Followers

Friday, May 8, 2015

Belian Buku Bulan Mei 2015




Dua buah buku yang dapat dibeli di Kedai Buku Sinar Bistari, Tesco Setia Alam.

Tuesday, May 5, 2015

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015, Aku Datang!




Catatan ini ditulis selepas beberapa hari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 berakhir, hari ini baru berkesempatan mahu merakamkan perjalanan ke pesta buku tersebut. Syukur Alhamdulillah dengan izin Allan SWT pada tahun ini dapat juga ke sana. Tahun lepas langsung melepas, untuk tahun ini memang nekad mesti pergi jika tidak pergi akan rugi diri sendiri, bila lagi mahu berpesta buku.

Pesta buku bukan macam pesta tari menari, pesta lagu-lagu, ia merupakan pesta untuk mereka yang cintakan buku, sayang buku, gila buku dan macam-macam spesisinya. Juga merupakan pesta untuk para penerbit buku memasarkan buku-bukunya, pesta untuk para penulis melancarkan buku-bukunya, pesta untuk para karyawan kecil besar turut sama-sama merayakan dan meraikan hari yang sungguh berbahagia itu.

Pembaca, penulis, penerbit, penjual saling perlu memerlukan dalam pesta ini. Penulis menulis buku, selesai menulis, buku akan diterbitkan, penerbit memerlukan penjual untuk memasarkan buku-buku yang diterbitkannya, penjual pula perlukan pembeli yang terdiri para pembaca untuk menjualkan buku-buku yang mahu dijualkannya. Ya…antara kita saling perlu memerlukan. Masing-masing bersangkut paut. Begitulah kehidupan…

Catatan 1 Mei 2015, Jumaat

Saya semakin melalut pula…,perjalanan ke Kuala Lumpur menggunakan pengangkutan awam komuter, melalui stesen seksyen 19, Shah Alam. Saya meminta anak buah untuk menghantarkannya ke sana. Sekitar jam 3 petang, saya dan Rasidi sampai di stesen tersebut. Seusai membeli tiket kami terus ke tempat menunggu. Tidak lama kemudian munculah sebuah komuter untuk membawa kami menuju distinasi. Kami akan turun di stesen Putra, ia berhampiran dengan PWTC, tempat berlangsungnya pesta buku tersebut.

Di dalam komuter, biasalah ada yang berdiri, duduk, bermain telefon bimbit dan macam-macam karenah manusiannya. Pada mulanya saya dan anak buah duduk di bahagian koc wanita, tidak perasan pula itu koc wanita, bila konduktor tiket datang, dia suruh kami tukar tempat, dalam hati patutlah perempuan di sebelah tepi tadi terkejut bila lihat kami duduk di situ. Kami cepat-cepat ke bahagian hadapan koc lelaki. Malu juga rasanya, tapi buat-buat tak tahu…perjalanan agak tenang, biasalah dalam komuter. Perjalanan tidak lancar, ada sahaja pemanduannya terhenti, menurut info, atas arahan bahagian yang menjaga laluan komuter.

Saya sempat menegur seorang pemuda semasa di dalam komuter, saya bertanyakan tentang perhentian komuter yang sedang kami naiki ini, berhenti berdekatan dengan PWTC atau tidak, untuk kepastian saya. Menurutnya ia akan berhenti di situ dan memang berdekatan pun, dia sendiri mahu pesta buku tersebut. Kami menjadi mesra, berborak sepanjang di dalam komuter tersebt. Dari satu stesen ke satu stesen kami berhenti. Akhirnya sampai juga di distinasi yang dituju. Sampai juga di stesen Putra,ramai yang turun di situ, ramai juga yang mahu ke pesta buku.

Sepanjang perjalanan berdiri, agak lenguh kaki ini, apa boleh buat, jalan teruslah, sudah sampai pun, kami pun berjalan menuju ke PWTC, ramai yang menuju ke situ, kami ikut sahaja mereka, satu distinasi yang sama, mahu berpesta, berpesta buku. Tak sabar rasanya di hati, tentu ramai orang berpusu-pusu mencari buku…saya cuba membayang-bayangkan suasana itu. Kami berhenti sekejap, menghilangkan dahaga dengan membeli air kelapa muda…ahh…baru segar, hilang dahaga. Selesai sahaja minum, terus menuju ke pintu masuk. Ramai sungguh hari ini, bersesak-sesak dengan orang ramai. Tinggal tiga hari sahaja pesta buku ini akan berakhir. Masing-masing tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan buku-buku yang ingin dicari dan dimiliki.

Saya dan Rasidi, terus berpusing-pusing, melihat-lihat, meninjau-ninjau…ramai sangat orang. Mahu tidak mahu kena juga harungi, sudah sampai pun, tinggal cari buku yang mahu dibeli. Saya masuk ke booth DUBOOK, wah, di sini menjadi tumpuan, ramai golongan muda di sini, mungkin buku-buku di situ sesuai dengan jiwa mereka. Buku terbaru terbitan DUBOOK semakin diminati dan disukai. Tajuk-tajuk bukunya pun mengancam, pelbagai tajuk ada, saya melihat begitu ramai yang membeli buku Amran Fan. Di sini saya hanya meninjau-ninjau sahaja.

Selesai di DUBOOK, saya terus ke PTS, di sini pun tidak kurang ramainya peminat buku-buku terbitan PTS, saya juga antara yang meminati buku-buku keluaran PTS. Melihat-lihat, macam-macam tajuk buku terbaru, sekadar membeli dua buah buku sahaja di sini. Sebab banyak lagi yang mahu disinggahi nanti. Dua buah buku sebagai ole-ole dari pesta buku, iaitu Ahmad Ammar-Pemuda Yang Dipersiapkan Untuk Ummah dan Diari Seorang Mujahidah Kembara Syria. Saya tak mahu lama-lama di sini, nanti lain jadinya. Cukuplah dulu dua buah buku.




Saya mencari-cari booth Galeri Ilmu pula. Dari jauh kelihatan peminat-peminat penulis buku Prof. Muhd Kamil sedang bergambar, mengambil gambar dan ada juga yang meminta sign pada setiap buku yang dibelinya. Saya dan Rasidi terus meluru ke situ, tanpa buang masa saya terus mengambil beberapa buah buku terbaru. Meriah sungguh di Galeri Ilmu, Ustaz Abu Hasan Morad tidak henti-henti dengan promosinya, sentiasa mengalu-alukan kedatangan pengunjung di booth Galeri Ilmu, beliau orang kuat Galeri Ilmu, turut turun bersama-sama memeriahkan pesta buku tersebut.

Sedang saya memegang sebuah buku baru, berkaitan dengan anak kurang upaya, si penulis Hasan Suyut menegur dan menghulurkan salam. Saya membalas salamannya. Berbual sebentar dengannya, menurutnya dia punya pejabat di Bandar Baru Bukit Raja. Saya pun meminta tandatangan pada buku tersebut dan mengabadikan kenangan dengan menyuruh Rasidi ambil gambar kami berdua. Seronok pula berjumpa penulisnya sendiri, teringat pula Pak Agi yang beberapa bulan sudah ketika membeli buku, dia yang menyerahkan buku tersebut di pertemuan dengannya di Pekan Meru. Penulis mempromosi bukunya sendiri.




Di Galeri Ilmu, lima buah buku saya beli, antaranya ‘Perjalananku bersama Al-Quran, Kembara Atiq Wazif 2, Tanyalah Diri, Merenung Diri, dan Ahmad Ammar Engkau Milik-Nya. Seusai membayar kesemua buku, saya menuju ke tempat Prof Muhd Kamil dan Isterinya yang sedang melayan para peminatnya, saya meminta beliau menandatangani buku tulisan beliau begitu dengan buku isterinya. Syukur selesai di Galeri Ilmu, saya dan Rasidi terus meluru ke booth Cult, di sini ingin berjumpa kawan yang saya sering membeli buku secara online dengannya.

Di booth ini, terdiri daripada buku-buku terbitan lain,seperti Legasi OakHeart, Dubook, Thukul Cetak dan lain-lain. Sebelum memilih buku yang mahu dibeli, saya terus jumpa kawan tersebut,Hafiz Latif, kami bersalaman, jumpa juga akhirnya kita katanya. Beliau juga seorang penulis, isterinya juga seorang penulis. Dia banyak menulis cerpen, zine dan cerpennya banyak bersama antologi dengan sahabat penulis yang lain. Di sini saya membeli enam buah buku, antaranya Berlari Dari Jogja Untuk Menemukan Si DiA Di Christiana, Saiful Nang Kisah Orang Menang, Aggong Tanpa Tengkolok, Cerpen-Cerpen Underground, Gugurnya Azazil, dan Travelog MR.Traveller.

Untuk buku Berlari Dari Jogja…, penulisnya ada di situ, saya meminta tandatangan dari beliau, beberapa buah buku yang lain ada di Bilik Buku saya, seperti buku Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang dan Masharakat Melawan Mahasiswa. Penulis Buku Travelog Mr.Traveller juga ada di situ, saya terus meluru ke meja beliau, meminta tandatangan dan bergambar dengan beliau. Sekurang-kurangnya ada juga memori dengan penulis buku tersebut.




Selesai membayar buku-buku tersebut, saya dan Rasidi terus meluru di tempat Hafiz Latif sedang berdiri, memberitahu padanya saya sudah mahu beredar,berborak beberapa minit, mengambil gambar berdua dengannya, Insyallah ada masa boleh jumpa lagi. Saya dan Rasidi terus turun melalui tangga untuk ke distinasi terakhir, senja pun sudah mula menunjukkan wajahnya. Sebelum sampai ke booth ITBM saya cuba menghubungi sahabat jauh, yang merupakan seorang penulis berasal dari Keningau, Sabah.

Menurutnya, beliau berada di Booth ITBM, saya dan Rasidi terus meluru ke ITBM, ramai sungguh di sini, di pentas kelihatan Laudin Nawi sedang mengacarakan program di atas pentas, juga kelihatan Pyanhabib, Sani Sudin, Hani Salwah Yaakup dan lain-lain. Saya tuju ke rak-rak buku yang terdapat di situ, bermacam-macam buku ada. Rambang mata dibuatnya. Sambil itu tercari-cari kawan jauh yang datang ke Kuala Lumpur untuk meraikan pesta buku dan mempromosi buku terbaharu beliau.

Kelihatan penulis Marjan, bekas posmen juga menulis buku dengan buku puisinya, saya menegur beliau abang posmen. Beliau menunjukkan buku-buku dirak-rak tersebut. Tidak lama di situ, saya meminta diri untuk berjumpa kawan yang tadi, mencari-cari akhirnya saya sudah nampak kelibat kawan yang dicari, saya cuba menegurnya, bersalam-salaman, jumpa juga, sebelum ini sekadar di Whattsupp kami bertegur sapa, kini kami di hadapan mata. Akhirnya bertemu dengan izin Allah SWT. Saya meminta izin untuk mencari buku dahulu,dia pun mahu cari buku juga, ramai kawan-kawannya yang kirim katanya.




Memang rambang mata bila di sini, buku-buku baru dan lama masih ada stok, beberapa buah buku yang sempat saya beli di sini antaranya, Pasca Sejarah, Ah Fook, Sarjana Bangsa, Negara Tercinta, Dondang Pembukaan, Sehelai Daun Kenangan, Dari Cinta Kepada Cinta, Ikan-Ikan Di Kaca, Barisan Hadapan, Teratak Berjasa, Memoir Kembara Menari Di Amerika, Mengapa Saya Masih Memetik Gitar, Kembara Sastera Nisa Haron dan Biografi A.Samad Said. Cukuplah rasanya…ikutkan hati memang nak semua. Beg pun sudah penuh, nasib baik, bawa dua buah beg, anak buah, menjadi pembantu setia. 

Selesai membayar, terus jumpa kawan tadi si penulis buku Kumpulan Cerpen Barisan Hadapan, Rafi Harumain, untuk meminta tandatangan dibuku yang saya beli. Sambil berbual-bual, ajak untuk makan atau minum, dia kata sudah makan tadi dalam pertemuan dengan rakan-rakannya di Galeri Ilmu. Saya memberitahu padanya, saya sudah mahu berangkat pulang, rasanya sudah cukup membeli belah buku, lama-lama nanti lain ceritanya, mahu semua dibeli. Setelah ditandatangani buku tersebut. Kami pun bersalam-salaman untuk terus balik. Apa pun terima kasih kerana sudi untuk berjumpa.




Kami terus meluru mencari jalan keluar, semasa mencari jalan keluar terlihat booth Utusan Publication, tertulis di situ RM 10 tiga buah buku, dan buku kanak-kanak sebuah RM 1, apa lagi, berhenti sekejap, pilih mana-mana tiga buah buku yang menarik hati, oh ada sebuah lagi untuk hadiah, beli tiga hadiah sebuah lagi buku. Untuk anak-anak, saya beikan buku-buku cerita yang ringkas bergambar. Selesai membayar terus cari jalan keluar. 






Alhamdulillah, jalan keluar sudah kelihatan kami masing-masing membawa beg yang berisi beg yang padat dengan buku-buku yang dibeli tadi. Lenguh kaki ini, dahaga pula terasa, berhenti sekejap, membeli air untuk menghilangkan dahaga. Kami terus menuju ke Stesen Putra, selepas membeli tiket, berhenti sekejap, ke surau di situ untuk menunaikan solat maghrib. Seusai dari itu kami terus ke tempat menunggu, kami akan berhenti di stesen Klang.

Sekitar jam 9.45 kami sampai di Stesen Klang…singgah di Restoran Bismillah untk mengisi perut yang sudah lapar, sementara menunggu anak buah mengambil kami berdua.


Jumpa lagi Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016!

Thursday, April 30, 2015

Buku Pengusung Peradaban



"Buku merupakan pengusung peradaban. Tanpa buku, sejarah menjadi sunyi, sastera menjadi bisu, ilmu pengetahuan lumpuh, serta fikiran dan spekulasi terhenti."
~~~~Barbara Tuchman~~~~
Petikan dari buku; BUKU KEKASIH, Shahrom TM Sulaiman

Wednesday, April 29, 2015

PBAKL 2015: Harap-Harap Tidak Melepas Lagi




Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 telah berlangsung sejak 24hb yang lepas, tinggal beberapa hari sahaja. Masih belum berkesempatan untuk ke sana. Harap-harap tidak melepas seperti tahun lepas. Pesta buku tahunan ini sudah pasti menjadi medan pencarian buku oleh para pencinta buku tanah air. Jauh dan dekat bukan halangannya, bila hati sudah suka dan cinta, semua halangan pasti boleh diharungi.

Sahabat saya seorang penulis, sudah sampai di Kuala Lumpur hari ini. Selain untuk mencari-cari buku, beliau akan turut serta memeriahkan jualan buku dan bertemu para pembaca, kerana buku hasil karya beliau telah siap dicetak dan boleh dimiliki oleh khalayak. Sejauh Negeri Sabah beliau datang demi untuk bersama memeriahkan program buku. Kita yang dekat-dekat ini, rugilah jika tidak mengambil kesempatan yang ada, terutamanya mereka yang obsess dengan buku.

Melihat buku-buku yang dibeli oleh rakan muka buku dari hasil pencarian di Pesta Buku tersebut menyebakan hati ini tidak karuan untuk segera ke sana. Menurut maklumat, sebanyak 900 booth jualan buku terdapat di sana. Pelbagai penerbit buku yang turut serta, tentu sekali diskaun untuk buku-buku jualan mereka untuk para pembeli mereka. Penerbit besar seperti Kumpulan Karangkraf, PTS, Galeri Ilmu, Telaga Biru dan yang selainnya, sudah pasti bersaing dengan hebatnya.

Harga diskaun itulah yang dinanti-nanti oleh para peminat buku, tentunya tanpa GST!


Ya…begitulah penangan buku, ramai-ramai serbu ke PWTC Kuala Lumpur…

Baca Buku Jom!

Tuesday, April 28, 2015

Belian Buku Bulan April 2015



Alhamdulillah, sebahagian buku-buku tersebut sudah ada yang habis dibaca, Manakala yang lain-lain menunggu giliran masing-masing . Dunia buku Masshah, semakin hari semakin ghairah membeli, mengumpul buku-buku bagi mengisi Bilik Buku. Semenjak dua menjak ini ghairah sungguh membeli buku secara online. Pantang melihat buku yang menarik pada pandangan saya, terus mahu membeli. Namun untuk tempoh beberapa hari dan minggu ini, saya terpaksa kawal keghairaan ini.

Sebenarnya untuk mencari buku di Pesta Buku Kuala Lumpur yang sedang berlangsung sekarang. InsyaAllah, dalam masa terdekat ini, mahu pergi ronda-ronda cari buku di Pesta Buku tersebut. Tidak sabar rasanya untuk ke sana. Harap-harap tidak seperti tahun lepas...MELEPAS..

Semoga Allah SWT memberikan waktu dan kesempatan untuk saya ke sana. Amin Ya Rabb...!!!

JOM BACA!

Friday, April 17, 2015

Tanamkan Cinta Buku


"Menanamkan cinta buku pada diri seorang anak, harus dimulai dari rumah di mana anak tersebut berada"

*Dalam buku SPIRITUAL READING*

Sunday, April 12, 2015

Jangan Sekadar Teruja




Kita kadang-kadang sering teruja melihat sesuatu betul tak?. Lihat kawan kita boleh buat sesuatu yang kita sukar mahu lakukan sering kita berasa teruja,kagum, dengan kepandaian atau kebolehan seseorang. Mulut kita pun sering melontarkan kata-kata kekaguman…WOW!, hebatnya, terujanya…dan yang seumpamanya.

Bila kita lihat kawan-kawan kita memaparkan koleksi buku-buku di rak masing-masing di laman sosial seperti muka buku, blog, instagram dan sebagainya, kita akan rasa teruja dan kagum, lantas menulis komen atas keterujaan itu. Salah ke teruja?. Tak salah, tiada sesiapa pun menghalang untuk kita teruja melihat sesuatu. Hak masing-masing boleh melihat dan menilai.

Cumanya, jika boleh bukan sekadar teruja sahaja, jika kita boleh mencontohi kan’ itu lebih baik, bukan sekadar teruja selepas itu tiada apa-apa tindakan selanjutnya, contohnya seperti di atas tadilah.Mungkin pada mulanya amat sukar atau payah mahu mencontohinya. Tidak sepenuhnya pun, mungkin setakat yang kita mampu buat, setelah dicuba berkali-kali, akhirnya gagal juga, maka pasrah, memang takdir kita tidak semudah itu untuk mengikut cara mereka.

Jika kita teruja melihat kawan-kawan boleh menyediakan ruang bacaan di rumah, di sudut mana-mana di dalam rumah, kita teruja melihatnya, sedang kita belum lagi mempunyai seumpamanya, lalu kita ada niat mahu mengikuti cara mereka, segeralah mulakan sedikit demi sedikit. Mungkin pada awalnya, sediakan satu rak di sudut bahagian rumah, susun dengan kemas dan cantik, letak bahan bacaan yang kita ada, mungkin majalah, akhbar dan buku, lihat selalu.

Saya yakin lama kelamaan naluri keseronokan akan muncul di dalam hati. Ghairah membaca akan bertambah, apatah lagi mahu membeli bahan bacaan kegemaran, tidak kisahlah apa sahaja bahan bacaan yang diminati. Buku agama, novel, cerpen, buku puisi dan sebagainya. Perasaan di hati sudah berkira-kira, jika nanti bahan bacaan bertambah, rak buku mesti kena tambah, atau ubah tempat sudut bacaan ke sudut yang lain.

Dulu-dulu sewaktu bujang begitulah saya. Sering berangan-angan, jika ada bilik buku sendiri alangkah seronok dan indahnya…memang pun waktu itu saya sudah mulakan sedkit demi sedikit mengumpul buku-buku yang sudah habis dibaca, alangkah indahnya buku-buku akan bertambah dari sebulan ke sebulan, tahun ke setahun, lama-lama ber-rak-rak buku adanya.

Mana mungkin hati tidak seronok melihat semakin hari impian dari angan-angan tercapai. Setakat ini, Alhamdulillah, saya sediakan bilik untuk menyimpan koleksi buku-buku yang saya kumpul dari zaman bujang hinggalah sudah berkawin. Jadi tidak salah, jika kita mulakan dari perasaan teruja hingga kita berjaya merealisaikan seperti orang lain lakukan.

Apa pun, lakukan apa sahaja yang dapat mengembirakan hati kita. Saya percaya setiap dari kita ada punya keinginan masing-masing. Semoga keterujaan kita dalam melihat sesuatu dapat menginspirasikan diri. Insyallah, jika orang lain boleh lakukan, mengapa tidak kita.


Jom Membaca!.

DEMI MASA