Followers

Sunday, August 29, 2010

Perpustakaan Mini di Rumah

Sebahagian buku yang ada di ruang membaca

Assalamualaikum semua,moga terus sukses dalam melayari kehidupan ini,bagaimana bulan puasa ni,banyak membaca?..di harap begitulah ye..macam mana dengan rumah anda,ada sediakan sudut bacaan atau perpustakaan mini di rumah?.Kalau ada baguslah,kalau belum atau baru mahu merancang nak buat ikutilah tip di bawah ini.Tip ini aku dapati dari sebuah laman blog,aku ada linkkan alamat tersebut di bawah,moga ada manfaat untuk Anda semua.

Anda minat membaca? Kalau jawapannya ya.. anda juga boleh menggalakkan minat semua ahli keluarga membaca. Bermula dari rumah dan seterusnya di mana sahaja. Beberapa tips yang diperolehi dalam sebuah buku : Panduan menjadi Ibu Bapa Cemerlang.

Perpustakaan Mini di Rumah

1. Untuk galakkan semua ahli keluarga membaca
2. Membudayakan ilmu pengetahuan
3. Pemilihan ruang (bilik khas/ruang khas)
4. Bahan bacaan - majalah, buku cerita, biografi dll.
5. Peralatan sokongan - meja tulis, peralatan menulis, rak buku yang bersesuaian (buku mudah dicapai)
6. Suasana yang kondusif
7. Mendidik anak sejak usia 2 tahun untuk membaca.
8. Buku-buku berkaitan abjad, nombor, buku bergambar.
9. Kongsi masa bersama-sama membaca di bilik bacaan/ruang perpustakaan di rumah / di mana sahaja.
10. Sekurang-kurangnya 30 mint sehari.
11. Bagi yang Islam - membaca al-Quran setiap kali selepas solat.
12. Buku-buku rujukan agama, tafsir hadis dan sebaginya juga boleh ditempatkan di ruang bacaan.
13. Poster bergambar untuk membantu minat anak-anak belajar dan membaca.
14. Peruntukan kewangan setiap bulan (jika perlu) untuk menambah koleksi buku

Budaya membaca sejak kecil akan menggalakkan anak-anak terus membaca sehingga bila-bila tanpa jemu.

Saya juga pernah mendengar kata-kata ini..

"Jika mahu menulis sebuah buku, kita perlu membaca seribu buku."

"Lagi banyak yang kita baca, semakin banyak yang kita tidak tahu."

Semoga sikap dan tabiat membaca semakin subur dalam setiap rakyat Malaysia.

2 comments:

  1. cinta ilmu boleh dipupuk dengan membaca. tabiat baik ini mesti ada pd setiap ibu bapa, supaya anak2 akan mencontohi. anak2 tidak pernah gagal meniru tabiat ibu bapanya...wallahu a'lam

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam.. sudi le kiranya terima kad raya dr sy.. makasih

    ReplyDelete

DEMI MASA