Perkongsian Dari Puan Marsila Binti Mohd Nor
Pengenalan Diri
Kursus dimulakan
dengan pengenalan diri oleh penyampai yang pertama Puan Marsila. Bertugas di
Sinar Harian sebagai editor, juga seorang wartawan. Beliau merupakan anak
sulong dari keluarga yang susah, di mana ayahnya hanya bekerja kampung.
Kehidupanya yang susah menjadikan seorang anak yang tidak berani meminta-minta
dari keluarganya.
Tentang Penulisan
Seawal umur sepuluh
tahun beliau sudah mula serius menulis, waktu itu beliau menulis cerpen. Karya
yang beliau tulis dihantar ke majalah kanak-kanak. Hasil duit dari penulisan
yang diterima waktu itu diguna untuk belanja sekolah. Waktu itu beliau lebih
banyak menulis melalui pengalaman hidupnya.
Pengalaman Belajar
Melalui Skim
Siwazah mengganggur beliau telah melanjutkan pengajian ke UiTM, mengambil
jurusan perhotelan dan catering.
Pengalaman Kerjaya
Beliau pernah
bertugas di penerbitan akhbar tabloid Pentas Dunia, Majalah Hawa ( bertugas
selama 7 hari) dan selama lapan tahun bertugas di Brunai Press. Kini,
beliau sudah selama lapan tahun bertugas di Karangkraf, dibahagian editor
akhbar Sinar Harian. Disamping itu beliau belajar dalam jurusan Sains politik.
Serba sedikit
tentang penyampai kursus berita dan artikel yang saya tulis dalam buku catatan
saya. Sekadar yang saya sempat dengar dan catat, andai ada yang kurang tepat
mohon dimaafkan.
Sekadar Pandangan
Peserta
Walaupun Puan
Marsila mengatakan beliau tidak punyai asas penulisan, sehingga beliau boleh
menjadi seorang wartawan tetapi melihat dari pengalaman yang diceritakannya
sangat mengujakan. Biar pun begitu beliau telah berjaya menjadi seorang penulis
(wartawan) yang berjaya sehingga beliau ditugaskan dibahgian editor di Sinar
Harian. Benarlah, melalui pelbagai pengalaman hidup. Seseorang itu boleh
mengembangkannya melalui sebuah penulisan.
Setiap kita punyai
pelbagai kehidupan yang boleh dikongsi oleh seluruh khalayak. Pengalaman setiap
orang berbeza yang mana boleh diambil ibrah buat motivasi dan panduan hidup.
Sesungguhnya pengalaman Puan Marsila telah menyuntik semangat para peserta agar
terus menulis, menulis dan menulis. Begitu untuk diri saya yang datang pada
hari ini.
Penerangan Tentang
Penulisan Artikel Dan Berita
Sebelum memberi
kami tugasan yang perlu kami lakukan, Puan Marsila telah memberi penerangan
tentang bentuk-bentuk penulisan berita dan artikel. Beliau telah mengedarkan
nota ringkas berkenaan penulisan berita dan artikel.
Di kesempatan ini
saya tuliskan kembali tentang kandungan nota tersebut;
Apa itu berita
Berita ialah
peristiwa luar biasa yang boleh dimuat dalam suatu media cetak, atau disiarkan
melalui radio atau televisyen.
Contoh:
Sesorang mahasiswa
yang kuliah setiap hari adalah perkara biasa. Tetapi jika mahasiswa berkelahi
dengan pensyarah di dewan kuliah itu luar biasa.
Sifat-sifat berita
Baharu dan tidak
basi-Peristiwa yang berlaku 10 tahun lalu jelas tidak boleh dijadikan bahan
berita.
5W + 1 H (WHO.
WHAT, WHERE, WHEN,WHAY) + HOW
Bahasa berita-ringkas, tepat, mudah difahami
Sumber berita-sidang media, siaran akhbar, interview dan lain-lain
Fakta- Pengesahan fakta, gosip dan lain-lain.
Semoga catatan
ringkas ini memberi manfaat kepada para sahabat semua dalam ingin menulis
penulisan dalam bentuk berita.
Tugasan Mencari
Berita
Setelah kami diberi
kefahaman tentang penulisan berita dan artikel serta diperkenalkna dengan
bentuk-bentuk penulisannya. Kini, masa kami diberi tugas untuk mempraktikan
penulisan ini melalui tugasan yang diberi.
Kami dibahagi
dengan beberapa kumpulan untuk melaksanakan tugas mencari berita di sekitar
Masjid Negeri Shah Alam. Apa-apa sahaja berita yang boleh menarik untuk orang
membacanya. Kami di bahagi kepada dua kumpulan. Oleh kerana kaum adam hanya
seorang, saya terpaksa jugalah menyertai kumpulan untuk melaksanakan tugasan
yang diberi.
Saya, fatin,
kamariah dan Aisyah, memulakan tugas mencari berita sekitar Masjid Negeri,
sambil berjalan kami bincang-bincang berita apa yang mahu kami tulis. Juga
dalam bentuk apa yang perlu kami tulis berita tersebut. Masing-masing mencari
idea berita, sambil berjalan-jalan dan meninjau-ninjau.
Satu cadangan
tentang, berita beberapa pekerja asing sedang memotong rumput di kawasan
masjid, sedang salah seorang tengah melakukan kerja, salah satu mesen pemotong
rumput telah mengenai seketul batu yang sebesar penumbuk melantun, lalu
mengenai salah seekor lembu yang sedang meragut disitu. Lembu itu mengamuk
sehingga mengejar orang yang sedang lalu lalang disitu...begitulah cadangan
berita yang kami mahu tuliskan dalam tugasan yang diberi dan kami telah
bercadang untuk menulisnya dalam bentuk naratif writing.
Sebulat suara
cadangan diterima, kami pun masuk kebilik kuliah semula, untuk terus
menuliskannya dalam bentuk berita. Seorang peserta dari kumpulan kami dilantik
untuk menulisnya dalam kertas.
bersambung...
No comments:
Post a Comment