Followers

Monday, August 23, 2010

Muhasabah Diri:Salah Pada Allah Dan Manusia

Kita adalah hamba yang selalu membuat kesilapan

Bagaimana dengan Anda semua,hari ini? Moga terus tabah dalam mengharungi hari-hari yang mendatang,semoga hari ini memberi kebahagian dan ketenangan kepada Anda semua,lebih-lebih lagi kita berada dalam bulan yang penuh dengan keberkatan.Sudah seharusnya kita mengambil peluang terbaik ini,untuk kita sama-sama memperbaiki diri.Almaklum sebagai manusia kita tidak terlepas dari kelemahan diri,salah silap yang mungkin kita tidak sedari sama ada dengan Allah Swt atau pun dengan manusia.

Kesalahan Kita Pada Allah Swt

Marilah kita muhasabah diri kita,mencari-cari kesilapan diri dan bermohon taubat pada Allah Swt,sesungguhnya Allah suka pada hambanya yang bertaubat,jangan tanguh-tanguh masa taubat kita,selagi ada masa dan kesempatan ini,kita gunakan untuk bermunajat dan bertaubat pada Allah Swt.Dosa-dosa kita yang kita lakukan saban hari tanpa disedari akan menjadi hijab untuk kita menerima hidayah dari Allah Swt.

Peluang selama sebulan Ramadan ini,kita gunakan untuk amal ibadah,siangnya kita berkerja bersungguh-sungguh demi untuk menyara kehidupan kita sekeluarga malamnya pula kita penuhi surau atau masjid tempat kita dengan solat jemaah,solat terawih,qiamualial,membaca Al-Quran,berzikir dan bertaubat padaNya.Dengan itu kebahagian dan ketenangan akan menyebelahi kita.Alangkah indahnya jika kita lakukan ini dengan istiqamah.

Perbanyakkan doa pada Allah,sebagaimana kita tahu Doa itu senjata orang mukmin,jangan kita lepaskan peluang di bulan yang mulia ini dengan berdoa banyak-banyak padaNya,Ingatlah Allah maha mendengar hamba-hambanya yang meminta padaNya,kita sebagai manusia yang sering lalai sudah pastinya ada banyak yang kita mahu pohon padaNya,jangan menjadai manusia yang sombong,selepas solat kita tidak mahu mohon apa-apa permohonan dariNya.Sedangkan kita memerlukannya setiap waktu dan detik,kerana Allahlah tempat pergantungan kita semua.Ingatlah bila kita dekat dengan Allah,Allah pasti akan dekat dengan kita dan akan mendengar segala permintaan kita.

“Apabila hamba-hambaku bertanyakan tentang Aku, maka katakanlah bahawasanya Aku amat dekat.”

(Al-Baqarah:186)

Kesalahan Kita Pada Manusia

Kepada sesama manusia juga kita sering melakukan kesalahan,masing-masing punyai ego tersendiri.Kesalahan yang kecil di perbesarkan sehingga berlaku permusuhan hingga tidak bertegur sapa,kita semua maklum,seandainya kita memutuskan tali silaturahim itu,memungkinkan kita tidak akan mencium bau syurga,mencium tak tahu lagi,masuk lagilah,mahu ke kita tergolong dari manusia yang memutuskan silaturahim?.

Buangkan rasa ego masing-masing bermaaf-maafanlah jika ada,masing-masing ada kelemahan.Antara anak dan Ibu bapa,jika ada,mohonlah ampun maaf padanya,lebih-lebih lagi dalam bulan yang mulia ini,jangan kita menderhakainya,ingat hidup kita pasti takkan bahagia dan tenang sekiranya kita ada kesalahan dan menyakiti hatinya,mohon maaflah padanya,sesungguhnya hati ibu Ayah pasti lembut mahu menerima kesilapan anaknya.

Ingatlah..! Murka keduanya kemurkaan Allah,Reda keduannya keRedaan Allah swt.Justeru itu wahai anak bertemulah Ibu ayahmu jika dirimu ada dosa padanya.

Juga pada Suami Isteri,maklum saja kehidupan rumahtangga juga tidak sunyi dari perselisihan faham,salah sangka,sakit hati dan sebagainya,bak kata alangkah lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.Perselisihan faham berpunca dari perkara kecil dalam rumahtangga juga boleh meruncing jika tidak ditangani dengan baik,si suami sebagai ketua keluarga sepatutnya memainkan peranan sebagai pendamai bukanya mengusutkan lagi kekusutan yang sedia ada,masing-masing boleh bertolak ansur,maaf bermaafan,akhirnya kesilapan masing-masing dapat dirungkai kerana masing-masing sudah mengakui kesilapan mereka.Bukankah elok begitu?.

Apa saja kesilapan antara manusia kita boleh selesaikan dengan baik,buangkan rasa ego pasti keharmonian yang kita idamkan pasti terjadi.Jadi bermaafan lah sesama kita,kerana antara kita sesama kita saling perlu memerlukan.

“Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara,maka perdamaikanlah kedua antara mereka yang bertelagah, dan bertakwalah kamu kepada Allah Swt,moga-moga kamu beoleh Rahmat”.

(Al-Hujurat:11)

Oleh itu sayangilah diri kita,keluarga kita,masyarakat kita agar nanti terbina satu
kehidupan yang harmoni.Sesungguhnya apa yang kita lakukan akan di nilai oleh Allah Swt.Semoga kita menjadi manusia yang benar-benar beriman dan bertaqwa.

Sekian..Jumpa lagi..!

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA