Khabar Duka Akhirnya
( Buat
keluarga yang terlibat, juga alfatihah yang pergi tak
kembali)
16 hari kami menunggumu
dengan penuh tanda tanya
denga penuh debar di dada
di mana kau singgah berada
di mana kau menghilang tak jumpa.
Kini, berita duka kami dengari
penuh rasa sedih dan syahdu,
menunggu harap keluarga yang mengasihi
kini MH370 ditemui tapi tak kembali
terhiris hati-hati penunggu setia berita gembira
namun, kecewa akhirnya menuntut keredhaan pada Ilahi.
MH370 terpahat dalam memori duka
setiap ahli keluarga juga masyarakat dunia
sesekali menerjah di minda, tragedi duka lara
MH370 tetap akan menggamit setia hati famili
kerna ada dicinta disayang pergi selamanya
itu semua takdir empunya kuasa di mayapada.
Hanya pada akhirnya...
jika itu benar akhir ceritanya MH370
doa dan alfatihah kami kirimkan buat yang seagama
takziah buat yang
berlainan bangsa dan agama
bersabarlah dalam ujian dunia sementara
yang pergi tetap pergi, kembali tidak sekali-kali
bersabarlah, berdoalah...MH370 tetap dalam memori.
Masshah 2014
25032014
Meru.
Ulasan Tuan
Puzi Hadi Terhada Karya-Karya Masshah Yang Tersiar Di Portal eSastera.com Bulan
Mac 2014.
KEHILANGAN MH370
MASSHAH dengan dua puisi iaitu MH370 Kembalilah dan Khabar Duka Akhirnya.
Pertama, begitu mengharap bersama doa agar MH370 selamat seadanya serta redha,
lewat puisinya MH370 Kembalilah:
MH370 kami menanti pasti
kau akan kembali ke sisi
doa dan harapan tetap di hati
namun...andainya kau terkubur bersemadi
akan kami redha walau pedih di hati
benar, kehilangan tak dirancang
kerna itu takdir Tuhan menentukan.
Kedua, penyair mengungkap rasa sedih dan redha dengan khabar duka pada
hari ke-16 melalui puisi Khabar Duka Akhirnya (tersiar pada jam
12:47 pagi):
16 hari kami menunggumu
dengan penuh tanda tanya
denga penuh debar di dada
di mana kau singgah berada
di mana kau menghilang tak jumpa.
Kini, berita duka kami dengari
penuh rasa sedih dan syahdu,
menunggu harap keluarga yang mengasihi
kini MH370 ditemui tapi tak kembali
terhiris hati-hati penunggu setia berita gembira
namun, kecewa akhirnya menuntut keredhaan pada Ilahi.
MH370 terpahat dalam memori duka
setiap ahli keluarga juga masyarakat dunia
sesekali menerjah di minda, tragedi duka lara
MH370 tetap akan menggamit setia hati famili
kerna ada dicinta disayang pergi selamanya
itu semua takdir empunya kuasa di mayapada.
Hanya pada akhirnya...
jika itu benar akhir ceritanya MH370
doa dan alfatihah kami kirimkan buat yang seagama
takziah buat yang berlainan bangsa dan agama
bersabarlah dalam ujian dunia sementara
yang pergi tetap pergi, kembali tidak sekali-kali
bersabarlah, berdoalah...MH370 tetap dalam memori.
DEDIKASI
MASSHAH dengan puisi Harapan kepada bapanya agar
kembali sihat dengan reda dan pasrah kepada Ilahi.
MORAL
MASSHAH dengan puisi Kau Ingat Aku Percaya menterjemah pandangan peribadi kepada
suasana politik (?) ke atas seseorang. Penyair menhaggap itu semua anyaman
fitnah untuk tidak dipegangi.
PUISI MENARIK – MAC 2014
|
·
ahkarim, “MARI KITA
BERKUMPUL”, Jumaat, 14 Mac 2014, 5:36 PM / Edit terakhir: 5:39 PM
·
Aiza Zizan, “MENUNGGU IZIN
TUHAN”, Rabu, 12 Mac 2014, 10:49 AM / Edit terakhir: 10:51 AM
·
ammarhazim, “SUNGAI SARAWAK”,
Isnin, 10 Mac 2014, 7:12 PM
·
anbakri, “MH 370 – Sepotong
Nota Penghabisan”, Ahad, 16 Mac 2014, 8:17 PM / Edit terakhir: 8:33 PM
·
HaizamOLEK, “Orang Biasa”,
Jumaat, 7 Mac 2014, 10:14 PM
·
ibnudinassingkiri, “Pelajaran Permainan
Pedang”, Selasa, 18 Mac 2014, 4:10 PM
·
IrwanAbuBakar, “AKU SAYANG KEPADA
KAMU, BUMI”, Isnin, 31 Mac 2014, 1:06 AM / Edit terakhir: 1:27 AM
·
mansor bin a hamid, “SAJAK BURUNG BURUNG
KECIL”, Isnin, 31 Mac 2014, 12:42 AM / Edit terakhir: 12:44 AM
·
masshah, “Khabar Duka Akhirnya”, Selasa,
25 Mac 2014, 12:47 AM
·
Mokhtarahman, “LAUTAN HINDI”,
Khamis, 27 Mac 2014, 12:24 PM
·
Mohd Azmi bin Harun, “Kotak putih MH370”,
Isnin, 31 Mac 2014, 10:39 AM
·
Nur Ain Hanis, “Noktah yang
Tertulis”, Rabu, Mac 2014, 2:51 AM / Edit terakhir: 3:06 AM
·
SIqram, “Jam Pasir”, Isnin, 3
Mac 2014, 10:01 PM
·
yajuk, “Mencerna Hakikat”,
Rabu, 5 Mac 2014, 6:35 PM
No comments:
Post a Comment