Followers

Saturday, October 16, 2010

Ada apa pada otak, minda manusia?

Otak manusia

RHODE ISLAND - Kewujudan manusia di muka Bumi memang amat istimewa dan penuh misteri, sama ada dilihat dari sudut agama, budaya, teknologi, sejarah mahu pun sains perubatan.

Kajian sains menunjukkan wujud persamaan hampir 98 peratus antara manusia dan cimpanzi, tetapi kajian pakar neurobiologi dan primatologi membuktikan otak manusia adalah jauh lebih kompleks dan istimewa berbanding mana-mana hidupan lain.

Robert Sapolsky dari Universiti Stanford, California menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan dasar pada Simposium Sains Otak di Providence, Rhode Island, Amerika Syarikat pada 13 Oktober lalu.

"Kuasa minda dan keistimewaan penuh misteri dalam otak manusia menjadikan kita sangat istimewa dan sekali gus tidak boleh disamakan dengan haiwan," katanya.

Tidak dapat dinafikan bahawa secara saintifik, unit asas sel otak manusia tidak jauh berbeza dengan spesies haiwan lain.

"Namun, manusia memiliki kemampuan untuk memanfaatkan neuron dalam sel otak dan jaringan otak yang kompleks untuk menjana kemampuannya ke tahap kognitif yang lebih tinggi dan menyeluruh.

"Sama ada mahu diperakui atau tidak, dari segi fisiologi, manusia dan primat mempunyai banyak persamaan tetapi cara kita menggunakan anugerah otak membezakan kita dengan primat lain," kata Sapolsky.

Kajian sains menunjukkan bahawa binatang juga mempunyai corak pemikiran yang hampir sama dalam soal budaya, cubaan untuk menguasai dan emosi, tetapi minda manusia lebih terkedepan.

"Sekadar contoh, sewaktu menonton filem Avatar, rata-rata penonton berasa simpati dan empati terhadap watak makhluk asing yang ditampilkan," katanya.

Etika Penulisan

Menulis jangan semberono..!

Sahabat yang saya sayangi semua,terima kasih kerana masih sudi berkunjung dan berkongsi minda bersama saya,saya sebenarnya rasa malu pada sahabat semua,maklum sahaja,saya bukanlah orang yang layak untuk memperkatakan dunia penulisan,kerana saya bukanlah seorang penulis,namun atas nama perkongsian ilmu,saya tetap gagahi apa yang ingin saya kongsikan dalam penulisan hari ini,juga atas dasar ‘sampaikan dari aku walaupun satu ayat’ atau juga atas kerana tidak mahu membiarkan ilmu terpendam begitu sahaja,ada ilmu kena sebar-sebarkan atau sampaikan.Hasil pembacaan di kongsikan kepada sesiapa sahaja yang mahu mengambil manfaatnya.

Setiap kali saya melayari internet,singah di laman web atau blog,membaca pandangan para blogger dalam tulisan mereka,saya merasakan betapa penulisan dalam blog atau laman web,memerlukan garis panduan bagi setiap blogger mematuhi adab-adab atau etika dalam penulisan mereka.Adakalanya tulisan-tulisan mereka melampui batas-batas kaedah yang dianjurkan oleh agama Islam,maklum sahaja adakalanya tanpa di sedari dalam penulisan mereka mengandungi unsur-unsur fitnah dan hasutan yang sangat membahayakan pada diri,Agama,masyarakat dan Negara.Namun bagaimana pun,kita tidak pernah menafikan sumbangan mereka dalam menyampaikan sesuatu maklumat atau berita kepada masyarakat.

Tulisan ini juga mengingatkan diri sendiri agar berhati-hati ketika memberi sesuatu pandangan dalam penulisan yang di tulis,maklum sahaja dalam melontarkan buah fikiran adakalanya kerana terlalu ghairah memperkatakan sesuatu,sehingga melupakan adab-adab atau kaedah yang ditunjukkan dalam agama.Jadi sebagai seorang penulis(blogger muslim)sudah sewajarnya hasil penulisan kita jauh dari sebarang penyelewengan.
Dalam pembacaan saya dari sebuah buku yang di tulis oleh Dr.Aidh Abdullah Al-Qarni,buku bertajuk ‘Kunci Kejayaan Minda’,ingin saya kongsikan 5 prinsip ataupun etika seorang penulis(tidak kiralah penulis blog,web atau buku serta lain-lainnya)untuk kita sama-sama amalkan dalam kita membuat penulisan.

Antara yang perlu di lihat dalam diri seorang penulis;

1)Tidak menulis kecuali sesudah benar-benar menguasai disiplin ilmu yang sedang di kaji.

2)Tidak menulis kecuali masalah yang memang menjadi lapangannya dan tentang isu yang dikuasainya.Jika tidak ia hanya mempamerkan kelemahannya.

3)Mengelakkan penulisannya daripada pembohongan,pendapat yang menyalahi norma masyarakat dan menghindari kata-kata celaan dan cacian.

4)Tidak bermegah-megah dengan hasil tulisannya dan karyanya kerana itu akan menjadi fitnah baginya.

5)Memberi sumber rujukan,pendapat atau nasihat kepada pemiliknya dan hindari mencuri ilmu atau karya orang lain.

Justeru itu,marilah sama-sama kita mempastikan apa yang kita tulis dalam penulisan kita,mematuhi adab-adab atau etika seperti anjuran di atas.Moga nanti segala tulisan kita mendapat ganjaran dari Allah SWT.Saya akhiri tulisan ini dengan sepotong maksud ayat al-Quran seperti yang terkandung dalam buku tersebut,sebagai ingatan kita semua iaitu firman Allah dalam Surah Al-Imran ayat 161 yang bermaksud;

“Sesiapa yang khianat,maka pada hari kiamat datang dengan membawa apa yang dikhianatinya itu.”


Sekian..Jumpa Lagi..!

Friday, October 15, 2010

Jom Miliki Buku Ini:Ringkasan Riyadhus Solihin


Buku:Riayadhus Solihin

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,


Alhamdulillah,sekali lagi dapat sama-sama saya kongsikan dan mempromosikan sebuah buku(kitab)yang sangat hebat dan bagus di miliki oleh setiap keluarga muslim semua.Buku yang mengandungi ayat al-Quran dan kumpulan hadis-hadis sahih dan hasan yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim.Kitab yang saya maksudkan ialah Kitab Ringkasan Riyadhus Solihin(Taman-Taman Orang Soleh).

Ia merupakan kitab yang disusun oleh tokoh ulama besar yang terkenal iaitu Imam Nawawi atau nama sebenar beliau Al-Imam al-Hafiz Sheikhul Islam Muhyiddin Abu Zakariya Yahya.Kitab ini telah di ringkaskan oleh seorang Ulama terkenal Syeikh Yusuf al-Nabhani.Kitab yang mengandungi persoalan perundangan dalam agama,membicarakan masalah akidah,syariah dan akhlak.

Antara kandungan Ringkasan Riyadhus Solihin:

1)Akidah dan Ilmu.

2)Solat,puasa,zakat,haji dan lain-lain ibadah.

3)Adab yang bersifat lahiriah dan batiniah.

4)Pemberi semangat dan amaran.

5)Perbahasan mengenai zuhud dan warak.

6)Pendidikan keluarga.

7)Penyucian hati dan ubatnya.

8)Pemeliharaan anggota tubuh badan.

9)Kepimpinan.

10)Jihad.

Jom miliki..! Membaca terus selagi ada masa,jangan abaikan masa Anda.

Sahabat yang ingin memiliki buku atau kitab ini secara online,bolehlah layari E-Store Saya;
Klik Pada Banner

Bacalah Dengan Nama Tuhan-Mu





Bacalah dengan Nama TuhanMU..
Membacalah kerana itu tuntutan
Indahnya amalan membaca bila disertai dengan amalan
Membacalah engkau pasti tidak rugi
Waktu yang ada jangan di persiakan
Membacalah kerana Tuhan menyukainya
Membacalah engkau pasti tidak rugi
Membacalah ilmu pasti bertambah
Membacalah akalmu pasti cerah
Ingatlah membaca dengan Nama TuhanMu...
Engkau pasti berjaya..!

Cetusan Hati:Masshah,15hb 10 2010,Jumaat
Jam:5:49petang
Bilik Buku,Meru.

Thursday, October 14, 2010

I Luv Islam Bacaan Setiap Minggu

Isu 15-21-Haji Mabrur Menuggu Atau Memburu

Dengan mottonya ilmu,iman dan amal,akhbar tabloid ini telah memikat hati saya sehingga hari ini,untuk saya membeli,akhbar mingguan ini mengajak kita ke arah berilmu,beriman dan beramal,memang sebuah akhbar yang sangat menarik sarat dengan pelbagai topic yang di kupas dan di bincangkan dalam akhbar ini.Sehingga keluaran 32 ini,saya masih setia untuk membeli dan membacanya,mendapatakannya tidak rugi,malah banyak ilmu yang boleh di dapatinya.Akhbar Tabloid I luv Islam adalah yang saya maksudkan.Akhbar tabloid ini terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.Di jual denga harga yang sangat berpatutan RM 2.00 senaskah.

Pada minggu ini(Jumaat 15-21 Oktober 2010),akhbar ini membawakan tajuk yang sangat menarik,Haji Mabrur menunggu atau memburu,juga mengpas tajuk haji sempurna tiket ke syurga dan Tertib Mengerjakan Haji Penentu Redha Allah.Memang menarik tajuk ini ,maklum sahaja musim haji sudah kembali,Juga perkongsian pengalaman oleh tetamu Allah yang pernah menunaikan ibadah haji.Setiap kita mempunyai impian untuk ke sana,cepat atau lambatnya masa untuk ke sana adalah dalam perencanaan Allah,apa yang penting kita telah menanamkan niat dan azam untuk ke sana.

Firman Allah:”Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah SWT Ia itu bagi orang-orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullahh.Barangsiapa yang mengingkari kewajipan haji maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dari alam semesta”

(Surah Al-Imran:97)

Kandungan yang menarik juga berkaitan peristiwa yang berlaku dalam dunia Islam dalam dan luar Negara termuat dalam akhbar ini.Akhbar ini juga mengandungi halaman sisipan atau Extra,’Way Of Life’kandungannya juga menarik,temubual denga ikon,setiap minggu ada sahaja ikon yang termuat dalam akhbar ini,untuk minggu ini ikon Md Daud Mat Din,seorang peguam muda yang Berjaya.

Akhbar ini patut menjadi bacaan setiap keluarga muslim,berbaloi sangat jika sahabat-sahabat memilikinya.Untuk memilikinya carilah di pasaran sekarang.

Jom baca..!..Baca jangan tak baca..!

Jom Kenali: Dr.Aidh’ Abdullah Al-Qarni

Penulis buku 'La Tahzan'':Dr.Aidh Abdullah Al-Qarni

Alhamdulillah dapat bertemu lagi hari ini,semoga Sahabat ceria-ceria selalu hendaknya,pada pertemuan hari ini,mari kita kenali serba sedikit penulis buku ‘La tahzan’,penulis yang berasal dari Negara Timur Tengah.Beliau yang saya maksudkan ialah Dr.Aidh Abdullah Al-Qarni,berasal dari Arab Saudi.Beliau berpendidikan tinggi dalam bidang Usuluddin di peringkat sarjana (MA) dan PhD.di Abha’,Arab Saudi.

Membina karya penulisan dakwahnya dengan berbekalkan 30 juzuk hafazan al-Quran dan kajian-kajian tentang ilmu-ilmu Islam secara konsisten dan jitu.Sangat meminati ilmu Sastera Arab sehinggakan telah menghafal ribuan bait-bait syair.

Majoriti hasil karya beliau diselitkan puisi-puisi indah gubahan beliau sendiri dan puisi-puisi sasterawan agung Arab klasik dan ketemporari.Antara buku beliau yang terlaris-La Tahzan,sehingga kini giat diterjemahkan kepada 30 bahasa di seluruh dunia.

Antara koleksi buku beliau yang saya miliki ,Lah Tahzan,Aku,Buku Dan Cinta(judul asal;Asyik) dan Kunci Kejayaan Minda.

Semoga perkongsian serba sedikit berkenaan penulis ini ada manfaatnya kepada peminat buku.

Biodata Ringkas di perolehi dari buku:Kunci Kejayaan Minda

Untuk mendapatkan profile yang lengkap berkenaan beliau,sahabat-sahabat boleh melayari blog: PROFILE INSAN

Wednesday, October 13, 2010

Anda Nak Memudakan Minda..?

Membaca memudakan minda

Dalam pertemuan hari ini,saya kongsikan satu petua yang sangat menarik untuk kita memudakan minda,apa yang menariknya petua no.5 menjadi kesukaan saya,bukan bermakna petua yang lain tidak penting,tetapi di sini mengambarkan betapa pentingnya membaca untuk memudakan minda kita semua.

Jom membaca untuk memudakan minda..!

Petua Untuk Memudakan Minda


1. Pembelajaran sepanjang hayat(Life-long Learning) - Otak kita tidak akan ‘pencen’ selagi kita masih mahu belajar. Ia akan sentiasa berusaha untuk bergerak maju ke depan. Tugas kita ialah untuk meneroka sesuatu yang baru, dan mencari kemungkinan potensi minda yang berterusan.

2. Persahabatan dan Perhubungan yang Sihat - Berbahagia bersama keluarga dan menjalinkan hubungan yang betul adalah sangat penting untuk ’keremajaan’ minda. Laburkanlah untuk kebahagiaan keluarga, ia juga pelaburan kepada potensi diri anda.

3. Jaga Pemakanan. Makan makanan yang berkhasiat. Pemakanan yang benar-benar berzat dan baik untuk otak.

4. Pastikan anda mendapat oksigen yang cukup. Bernafas dengan sempurna, dan bina kecergasan diri. Badan yang sihat akan menghasilkan minda yang sihat.

5. Banyak Membaca – Ini penting supaya kita tidak akan mengalami atrofi minda.

DEMI MASA