Followers

Friday, January 29, 2016

Belian Kesepuluh Januari 2016M


Sebuah lagi buku untuk Januari 2016M. Buku terbitan eSastera Enterprise, 'Deklamasi Puisi', tulisan bersama Puzi Hadi dan Dr.Irwan Abu Bakar.

Bagi saya, ini sebuah buku rujukan bagi yang mahu tahu tentang ilmu mendeklamasikan 
puisi. Peminat sastera, seharusnya memiliki buku ini.









Membaca selagi masih ada hayat!

Thursday, January 28, 2016

Buku Kelapan Januari 2016M

Buku kelapan yang sedang dibaca.
Menyelamai hati nurani rakyat marhean yang semakin tertekan dan tertindas dik' permainan penguasa zalim.

Himpunan karya puisi dari penyair rakyat yang prihatin permaslahan rakyat. Juga beberapa esei membicarakan 'Derita Rakyat' masakini. Terbitan PAKSI Madrasah Seni. Buku puisi yang seharusnya dibaca semua orang, kerana ia memperkatakan kehidupan yang dirasai waktu kini. Tekanan hidup...kemiskinan di kota mahu pun desa. Semua sedang merasai dan menghadapi situasi sulit dan genting ini.

Penguasa tidak peka...malah pekak...

Ya...marhean itu ialah kita...


DERITA RAKYAT






Membaca selagi masih ada hayat!

Wednesday, January 27, 2016

Buku Ketujuh Januari 2016M


Buku ketujuh...selesai membacanya sewaktu rehat tengah malam, kerja shif malam. Layan buku Ayahnda Rani Kulup.

"Jangan Ingat Ayah Tak Payung'

Status-status begini pun boleh buat buku...kik3...nak tahu lawak tak lawak...

Beli, baca dan simpan jadikan koleksi bacaan di bilik bacaan sahabat semua.




Membaca selagi masih ada hayat!

Belian Kesepuluh Januari 2016M


Sebuah lagi buku untuk bacaan santai. Buku betajuk 'Jangan Cakap Ayah Tak Payung', tulisan Rani Kulup. Terbitan Utusan Karya.


Juga tak ketinggalan 2 buah majalah terbitan DBP dan Majalah Solusi.





Membaca selagi hayat masih ada!

Belian Kesembilan Januari 2016M


Tiga belas buku telah sampai, 8 buah buku terbitan Studio Anai-Anai dan 5 buah buku terbitan Sindiket Soljah, belian melalui online. Buku-buku indie menjadi kegemaran terbaharu saya...ia akan mewarnai BILIK BUKU dan menjadi koleksi di dalamnya.

Beli, baca dan simpan menjadi koleksi dalam Bilik Buku...










Membaca selagi hayat masih ada!

Tuesday, January 26, 2016

Belian Kelapan Januari 2016M


Lagi, sebuah buku karya dari penulis berasal dari Negeri Di Bawah Bayu, Sabah. Telah selamat sampai. Kumpulan Cerpen terbaharu beliau, 'Sang Pemberitahu'. Bakal menjadi bacaan dan koleksi 'BILIK BUKU'.

Buku terbaharu Rafi Harumin










Bergambar bersama penulis Rafi Harumin, sewaktu di PBAKL 2015

Membaca selagi hayat masih ada!

Monday, January 25, 2016

Belian Ketujuh Januari 2016M







Dua buah lagi buku telah selamat sampai. 
Terbitan THEBOOKU, tulisan Faiz Ibrahim. Akan menjadi koleksi 'BILIK BUKU'

'Jadikan buku sebagai teman istimewa'




Membaca selagi masih ada hayat!

DEMI MASA