Followers

Tuesday, November 29, 2011

Bawa Buku Ke Mana-Mana

Jom baca di mana-mana,jangan malas-malas..!


Membaca tak perlu di persoalkan lagi akan kepentingan dan kebaikannya.Kini adalah waktunya untuk merealisasikan tuntutan itu.Di mana jua berada,waktu yang ada pergunakanlah untuk membaca.Ketika menunggu bas,ketika menunggu kawan,ketika waktu sebelum tidur dan ketika mana pun waktu yang terluang untuk kita dapat manfaati dengan membaca.

Membaca dan membaca,guru sebagai seorang yang mendidik anak-anak muridnya juga perlu banyak membaca,kena ada persedian untuk mengajar,jadi keperluan membaca sangat penting.Lebih-lebih lagi apa yang akan di ajarkannya nanti memerlukan contoh-contoh atau cerita-cerita yang berkaitan apa yang akan di ajarkan kepada anak-anak muridnya.

Jadi seorang guru tidak akan buntu dan kelu jika persoalan di kemukakan oleh anak muridnya.Dengan adanya persedian membaca buku-buku yang membantu persoalan yang di utarakan kepadanya.Di mana jua berada guru-guru juga perlu membaca,tiada alasan bagi seseorang guru dari malas membaca buku.Saya yakin seorang guru merupakan seorang yang rajin membaca buku.Tahniah cikgu?.

Tidak kiralah ia seorang guru,pelajar,pemandu teksi,pekerja kilang,seorang Yb,seorang menteri (lebih-lebih lagi menteri pendidikan(kena banyak membaca) apa pun kerjaya nya dan siapa pun mereka membaca sangat di perlukan.Usah di tanya hebatnya orang Jepun dalam bab membaca ini.Mereka sudah lebih maju dan baik dalam bab-bab membaca,lihatlah kemajuan pesat pembangunan dan ekonominya.Itu belum teknologinya yang hebat.Hasil membaca rakyatnya bermaklumat.Itu yang kita mahukan dengan rakyat Malaysia.

Setakat ini,Insyallah ke mana sahaja saya akan pergi,akan ada sebuah buku di dalam poket seluar saya,bagi memudahkan saya mencapainya dan jika ada masa terluang saya akan membacanya.Atau tidak pun akan ada beg yang ada dalam kereta tersedia buku-buku atau majalah di dalamnya.Ini bagi merealisasikan ke dalam diri bahawa membaca ini perlu di mulakan dalam diri kita sendiri,kemahuan diri yang kuat dan semangat yang kuat.Membacalah di mana-mana,anda tidak akan rugi.

Akhirnya,dengan membaca ini akan melahirkan satu masyarakat yang penuh maklumat dan berfikiran kritis,inovatif dan tidak pasif.Maka akan lahir tamadun yang hebat terhadap sesebuah Negara,Itulah harapan kita di Malaysia ini.

Jom membaca..!

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA