Followers

Saturday, December 29, 2012

Blogger=Da’ie – Kita Sebarkan Kebaikan.




Semoga mendapat manfaat dari artikel ini, buat semua sahabat-sahabat blogger;
Kita terus menyelak lembaran Blogger=Da’ie. Dengan tajuk yang mudah, “Kita Sebarkan Kebaikan.”
Ya. Blogger=Da’ie adalah blogger yang tidak menyebarkan keburukan di dalam blognya. Blognya adalah untuk mengajak manusia ke arah kebaikan. Tidak mengajar untuk melakukan keburukan. Tidak pula dia menyebarkan keburukan untuk tontonan ramai walaupun tidak menggunakan perkataan ‘marilah melakukan perkara ini’.
Definisi baik dan buruk.
Maka pertamanya mestilah kita perlu pulang kepada definisi baik dan buruk yang sebenar. Apakah itu baik, apakah itu buruk?
Saya mudah memakai definisi baik = apa yang Allah dan Rasulullah SAW kata baik.
Sama juga dengan definisi buruk, pada saya buruk itu adalah apa yang Allah dan Rasulullah SAW kata buruk.
Kita jadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan, Islam itu sendiri sebagai panduan, di situlah kita memilih apakah yang patut kita sebarkan, dan apakah pula yang tidak.

Antara perkara baik yang boleh kita usahakan.
Antara perkara yang baik yang boleh kita usahakan untuk disebarkan di dalam blog kita adalah:
  1. Kita tulis berkenaan akhlak yang soleh. Di dalam Islam, wujud pelbagai adab dan sopan. Kita boleh kaji hadith dan Al-Quran, kemudian membahaskan sedikit berkenaan akhlak soleh ini dengan dikaitkan bersamanya realiti dan isu semasa yang berlaku.

  1. Kita boleh tulis berkenaan percintaan di dalam Islam. Bagaimana bercinta di dalam Islam. Contoh-contoh daripada hadith, ayat-ayat Al-Quran berkenaannya. Nasihat-nasihat berkenaan cinta, dan isu-isu rumahtangga di dalam Islam.

  1. Kita boleh juga menulis berkenaan motivasi hidup. Kita berikan harapan, menyentuh akal yang lesu, dengan dalil-dalil Al-Quran dan hadith. Kemudian kita ulas dengan baik, mengaitkannya dengan realiti dan cuba memberikan semangat. Kita sebarkan kepositifan di dalam hati masyarakat.


  1. Kita juga boleh menulis sirah-sirah Rasulullah SAW dan Para Sahabat bersumberkan sirah yang muktabar. Kemudian kita ulas, dan kaitkan dengan isu semasa, realiti hari ini.

  1. Sekiranya kita fotografer yang suka berblog, maka kita tangkap gambar pemandangan yang cantik dan kaitkan gambar itu dengan kekuasaan Allah SWT, dengan kebijaksanaanNya, dengan kesempurnaanNya. Kita letak ayat Al-Quran atau hadith Rasulullah SAW sebagai caption agar ayat dan hadith itu menjadi terjemahan kepada gambar yang anda tangkap lebih mencucuk. Kita tangkap momen-momen indah, dan kemudian kita relatekan kembali kepada Allah SWT.


  1. Kita boleh kongsikan isu-isu semasa, politik, realiti masa kini, dengan adab dan akhlak yang baik, dengan kalam dan bicara yang baik. Tidak menghina mana-mana pihak. Menyuakan bukti yang benar, bernas, kukuh. Kemudian mengulasnya daripada pandangan Islam.

  1. Jika kita adalah seorang kartunis, kita boleh uploadkan komik kita di dalam blog. Lukislah komik-komik yang mempunyai ciri-ciri Islam. Yang wataknya ada syakhsiah Islam. Yang jalan ceritanya membina masyarakat, mengajak kepada kebaikan dan ketaatan terhadap Allah SWT.

  1. Dan jika kita suka menulis diari, tiada masalah. Tetapi tulislah diari kita, pengalaman hidup anda, dengan mengaitkannya kepada Allah SWT. Jadikan diari itu sebagai tempat muhasabah. Muhasabah atas apa yang anda lakukan. Jadikan diari itu sebagai tempat mengekstrak manfaat. Ekstrak manfaat daripada apa yang anda lihat dan lalui. Begitulah.

Antara perkara buruk yang perlu kita jauhkan
Keburukan-keburukan ini, tidak perlulah saya senaraikan.
Sebar keaiban orang, menayangkan aurat, menggunakan blog sebagai menyebar sesuatu yang palsu, menjadikan blog medan menghina dan mengumpat. Menggunakan carutan dan kata-kata nista di dalam penulisan. Juga keburukan-keburukan tersembunyi seperti riya’ dan takabbur. Menulis diari untuk menunjuk-nunjukkan kebaikan kita dan sebagainya. Menghina-hina kerendahan orang lain, kekurangan orang lain.
Menggunakan blog untuk menentang Islam, menghina Allah, Rasulullah SAW dan para sahabat. Melukis komik yang tidak memberikan manfaat kepada Islam, menangkap gambar-gambar fotografi yang jelas menunjukkan aurat atau menaikkan nafsu.

Penutup: Bagi Penyebar Kebaikan, Pahalanya Beranak Pinak.
Kebaikan ini bukan susah. Senyum sahaja sudah kebaikan. Kita ini pula berblog. Daripada kita gunakan blog kita ke atas sesuatu yang tidak bermanfaat, apa kata kita buat pahala dengan blog kita. Kita ceritakan kebaikan, ajar manusia buat kebaikan, kenalkan manusia dengan Allah SWT, fahamkan manusia dengan Islam, tunjukkan keindahan Islam dan sebagainya.
Kita sering mengulang sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang itu adalah apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang berhijrah menuju kepada Allah dan rasulNya, maka hijrahNya akan pergi kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana perempuan yang dia mahu nikahinya, maka dia akan berhijrah ke arah apa yang diniatkan olehnya.” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Mari. Jangan lepaskan peluang.
Blogger=Da’ie, adalah blogger yang menyebarkan kebaikan.
 Sumber: Langitilahi

Sunday, December 23, 2012

Sajak: Baca Bacalah




Baca
bacalah buku
baca buku
dengan nama Tuhan-mu.

Baca
bacalah buku
walau di mana
tak kira waktu.

Baca
bacalah buku
baca buku
dapat ilmu.

Baca
bacalah buku
baca buku
dapat idea baharu.

Baca
bacalah buku
baca buku
tidak mudah ditipu.

Baca
bacalah buku
baca buku
agar minda mu
tidak beku dan lesu.

Baca
bacalah buku
pembeza antara
yang berilmu dengan
yang tidak berilmu.

Baca
bacalah buku
seruan membaca
seruan agung
dari yang Maha Agung.

Masshah 2012.
Tempat kerja

Wednesday, December 12, 2012

Sunday, December 2, 2012

Kembali Lagi



Bertemu kembali setelah beberapa minggu tiada apa-apa pengisian yang saya dapat kongsikan di blog ini, laptop baharu sahaja sembuh dari sakit. Baharu hari ini dapat menulis semula, diam tak diam sudah masuk bulan disember. Sudah kepenghujung tahun 2012. Cepatnya masa berlalu, umur pun makin bertambah, semoga kita dapat bertemu lagi dan di panjangkan usia. Boleh lah berkongsi-kongsi ilmu dan sedikit pengalaman dalam hidup.

Bagaimana dengan dunia pembacaan sahabat semua ?. Agak-agak berapa banyak buku sudah di baca dan harap-harap semakin banyak dan ghairah membacanya ya. Alhamdulillah dalam masa laptop sakit ( rosak ) dengan izin Allah saya masih dapat meneruskan agenda membaca, paling malas sebuah seminggu. Itu pun kena paksa diri, maklum penyakit malas dapat dilawan hanya dengan yang empunya diri. 

Membaca terus membaca.

Ok lah, sampai jumpa lagi.

Jom Membaca, Jom Menulis.

Thursday, November 8, 2012

Koleksi Majalah Politik


Selama tiga malam, saya tidur lewat untuk mengemas rak majalah yang mengandungi koleksi majalah politik. Majalah politik yang saya beli dan simpan sekitar tahun 1997-2003. Ia nya punyai nostalgia tersendiri buat saya, majalah-majalah itu yang memberi kefahaman terhadap pergolakan politik tanah air waktu itu. Maklum waktu itu situasi politik kita sangat panas. Setelah kebangkitan rakyat tentang kuasa reformasi bagi mengugah kuasa pemerintah yang ada waktu itu. Majalah-majalah ini memainkan peranan penting dalam memberi kefahaman tentang situasi politik pada waktu itu.

Saya tidak pernah ketinggalan setiap keluaran akan membelinya. Dengan pelbagai tajuk-tajuk yang panas mengegarkan politik tanah air kita. Sedar tidak sedar ia menjadi koleksi dalam bilik buku saya. Mungkin pada masa hadapan akan menjadi bahan rujukan dan sejarah untuk anak-anak saya mengambilnya sebagai bahan rujukan untuk mereka. Namun kini, seolah lesu, tiada lagi majalah-majalah seperti yang ada dalam koleksi simpanan saya.

Mungkin hasil dari wujud nya blog-blog atau laman-laman sosial yang sangat banyaknya menulis berkaitan politik tanah air kita, maka para penulis majalah politik tidak lagi mahu menerbitkan majalah politik semasa dan mungkin tidak mahu mengambil risiko tentang halangan dari pihak berkuasa, terutamnya dalam isu permit. Apa pun saya mengharapkan akan muncul semula majalah politik yang sangat perlu, biar pun media maya kian menerima sambutan dan menguasai nya.
                                                                                                                 
Saya, kongsikan gambar koleksi majalah politik tersebu;


PELBAGAI KOLEKSI MAJALAH POLITIK






 Koleksi Majalah Politik EDITOR LUTFI OTHMAN


 Koleksi Majalah Politik DETIK


 Koleksi Majalah Politik GELETEK


 Koleksi Majalah Politik KONSEP


 Koleksi Majalah Politik ANEKA PERISTIWA


Koleksi Majalah Politik ISU


 Koleksi Majalah Politik PLANET HIJAU PELBAGAI TAJUK


 Koleksi Majalah Politik TAMADUN


 Koleksi Majalah Politik SUARA


Koleksi Majalah Politik EDITOR TERMIZI MOHD JAM


 Koleksi Majalah Politik EDITOR SURIA JANIB


 LAIN-LAIN  KOLEKSI MAJALAH POLITIK


Jom Membaca Dan Menulis.

Wednesday, November 7, 2012

Buku Dan Ceramah





Setiap kali ada ceramah, tidak kira lah sama ada di masjid mahu pun di tempat awam, di dewan orang ramai. Biasa nya akan ada jualan. Ada yang jual ubat, jual makanan, jual pakaian, jual minyak kereta, jual buku pun ada. Bak kata meriah setiap kali ada ceramah ( Ceramah politik: isu-isu semasa )di tempat-tempat umum, namanya pun ceramah umum.
                                                 
Apa yang saya suka bila ada gerai menjual buku-buku. Itu lah destinasi yang saya tuju, mana tahu lah ada buku-buku yang terkini. Peluang yang ada ambil kesempatan untuk meninjau-ninjau ke situ sambil-sambil dengar ceramah. Itu jika di tempat ceramah umum.

Manakala ceramah yang di adakan di masjid, biasanya habis ceramah dan menunaikan solat isya baru berpeluang untuk melihat-lihat dan membeli jika berkenan dengan buku yang ada. Biasanya para penceramah rajin membawa kitab atau buku untuk mereka jual pada para jemaah. Mereka gunakan duit jualan itu untuk membina madrasah, pusat tahfiz dan lain-lain.

Adakalanya pihak masjid juga menjemput penceramah yang juga seorang penulis, dalam kesempatan itu penceramah juga memperkatakan bukunya dan dengan tidak langsung memperomosikan hasil tulisan mereka. Sudah satu trend baharu, apa yang saya lihat pihak masjid menjemput penulis-penulis membicarakan hasil penulisan mereka.

Sudah tentunya mereka di kalangan ilmuan yang berkelayakan dalam membicarakan perihal buku yang mereka hasilkan. Kuliah-kuliah buku ini sangat menarik sekali. Ini merupakan pembaharuan yang sangat di alu-alukan. Bagi saya itu sesuatau yang sangat baik dan menarik. Di samping itu juga, jika setiap kali ada ceramah di adakan jualan buku-buku, tak kira lah apa jenis buku yang penting membawa kebaikan pada semua. Ini juga bagi menggalakkan orang ramai peka dengan amalan membaca.

Biasa nya saya akan membeli beberapa buah buku untuk ole-ole di bawa balik. Bergantung kepada duit yang di bawa. Walau pun sebuah buku, itu pun cukup memuaskan hati saya. Apa yang penting ada buku yang dapat di miliki. Memang seronok jika memiliki buku. Saya harap sahabat-sahabat pun begitu.

Sekian, sekadar perkongsian.

Jom Membaca Dan Menulis.

Tuesday, November 6, 2012

DEMI MASA