    Selaku tetamu adalah sangat digalakan agar berjabat tangan dengan tuan rumah sesuai dengan hadith Nabi s.a.w. riwayat dari Al Barra’ r.a. yang bermaksud

“ Tidak ada dua orang muslim yang bertemu,lalu saling berjabat tangan,kecuali kedua-duanya diampuni Allah sebelum keduanya berpisah”

Walaubagaimanapun amalan berjabat tangan ini mestilah dilakukan mengikut lunas-lunas Islam. Ianya tidak sama dengan budaya barat dan orang bukan Islam yang bersalaman tidak mengira lelaki ataupun wanita yang bukan mahram kerana ianya amat dimurkai oleh Allah s.w.t.

3)    Seorang tetamu tidak sepatutnya bebas melakukan apa sahaja di rumah orang lain kerana perbuatan itu akan mengganggu dan tidak disenangi oleh tuan rumah. Hal ini disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui hadithnya yang bermaksud

“Sesiapa yang memasuki majlis sesuatu kaum,hendaklah dia duduk di tempat yang telah disediakan kerana kaum itu(tuan rumah) lebih mengetahui aib rumah mereka”

4)    Manakala bagi pihak tuan rumah, Agama Islam turut menggariskan beberapa adab yang perlu dipelihara dan dihayati oleh tuan rumah yakni dengan menghormati dan memuliakan tetamunya. Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. melalui hadithnya yang bermaksud

“ Barangsiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan Hari Akhirat ,maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.”

Dalam masa yang sama,tuan rumah juga disarankan agar menghidangkan jamuan yang terbaik mengikut kadar kemampuan. Memuliakan dan melayan tetamu dengan baik adalah amalan para Nabi dan Rasul terdahulu. Allah s.w.t. telah merakamkan kisah Nabi Ibrahim a.s. dan sikapnya yang sangat memuliakan tetamu melalui FirmanNya yang bermaksud

 “ Sesungguhnya telah datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Ibrahim,dengan membawa berita yang mengembirakan. Lalu mereka memberi salam dengan berkata : “Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim)” Nabi Ibrahim menjawab : “Salam sejahtera kepada kamu” Maka tidak berapa lama selepas itu, dia menghidangkan jamuan untuk,seekor anak lembu yang dipanggang.”

Demikian, serba sedikit perkongsian tentang hikmah amalan ziarah-menziarahi di bulan suci ini, maklum ramai dikalangan kita yang masih ziarah-menziarahi, semoga ia boleh di ambil sebagai panduan dan diamalkan.Insyallah, dengannya nanti segala amalan yang kita lakukan akan terarah dan mengikut garis syariat yang di anjurkan oleh agama suci kita, Islam.

Jom ziarah..!

Jom Membaca..Jom Menulis.

Saturday, August 25, 2012

Catatan Syawal (3)




Keunikan Syawal

Alhamdulillah, syukur di panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya dapat bertemu dalam perkongsian penulisan dalam siri Catatan Syawal 1433H pula, Begitu pantas masa berlalu, diam tak diam sudah seminggu kita berada di bulan Syawal yang suci ini. Ketika catatan ini ditulis. Kita sudah berada di tanggal 7 Syawal 1433H bersamaan 25hb 08 2012 Ahad, sudah seminggu kita meraikan hari kemenangan hari yang mulia hari raya aidilfitri. Sudah pastinya dalam waktu seminggu ada banyak kenangan atau peristiwa yang berlaku terhadap kita. Ada berita atau cerita yang mahu di kongsi atau apa sahaja luahan rasa hati dalam kita meraikan hari raya yang mulia ini.

Semua tahu dan faham, bahawa hari raya merupakan hari istimewa, hari di mana hadiah buat orang-orang yang beriman untuk merai kemenagan setelah sebulan berpuasa dengan bersungguh-sungguh dengan di sertai dengan pelbagai ibadah yang lain. Maka pada hari raya inilah orang-orang beriman yang berjaya dalam menempuh sebulan berpuasa dengan jayanya, mereka menikmati kesucian syawal dengan rasa syukur kepada Allah SWT. Betulah kata-kata hari raya hanya untuk orang-orang yang beriman. Semoga kita tergolong dari mereka yang di maksudkan itu.

Sedikit perkongsian tentang pengertian hari raya puasa dalam Islam,Eid Fitr. Eid yang bermaksud “mengembalikan”. Fitr itu “fitrah”. Jadi “Eidil Fitri” itu ialah mengembalikan fitrah manusia kepada keadaan asal semulajadinya yang suci dan murni. Dalam erti kata yang lain. Eidil fitri bermaksud hari menyambut kejayaan mengembalikan fitrah kepada keadaan asalnya yang suci dan bersih.” (Dalam buku Siraman Minda dalam tajuk ‘Apa Itu Hari Raya’).

Unik Dan Meriah

Pelbagai peristiwa selama seminggu berlaku ada ceria, gembira, sedih , pilu dan pelbagai rasa yang di rasai oleh kita. Juga oleh diri saya. Bila di imbas kembali, rasanya terlalu cepatnya masa berlalu, kini dah seminggu. Ya..hari raya di sambut oleh semua umat Islam di mana jua mereka berada.Di Malaysia hari raya di sambut dengan cukup meriah dan harmoni sekali., suasana ini tidaka akan wujud sekiranya tiada persefahaman antara sesama kita mahu pun sesama kaum yang lain.

Harmoni dan indahnya hari raya di Negara kita di sambut oleh pelbagai lapisan kaum yang turut merasi nikmat dan keindahan hari raya, Cina, India, Kadazan, Murut, Dayak dan sebagainya, mereka turut berkunjung menghormati umat Islam biar pun di mana mereka berada. Mereka akan mengunjungi rumah-rumah terbuka aidilfitri yang di buat oleh shabat mereka. Begitulah harmoni dan indahnya perpaduan yang masih utuh wujud di Negara yang kita cintai ini.

Kepelbagaian inilah yang memperlihatkan betapa uniknya sambutan hari raya di Negara kita. Namun begitu pun, hari raya bukanlah sekadar budaya semata-mata, biar lah apa yang kita sambut ini adalah kerana tuntutan ibadah semata-mata kerana Allah SWT. Seperti yang saya tuliskan di awal tulisan tadi. Hari raya hari kemenangan bagi setiap mukmin yang beriman yang berjaya melaksanakan ibadah puasa dan ibadah yang lain semata-mata kerana Allah SWT. Hari kemenangan bagi mereka yang sudah menerima ijazah At-Taqwa dari ‘Madrasah Ramadan’.

Istiqamah

Syawal yang suci, syawal yang indah penuh meriah, kunjung mengunjung, ziarah menziarahi sudah menjadi satu kemestian buat kita. Dengan berpakaian cantik dan indah,berwangian, senyuman yang manis yang terukir dibibir dan saling bermaaf-maafan sudah sebati dalam jiwa. Itu tandanya hati dan perasaan bagi yang meraikan hari raya ini sungguh tenang dan bahagia kesan dari didikan ramadan yang lalu. Perasaan yang tulus dan indah ini di zahirkan pada menjelangnya 1 Syawal. Mereka bukan sahaja kembali pada fitrah tetapi lebih daripada itu menjadi manusia yang sangat bersyukur dalam menyambut hari raya hari kemenangan untuknya.

Dalam menyambut hari raya, tidak di lupakan ibadah-ibadah yang di lakukan semasa ramadan yang lalu, solat lima waktu tetap di kerjakan bila sampai waktunya, sama ada bersendirian atau pun berjemaah, amalan sunat bersedekah, hatinya sentiasa berzikir mengingati Allah dan tautan hatinya pada Khaliqnya sangat kuat. Amalan dan ibadah yang di lakukan di bulan ramadan terus istiqamah di laksanakan biar pun ramadan sudah berlalu. Itu lah yang sebaik-baiknya, Munculnya Syawal bukan bermakna berhenti dari melaksanakan kebiasaan yang telah di lakukan dalam bulan ramadan. Tambah dan giatkan lagi amal ibadah yang peru di lakukan.

‘Biar sedikit tetapi istiqamah’, Istiqamah yang dimaksudkan oleh Imam Nawawi iaitu “ Istiqamah adalah sentiasa berada dalam ketaatan kepada Allah. Istiqamah merupakan satu kata ringkas,namun sarat dengan makna, dan dialah asal bagi semua urusan.”

Begitulah uniknya Syawal bagi orang-orang yang beriman, dalam waktu dan keadaan menyambut hari raya tetap istiqamah dalam amal ibadahnya.

Puasa Enam Syawal

Alhamdulillah, tahniah buat mereka yang sudah tamat berpuasa enam Syawal, seawal hari raya kedua mereka sudah berpuasa berturut-turut. Bagi mereka yang masih mahu bermula juga tahniah. Puasa enam Syawal ini sangat di galakan, seperti yang termaktub dalam hadis tersebut;

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan, lalu mengiringinya dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, maka seolah-oleh dia telah berpuasa selam setahun.”

(Riwayat Muslim)

Semoga kita dapat merebut kelebihan puasa enam hari  Syawal dengan istiqamah. Amalan yang hebat ini sesungguhnya adalah peluang untuk kita sama-sama merebutnya, ia merupakan kesinambungan amalan kita pada bulan ramadan yang lalu. Puasa enam hari Syawal ini juga memberi maksud kepada kita bahawa segala amal ibadah yang kita laksanakan pada bulan Ramadan hendaklah di teruskan bukan bila mana bulan syawal menjelma segala amalan kita terhenti di situ semata-mata.

Di situlah hikmah yang terkandung dalam puasa enam hari dalam bulan Syawal yang suci dan indah itu.

Untuk mengakhiri penulisan ini,saya menyeru diri sendiri dan para sahabat blogger semua agar kita sama-sama menjaga kesucian Syawal ini hingga ke penghujungnya. Semoga Syawal yang suci ini menguatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Juga, semoga Syawal kali ini lebih baik dari Syawal-syawal yang sebelumnya atau mungkinkah Syawal kali ini syawal yang terakhir buat kita.?. Oleh itu, harapan yang tinggi agar Allah SWT menjadikan Syawal kali ini Syawal yang terbaik dan terhitung sebagai ibadah dan amal soleh buat kita.

Jom Membaca..Jom Menulis.

Monday, August 20, 2012

Catatan Syawal (2)




Balik Kampung..Mesti.

Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang-Nya masih dapat bertemu dalam lagi dalam penulisan pada hari ini. Syawal yang suci dan indah hari kemenangan buat hamba-hamba Allah yang beriman, hadiah buat mereka yang berjaya mengerjakan ibadah puasa sepanjang Ramadan dengan sempurna dan ikhlas semata-mata hanya untuk Allah SWT. Semoga kita antara yang terpilih antara berjuta umat. Sesungguhnya kedatangan syawal yang suci ini merupakan hari yang penuh bermakna dan di sambut dengan penuh meriah oleh umat Islam di seluruh pelusuk dunia.

Umat Islam di Malaysia khususnya menyambut syawal dengan penuh meriah dan harmoni, bukan umat Islam sahaja yang meraikannya, malah mereka yang bukan beragama Islam turut meraikan sahabat-sahabat yang beragama Islam. Begitulah indahnya syawal di Negara majmuk seperti Malaysia ini.Mereka saling memahami antara satu sama lain. Keharmonian ini seharusnya di kekalkan hingga bila-bila masa. Itu lah impian rakyat Malaysia seluruhnya yang pastinya.

Balik kampong, bagi mereka yang berada di bandar sudah menjadi kemestian, bukan sahaja di bandar tetapi balik dari satu kampong ke satu kampong yang lain sudah satu kemestian buat mereka. Musim perayaan seperti hari raya inilah mereka akan merancang untuk balik kampong. Setelah sebulan berpuasa, mereka mahu menyambut hari yang harmoni bersama ayah ibu di kampong. Tempat kelahiran yang tidak pernah di lupa. Tradisi balik kampong pada hari raya ini sudah menjadi kebiasaan,ia akan bertukar-tukar kampong. Jika tahun lepas rumah isteri sudah, kini rumah suami pula menjadi giliran. Begitulah sebaliknya.

Perancangan untuk balik kampong sudah di atur dan di rancang lebih awal lagi. Perjalanan balik kampong juga sudah di rancang dengan sebaiknya. Waktu malam atau waktu siang telah di pilih untuk melancarkan perjalanan balik kampong nanti. Maklum sahaja, perjalanan yang jauh memerlukan kelancaran perjalanan. Waktu malam mungkin kurang kenderaan, fikir mereka. Namun begitu, kenderaan haruslah berkeadaan baik,tayar, minyak enjin, lesen memandu, roadtax dan yang berkaitan sudah tentunya beres di selesaikan. Ini bagi menjamin keselesaan dan keselamatan ketika memandu.

Sebagai pemandu juga memerlukan tidur yang secukupnya, perjalanan jauh memerlukan pemandu yang cekap dan selamat. Sentiasa ingat kepentingan orang yang lain. Mematuhi peraturan jalan raya. Tidak mementingkan diri sendiri. Jalan raya merupakan hak milik bersama, bukan untuk berlumba-lumba, kejar mengejar. Sentiasa bersabar ketika dalam situasi kesesakan jalan raya,maklum kenderaan terlalu banyak semua dengan satu matlamat mahu balik kampung. Juga sentiasa tanamkan dalam fikiran ingat orang yang di sayangi. Ketika penulisan ini, sudah ramai yang berada di kampong dengan selamat. Sedang mengecapai keindahan syawal yang suci dengan penuh meriah dan harmoni.

Namun, ketika balik ke kota atau Bandar, jangan pula lupa dengan semangat balik kampong tadi. Memandu dengan sopan, tidak berlumba-lumba dan bertimbang rasa. Amalkan sikap seperti mana kita balik kampong beberapa hari yang lalu. Biar kita pergi dengan selamat.balik pun selamat. Kita tidak mahu syawal yang suci ini, di cemari dengan berita-berita yang menyayat hati atau yang menyedihkan akibat kemalangan jalan raya. Ayah dan ibu yang menanti kepulangan kita mengharapakan agar kita selamat sampai kedistinasinya.

Seterusnya syawal yang suci dapat di raikan bersama dengan penuh ceria dan gembira bersama keluarga tercinta. Tradisi balik kampong seharusnya di teruskan, selagi ada Bandar dan kampong tradisi ini pasti tidak akan luput. Ia akan menjadi agenda setiap perantau atau sesiapa sahaja. Apa yang penting mereka tidak akan lupa asal-usul mereka dari kampong. Bermula dengan kampong maka lahirlah desa, pekan, kota mahu pun bandaraya.

Begitulah syawal yang menjelma, telah melahirkan sikap tidak melupakan asal-usul dan yang penting tidak melupakan orang tua yang nun di kampong itu. Syawal menemukan mereka dengan ukhwah yang teguh dan padu. Ini lah hasil kemenagan sebulan berpuasa di bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan. Semoga kita meraikan syawal yang suci ini dengan penuh iman dan taqwa serta keinsafan yang tinggi. Justeru itu usah di cemari syawal yang suci dan indah  dengan perkara yang dilarang.

Selamat balik kampong dengan selamat dan kembali juga dengan selamat.

Jom Membaca..Jom Menulis.

Sunday, August 19, 2012

Catatan Syawal (1)



SALAM AIDILFITRI 1433H
Semoga bergembira dan ceria di Syawal yang mulia kali ini. Janganlah syawal di cemari dengan sesuatu yang merosakkan keindahannya. Semoga Allah merahmati dan meredai kita di Syawal yang harmoni ini. Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf zahir dan batin sepanjang siri penulisan catatan ramadan 1433H yang mungkin ada penulisan yang menyinggung para sahabat semua.

Semoga amalan di sepanjang Ramadan yang lalu akan beroleh pahala yang berlipat kali ganda dan di terima oleh Allah SWT. Moga segala amalan yang kita lakukan itu dapat bersambung ke bulan Syawal dan bulan-bulan yang seterusnya. Aidifitri yang menjelang kini merupakan hadiah sempena kemenangan kita, kerana dapat melepasi segala ujian dan rintangan di sepanjang Ramadan lalu. Dan apa yang penting dari itu,matlamat dari akhir Ramadan iaitu anugerah TAQWA yang Allah SWT janjikan kepada orang-orang yang beriman. Semoga kita juga tergolong dari manusia yang bergelar dengan anugerah "..Orang-orang yang bertaqwa.." Amin..!.

Sekali lagi saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN.

Bertemu lagi dalam penulisan 'CATATAN SYAWAL 1433H', Semoga bermanfaat..!

Jom Membaca...Jom Menulis.

DEMI MASA