Followers
Saturday, October 29, 2016
Wednesday, July 6, 2016
Sunday, May 1, 2016
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016

Pesta Buku 2016 (29 April-9Mei 2016)
Pihak
kami bekerjasama dengan syarikat pengangkutan awam Nadi Putra telah menyediakan
Servis shuttle bas untuk ke Pesta Buku dari 4 laluan utama;
Laluan 1: KTM
Serdang – MAEPS – KTM Serdang
Laluan 2: LRT
Bukit Jalil – MAEPS – LRT Bukit Jalil
Laluan 3: ERL
Putrajaya – MAEPS – ERL Putrajaya
Laluan 4: IOI
City Mall Putrajaya – MAEPS – IOI City Mall Putrajaya
Semua
bas dari setiap laluan akan beroperasi dari 9.00 pagi – 9.30 malam setiap hari
semasa hujung minggu dan 9.00 pagi – 8 malam semasa hari bekerja. Kekerapan bas
adalah 15-20 minit.
Tambang
minimum RM1 akan dikenakan untuk laluan tersebut.
Bagi
pengunjung atau penduduk Putrajaya & Cyberjaya yang ingin ke MAEPS, anda
boleh menggunakan bas laluan 501 dengan tambang normal RM 1.50. Semasa PBAKL
2016, bas tersebut akan masuk ke MAEPS.
Sunday, February 14, 2016
Belian Kedua Bulan Febuari 2016M
Dua buah buku genre sastera puisi mewarnai 'BILIK BUKU'
Dua buah buku lagi untuk bulan febuari 2016M. Buku genre sastera puisi, Kumpulan Puisi terbaharu dipasaran. Sebuah buku terbitan DBP dan sebuah buku terbitan IBH KHIDMAT.
Antologi Puisi 'Titis Darah Kanang'
Dan Antologi Sajak 50 Penyair 'Istiqamah Bahasa'
Untuk buku Antologi Puisi 'Kopi Sastera' ia merupakan hadiah dari seorang penulis dan juga penyair Qalam Bertinta.
Untuk buku Antologi Puisi 'Kopi Sastera' ia merupakan hadiah dari seorang penulis dan juga penyair Qalam Bertinta.
Membaca selagi masih ada hayat lagi!
Saturday, February 6, 2016
Belian Pertama Bulan Febuari 2016M
KITAB
AL-TAUDHIH

Alhamdulillah, belian pertama untuk bulan Febuari sudah
kunjung tiba pagi semalam.
Sebuah kitab Karangan Imam Al-Nawawi, hasil terjemahan dan syarahan oleh Sohibus
Samahah Dr.Zulkifli Bin Mohammad Al-Bakri.
KITAB
AL-TAUDHIH-Panduan Lengkap Ke Arah Kesempurnaan Ibadah Haji dan
Umrah. Terbitan Pustaka Cahaya Kasturi, 2016.
Bagus untuk bacaan dan rujukkan semua yang bercita-cita
untuk menunaikan ibadah Umrah dan Haji.
Baca jom!
Membaca selagi hayat masih ada!
Friday, February 5, 2016
Buku Kedua Febuari 2016M
Buku kedua yang sedang dibaca untuk bulan febuari 2016M. Sebuah tulisan Faiz Ibrahim, bertajuk 'Reinkarnasi', buku siri pertama. Mengandungi puisi-puisi luahan rasa anak muda.
Buku terbitan sendiri.
Membaca selagi masih ada hayat!
Thursday, February 4, 2016
Buku Pertama Febuari 2016M
Buku
Deklamasi Puisi
Selesai mengeluti buku pertama untuk bulan Febuari 2016M. Tulisan bersama Tuan Puzi Hadi
dan Irwan Abu Bakar. Terbitan Esastera Enterprise, 2016. Buku yang menarik, comel, berkulit licin dan berwarna.
Seni-seni puisi dan berpuisi dibicarakan di dalam buku
yang sejumlah 42 muka surat sahaja. Ringkas dan padat. Dua penulis bergabung dalam memperkatakan seni persembahan puisi.
Walaupun ringkas ia amat sesuai untuk rujukkan peminat
puisi terutamanya dalam pembacaan puisi.
Ingin menjadi deklamator? Elok miliki buku ini. Mahu
menganjurkan sayembara deklamasi puisi? Juga mesti miliki buku ini.
Juga disertakan senarai nama-nama deklamator unggul
Nusantara dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan juga Brunai Darul
Salam.
Ia juga bagus untuk rujukkan bagi pencinta dunia
perpuisian di tanah air kita.
Syabas esastera melahir dan menerbitkan buku
ini.
Membaca selagi hayat masih ada!
Subscribe to:
Posts (Atom)



