Followers

Monday, September 20, 2010

Kenangan Aidilfitri 2008


Assalamualaikum semua,moga Anda ceria-ceria dan bahagia selalu,syukur dengan izinNya dapat bertemu lagi.Dalam pertemuan hari ini,aku kongsikan satu kenangan untuk Anda semua,itupun andai Anda mahu membacanya;),Sedikit kenangan dalam hidup aku...catatan ini pernah aku post di blog permata hati Abi dan Ummi,kali ini aku post semula dengan sedikit edit dan penambahan.Silalah baca..;).

Kenangan? Semua orang ada kenangan masing-masing,ada suka,ada duka,ada gembira,ada sedih,ada pahit dan ada manis,semua bergantung pada perasaan masing-masing,begitu juga dengan diri aku ini.Sepanjang hidup yang di lalui pelbagai ragam yang di lalui,semuanya memberi satu kenangan yang kadang-kadang sukar untuk di lupakan.Itulah yang di namakan hidup dan juga kehidupan.Itu juga kurniaan Allah buat hamba-hambanya,untuk berfikir dan menilai setiap perkara yang mereka lakukan,sama ada bermanfaat atau tidak,bersyukur atau kufur.

Dalam kehidupan seseorang itu pasti mengimpikan sesuatu,menginginkan,mengharapakan sesuatu yang boleh mengembirakan dirinya,ia boleh jadi sebagai perangsang dalam mengharungi kehidupan.Bagi aku,keinginanku itulah impianku yang aku simpan semenjak usiaku mengenali tentangnya,mengikuti tentang cerita-ceritanya,yang positif,yang negatif bahkan yang berunsur fitnah aku ikuti.Semuanya dengan izin Allah.

Aku menyimpan impian untuk bertemu dan menatapnya secara dekat dan berdepan.Mungkin pada pandangan setengah orang lain,tiada istimewa insan ini,tetapi bagiku beliau lain daripada yang lain(dari segi kepimpinan dan memimpin jamaah hingaa ke tahap global).Setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan masing-masing,pilihan adalah terletak pada sejauh mana keikhlasan kita menilai seseorang..hanya Allah yang tahu..!.

Bak kata,tak kenal maka tak cinta,dah kenal boleh jatuh cinta dan tergila-gila..ha3,betul ke apa yang aku cakap ni?.Kalau orang bercinta,apapun boleh buat kan..!,kadang-kadang sampai termimpi-mimpi,sebut pasal mimpi ni,macam-macam orang bermimpi.mimpi jadi kaya,mimpi jadi polis,mimpi jumpa hantu..macam-macam mimpilah.Mungkin kerana aku dah tanamkan dalam minda aku,yang mana satu hari nanti aku mesti dapat berjumpa dengannya,itu yang aku sampai termimpi-mimpi akan dirinya,seingat aku,dalam empat kali aku bermimpi bertemunya.

Sedangakan orang lain pun mengimpikan mahu berjumpa artis kesayangan mereka pun sampai termimpi-mimpi,inikan pula mengimpikan mahu jumpa orang soleh,takkan ini pun salah,Maka dengan izin Allah akhirnya mimpiku menjadi realiti bukannya fantasi.Perbezaan pandangan atau pendapat bukanlah bermakna kita terus mencemuh,menghina-hina pandangan seseorang,kalau pun kita tidak setuju pada setengah–setengah pandangan,takkan tak boleh kita hormati pandangannya,mesti ada hujah ilmiah,hujah lawan hujahlah,takkan main tembak dan semberono saja,bukankah perbezaan pendapat satu Rahmat buat umat Islam?.

Ini adalah kenangan yang sangat manis buat aku seumur hidup,niat yang terpendam sejak tahun 80 an lagi ketika itu sekolah rendah lagi,kini segalanya termakbul dengan izin Allah(niat puluhan tahun termakbul akhirnya)untuk bertemu dan seterusnya ziarah Ustaz Ashaari Muhammad(panggilan Abuya di kalangan pengikutnya)..Alhamdulillah dengan pertolongan sahabat Abi iatu sahabat kepada sahabat Abi Tuan Syeikh Dr Abd Hamid Abu Sujak(bekas Mejar dalam angkatan tentera Malaysia) pada tanggal 8 syawal 1429H bersamaan 8HB 10 2008 hari Rabu kami bertolak sebelah petang dengan kereta Tuan Syeikh ke Umbai Tanjung Mas Melaka.

Ketika itu Abuya berada di rumah besan beliau di situ,jadi Tuan Syeikh bawa kami bertemu dan ziarah ,Alhamdulillah Abuya mengizinkan kami untuk datang ziarah walaupun Abuya tak berapa sihat.Kami sampai sekitar pukul 9.10malam,kebetulan semasa kami masuk ke arah rumah ada sebuah kereta dihadapan kami menuju kearah yang sama..mungkin malam ni ada tetamu lain selain kami.

Maklum saja tetamu Abuya bukan saja dari dalam negeri saja bahkan tetamu dari luar Negara pun ramai ziarah.Kami pun keluar dari kereta,Tuan Syeikh maklumkan pada kami yang berkereta tiga orang tadi adalah pegawai keselamatan dari cawangan khas Melaka,mereka tahu Abuya di Melaka,jadi mereka pun datang…biasalah menjalankan tugas,kami datang ni pun ada tugas gak..tugas ziarah..,kami di sambut oleh anak-anak buah Abuya yang berada di hadapan pintu masuk.Rasa hati berdebar untuk bertemu insan yang selama bermain di benak ku,insan yang penuh kontoversi dari segala segi.

Kami sama-sama masuk,bersalam-salaman,ramai jugak malam ni,anak-anak buah Abuya,anak-anak,mereka sangat mesra dengan tetamu.Yang muda menyalami dan cium tangan..emm..memang hormat dengan orang tua,hasil didikan guru.Kami menerima arahan dari setiausaha Abuya Encik Suhaimi yang Abuya bersedia dan menjemput kami masuk ke dalam bilik Abuya.

Mengabadikan kenangan..

Kami yang seramai 6 orang 3 anggota keselamatan,Tuan Syeikh,Aku dan Hasbullah masuk ke dalam bilik.Niat Aku selama ini terlaksana untuk menatap secara dekat dan bersalam dengan Abuya,Abuya melayan kami dengan mesra sekali,berulang-ulang kali mengucapkan syukur kerana kami datang,tika itu Abuya di dampingi dengan Ummi Noor.Abuya menceritakan serba sedikit tahap kesihatannya pada kami,sesekali beliau cuba bangun untuk membetulkan kedudukan badannya,biarpun terbaring tapi jiwanya tetap bersemangat,berkali-kali mulutnya mengucapakan syukur atas kedatangan kami.

Ya…sekarang orang yang Aku ketika dulu,kini dan selamanya kagumi ketokohannya sebagai pemimpin sebuah Jamaah(dulu Darul Arqam,Rufaqa,kini Global Ikhwan) di hadapan mata.Dalam keadaan begitupun akhlaknya menyantuni tetamu sangat memikat hati.Itu yang aku maksudkan tadi,bila sudah kenal jatuh cinta dan tergila-gila…TAKSUB dan FANATIK?..ya taksub.ha3…terpulang..!.

Anda berhak menentukannya ketaksuban Aku terhadapnya;).Eleh..ada orang taksub dengan benda-benda tak senonoh pun ramai tak kisah,ini kan pula taksub dengan manusia soleh,ada aku kisah..!,bila aku cerita dengan kawan aku,yang aku jumpa dengan Ustaz Ashaari,dia kata Aku taksub..apa jawap aku..”Mawi tu kalau tak ada peminat taksub,boleh ke dia jadi juara dalam kiraan undi Sms?(tamsilkan pada yang lain-lain)entah betul tak jawapan aku,main belasah saja.Apapun akhirnya dia terdiam juga bila aku berhujah setakat aku yang mampu.Maklum saja aku bukan Ustaz,dia tu Ustaz...hanya taksub..taksub je boleh kata.

Memberi senyuman pada kami

Abuya menghiburkan kami dengan memanggil anak-anaknya untuk mengemundangkan beberapa nasyid untuk menghiburkan kami,mereka menyayikan dua buah nasyid.Syawal dan Ramdhan serta lagu Di dunia Tiada Hari Raya,Aku ada rakam sedikit dalam kamera digital yang di bawa.Seorang anggota keselamtan juga mengambil gambar mereka sedang bernasyid dan gambar kami di ambil sekali…dalam hati alamak..gambar ada dalam simpanan polis..ISA.he3….
Tuan Syeikh memberitahu pada Abuya yang kedatangan kami………..?!,Aku dan Hasbullah sempat bergambar dengan Abuya,Alhamdulillah beliau mengizinkan untuk kami bergambar bersamanya,selepas bergambar kami pun menyalami cium tangan Abuya dan keluar dari bilik,Hidangan jamuan sudah tersedia untuk kami menikmati.

Anak-anak Abuya sedang bernasyid mnghiburkan kami

Alhamdulillah akhirnya Aku bertemu Abuya Ashaari Muhammad dalam bulan Syawal 1428H yang penuh kerahmatan ilahi.

Apapun ini adalah rasa hatiku terhadap seorang tokoh yang aku ingin menemuinya selama ini.Segalanya dengan izin Allah.Rasa hati yang tidak biasa di tipu,hanya diri sendiri yang dapat merasainya.Bila rasa sayang,sayang sungguh-sungguh tapi bila benci,rasa benci itu sungguh-sungguh itulah Abuya Ashaari Muhammad,ramai yang sayangkannya,tapi ramai juga yang membencinya.

Pusara Abuya

Alfatihah buat beliau,semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya..Amin.!!!.

Catatan Kenangan 2008,Masshah 2010.

Thursday, September 16, 2010

Selamat Menyambut Hari Malaysia

Malaysia Tahahair Tercinta

'Cintakan Tanahair sebahagian daripada Iman'
Semoga Malaysia terus aman dan makmur
Harapan kepada kepimpinan,semoga slogan Menjana Transformasi
benar-benar di realisasikan
jangan hanya tinggal slogan semata-mata
jadikan ianya realiti bukan fantasi.

Semoga Malaysia terus di berkati..Amin.!

Dengan Ucapan;

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA..!

Wednesday, September 15, 2010

Jom Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010



Mesej Daripada Tuan Zamri Mohammad;

Assalamualaikum

Tuan dan Cik Puan penyokong dan pembawa khabar gembira budaya membaca melalui gerakan Baca@...

-------



1. Apakah yang akan berlaku pada 21 September nanti?

Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dengan kerjasama Komuniti Buku Online (KBO) akan mengadakan Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 yang bertemakan 'Memperkasa Budaya Membaca Karya Terjemahan.'

Seminar ini akan diadakan pada 21 September 2010.
Dari pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang.
Bertempat di Dewan Utama, Wisma ITNM di Wangsa Maju.

Institut Terjemahan Negara Malaysia,
Wisma ITNM, No. 2, Jalan 2/27E,
Seksyen 10, 53300 Wangsa Maju,
Kuala Lumpur.

(Jangan lupa simpan info ini dalam telefon bimbit dan catat di kalendar)


-------


2. Apakah yang menarik di seminar ini?

Seminar itu akan dirasmikan oleh Datuk Mohamed Nor Khalid (Lat), kartunis dan penulis karya terjemahan paling berjaya di Malaysia, The Kampung Boy. Beliau akan turut membentangkan kertas dasar bertajuk Penghayatan Karya Terjemahan Melalui Watak Komik.

Pengalaman Lat yang berjaya menghasilkan karya berbentuk komik, dan diterjemahkan kepada 10 bahasa utama dunia mampu memberikan inspirasi dan semangat kepada para pencinta industri buku untuk mencintai serta menghasilkan lebih banyak karya terjemahan.


3. Siapakah lagi yang terlibat?

Kertas-kertas kerja yang akan dibentangkan sepanjang seminar berkenaan ialah

(a) Peranan ITNM dalam Memperkasakan Karya Terjemahan oleh Mohd. Khair Ngadiron,

(b) Peranan Komuniti Buku dalam Pembudayaan Pembacaan Karya Terjemahan oleh Shaharom TM Sulaiman,

(c) Pengalaman Estetika Membaca Karya Terjemahan: Perspektif Penterjemah oleh Dr. Syed Nurul Akla Syed Abdullah,


(d) Pengalaman Estetika Membaca Karya Terjemahan: Perspektif Pencinta Buku oleh Rahimi Saad


(e) Pengalaman Estetika Membaca Karya Terjemahan: Perspektif Penulis oleh Faisal Tehrani.

(f) Karya Terjemahan yang Mempengaruhi Peradaban Manusia oleh Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan,


(g) Yusoff Zaky Yaakob: Potret Seorang Pencinta Buku,


(h) Penterjemah dan Penerbit oleh Nublan Yusoff Zaky,


(i) Gerakan Terjemahan Sebagai Gerakan Intelektual: Perspektif Sejarah Tradisi Intelektual Parsi oleh Ahmad Kamil Zuhairi


(j) Pendidikan Akal Bangsa Melalui Penterjemahan Komik oleh Zinitulniza Abdul Kadir.

(k) Sesi khas bicara bersama tokoh turut diadakan dengan pembentangan kertas kerja yang bertajuk Potret Pencinta Buku, Penulis, Penterjemah dan Penerbit oleh Abdullah Al-Qari Haji Salleh.


-------


3. Ah! Seminar ini menampilkan nama-nama besar dan ramai. Pasti berbaloi menghadirinya. Tetapi yuran pasti mahal!

ITNM mendukung usaha para penyokong Baca@LRT yang bersama-sama membudayakan amalan membaca secara kreatif. Oleh itu, yuran seminar hanya RM10 sahaja! Ya, seminar terbesar dengan senarai pembentang dan topik yang menarik ini hanya RM10 sahaja untuk penyokong Baca@LRT.

Bonus sebuah buku sumbangan ITNM, goodies bag, makan minum serta pengalaman menarik sepanjang seminar!


-------


4. Hanya RM10 sahaja? Jika begitu bagaimana saya sebagai penyokong Baca@LRT mahu mendaftar?

Isikan borang pendaftaran di sini;

http://www.scribd.com/doc/35994716/Borang-Peserta-Seminar-Pencinta-Buku

Nota: Borang menyatakan dihantar sebelum 15 September. Tidak mengapa, isi dan hantar sahaja.

Nota: Pendaftaran secara walk in juga akan dibuka. Nyatakan anda daripada Baca@LRT untuk mendapat potongan istimewa ini.
-------



5. Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Mohd Khairulanuar Manshor
019-217 7204 atau e-mel anuar@itnm.com.my

Norzaiti Abdul Talib, 019-390 6349 atau e-mel norzaiti@itnm.com.my

Jom Berkenalan:Ustaz Ghazali Ibrahim

Penulis: Ustaz Ghazali Ibrahim

Bengkel yang beliau kendalikan

Rakaman suara bersama Almarhum Asri Ibrahim

Sebahagian dari buku-buku beliau


Mari kita berkenalan dengan penulis-penulis buku yang berada di tanahair kita,untuk pertemuan hari ini kita berkenalan dengan seorang penulis yang juga pendakwah.Beliau ialah Ustaz Ghazali bin Ibrahim.

Lahir di Kg. Bukit Naga, Klang, Selangor dan sekarang menetap di Tg Malim, Perak.

• Memulakan pengajian asas di Sek. Keb. Bukit Naga, Klang, Selangor dan juga Sek. Agama Rakyat, Bukit Naga, Klang, Selangor. Iaitu dari Darjah Satu hingga Darjah Enam.

• Pada tahun 1984 saya menyambung pengajian di Sek. Men. Agama Hishamuddin, Klang (peringkat menengah).

• Pada tahun 1987 hingga 1989, saya berpeluang mendalami bidang Al Quran & Tahfiz di Karachi, Pakistan.

• Pada tahun 1990 hingga 1992, saya berpeluang mendalami pengajian Bahasa Arab di Kaherah, Mesir.

• Seterusnya saya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Syariah di Universiti Saddam For Islamic Studies, Baghdad, Iraq pada tahun 1992 hingga tahun 1998. Sepanjang tempoh berada di Baghdad, saya sempat mengaji sistem Talaqi Sheikh dengan beberapa orang Ulamak Baghdad.

• Sekitar tahun 1992 hingga 1998, saya berkesempatan menziarahi tempat-tempat terkenal dan bersejarah di Jordan dan Syria.

PENGALAMAN KERJA

• Tempat mula-mula saya mendapat pengalaman kerja ialah di Pusat Zakat Selangor (MAIS) iaitu sejak tahun 1999 hingga 2004. Sekarang ini dikenali sebagai Lembaga Zakat Selangor (LZS). Antara jawatan yang pernah diamanahkan kepada saya ialah Eksekutif Penyelidikan & Pembangunan Syarie dan Eksekutif Dakwah & Latihan. • Sekitar tahun 2005 saya mendalami ilmu motivasi dengan beberapa buah syarikat. Antaranya ialah Fitrah Perkasa Sdn Bhd.

• Sekitar tahun 2006 saya mendalami ilmu faraidh & runding-pusaka dengan beberapa syarikat. Antaranya ialah Tetuan Jamilah Radzi & Co.

PENCAPAIAN

• Saya biasa muncul di kaca TV dalam rancangan Inspirasi Pagi (RTM1), Simfoni Alam (RTM1). Dan saya pernah beberapa kali muncul dalam rancangan Al Kulliyyah (TV3), Al Hidayah (TV3), Wanita Hari Ini (TV3), Tanyalah Ustaz (TV9) dan Astro Oasis dalam rancangan Khabar Haji & Liga Ilmu.

• Suara saya juga pernah beberapa kali kedengaran dalam Radio Tiga Selangor dan IKIM.FM.

• Sehingga kini saya aktif memenuhi jemputan ceramah dan motivasi di dewan orang ramai, pejabat, universiti, sekolah, masjid dan surau.

• Syukur, saya telah diberi kepercayaan oleh pihak pengurusan TH Travel & Services Sdn Bhd (Anak syarikat Lembaga Tabung Haji) menjadi Perunding Motivasi untuk jemaah haji pakej TH Travel & Services Sdn Bhd, selama tiga tahun berturut-turut iaitu tahun 2007, 2008 dan 2009. (Musim haji tahun 1428H / 1429H dan 1430H).

• Sehingga hujung tahun 2009, saya telah menulis serta menerbitkan beberapa buah buku. Antaranya Kenapa Mesti Merancang Pusaka, RM38 Billion Pusaka Belum Dituntut, Memberi Tanpa Diminta Itulah Falsafah Zakat dan Kembara Hati Di Tanah Suci. • Menubuhkan syarikat sendiri yang diberi nama TIJARAH NETWORK.

.Terbaru beliau telah merakamkan suara untuk lagu 'Keharmonian Hari Raya bersama kumpulan Doul'terbitan eEramaTv.com.

Laman Blog Beliau: Ustaz Ghazali Ibrahim

Tuesday, September 14, 2010

Dua Peristiwa Untuk Iktibar

Alhamdulillah,apa khabar Anda semua?di harapkan sihat dan ceria-ceria selalu hendaknya ye,semasa aku tulis entri ni,hujan lebat pagi ni di sertai dengan angin yang kuat,jadi tak buat apa-apa,tulis sesuatu untuk blog ni.Syukur Alhamdulillah,hari ni dah masuk hari yang ke lima kita berada di bulan Syawal,dalam tempoh beberapa hari ni macam-macam yang berlaku di persekitaran kehidupan kita.Ada yang positif dan juga yang negativf.Minggu ni juga sudah ada yang bertugas,kepada mereka yang bertugas selamat menjalankan tugas,moga lebih bersemangat dan bertenaga,maklum saja sudah berhari raya dan baru lepas balik kampung mesti dapat motivasi dari kampung halaman.

Dalam pertemuan hari ini,aku nak kongsi sedikit pandanganku dua buah tragedi yang berlaku dalam Negara juga di luar Negara.Satu insiden yang berlaku pada jutawan kosmetik Dato Susilawati dan tiga orang rakannya,yang mati di bunuh dan di bakar,Ada yang mengatakan tragedi ini kedua dahsyat selepas pembunuhan Altantuya yang berlaku sebelum ini.Memang kejam dan sangat tidak berperikemanusiaan,manusia sudah hilang sifat kemanusiaanya,bila hati sudah di tunjangi Saiton,segalanya hilang punca,akhirnya sanggup membunuh.

Kita mengharapkan agar pihak berkuasa memberi hukuman yang setimpal ke atas pelaku yang sangat kejam itu,tidak kira siapa pun,pangkat Dato’ ke bukan berpangkat kalau di dapati bersalah beri hukuman,jangan hendaknya nanti ada yang terlepas di sebabkan ada sesuatu kepentingan,maklum saja,seperti yang aku baca,tragedy ni dah mula di politikkan,ada yang mengambil kesempatan pula.

Biarlah mahkamah yang menyelesaikan dan mengadilinya,bagi aku jika ada yang ambil kesempatan ini,mereka adalah manusia yang bankrap politik dan tidak bermaruah..!.Kita bersimpati keatas keluarga beliau,maklum saja di bulan Syawal mereka tentu saja memerlukan orang yang tersayang di sisi mereka,namun takdir Allah sudah menentukan keadaanya begitu.

Pembunuhan kejam..!

Buat kita yang masih di beri peluang hidup,beringat-ingatlah,maut sentiasa mengintai-intai kita,ambil iktibar dari peristiwa yang berlaku di depan kita,datangnya tidak di undang,sentiasa memburu,jika sudah sampai masanya,ia jadi akan tetap jadi,segalanya ketentuan ilahi.Kita bermohon semoga Allah mematikan kita dalam keadaan yang baik dan kesudahan yang baik.

Tragedi kedua,itupun kalau boleh di katakan tragedi,kalau di tanahair kita pembunuhan lepas itu di bakar di luar Negara lain pula jadinya.Bagi aku ini adalah tindakan paling tidak bermaruah dan keji,menghina agama orang lain.Kisah bakar juga,Tragedi paderi hendak bakar Al-Quran,satu lagi tindakan provokasi buat seluruh umat Islam sedunia.Musuh-musuh Islam memang tidak pernah berhenti untuk menghina dan mencerca kemuliaan Islam,mereka bekerja 24 jam untuk memastikan Islam padam dari muka bumi ini,namun mereka lupa dengan kuasa yang melindungi Cahaya Islam itu,mereka sebenarnya buntu,tidak ada idea lagi untuk menafikan keunggulan Islam dek kerana sikap ego,bongkak dan sombong mereka.Memang sudah jelas kebenaraan Al-Quran menjelaskan permusuhan mereka terhadap Islam.

Tindakan kurang ajar musuh Islam

Walaupun niat mereka untuk membatalkan pembakaran itu,namun sifat kemunafikan mereka tetap Allah tunjukkan pada kita,ia tetap berlaku.Pembakaran tetap berlaku(lihat gambar di atas).Semoga Allah member petunjuk kepada mereka dan jika mereka masih tetap memusuhi agama suci ini,maka pembalasan Allah amat pedih buat mereka.Di beritakan dalam satu blog yang aku baca,di California satu kebakaran yang amat dahsyat telah berlaku,beribu-ribu nyawa terkorban,dalam masa yang sama mereka mahu bakar Al-Quran,dalam masa yang sama juga Allah bagi hukuman bagi mereka.Namun berita ini di sembunyikan pada dunia.baca di sini..

Buat renungan kita semua,insiden tersebut memberi peringatan buat kita.Kita baru saja di tinggalkan bulan Ramadan 1431H,bulan di mana Al-Quran diturunkan.Selama sebulan sudahkah kita membacanya,memahami dan yang penting mengamalkannya?Bagi aku sengaja Allah menjadikan kejadian itu untuk seluruh umat islam berfikir dan merenung apakah hikmah di sebalik kejadian itu.

Apakah selama ini Al-quran di jadikan perundangan dalam diri,keluarga,masyarakat dan bernegara?Atau sekadar buat pertandingan,di lagu-lagukan,tidak di fahami dan tidak di amalkan?,sehingga penghinaan sebegitu rupa,Umat Islam sudah benar-benar mengikuti ajaran yang terkandung dalam Al-Quran?,sama-sama kita fikirkan..!

Cukuplah dua peristiwa sebagai bahan renungan untuk di fikir-fikirkan bersama..!

Sampai Jumpa lagi..!

Monday, September 13, 2010

Semoga Di Pimpin Allah

Assalamualaikum semua,semoga Anda ceria selalu,hari ini aku nak kongsikan satu berita menarik,berita dari negeri Kelantan berkenaan pengistyharaan pemasyuran Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Fariz Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan yang ke-29.Aku memang tertarik dengan perwatakan Tengku Sultan ni,berjiwa rakyat,beragama,mudah-mudahan baginda di pimpim Allah dalam menerajui Negeri Kelantan,Aku kongsikan rencana ini untuk Anda,bacalah Anda pasti terpikat tentang perwatakan Tengku Sultan ini.


RENCANA SUMBER DARI: BLOG MERAH TINTA

Tengku Faris Sultan Kelantan Ke-29

PENGISTYHARAN pemasyuran Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Fariz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, 41 yang disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Bentara Setia Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertempat di Istana Balai Besar Kota Bharu hari ini, 4 Syawal 1431H bersamaan 13 September 2010, merupakan Sultan Kelantan yang ke-29 dalam sejarah kesultanan Kelantan.

Baginda Tengku Faris diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu Kelantan. Baginda dilantik menjadi Tengku Mahkota Kelatan tanggal 6 Oktober 1985 dalam usia baginda 16 tahun.

Baginda mempunyai tiga orang adik beradik, Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Muhamad Fakry dan Tengku Amalin A'Ishah Puteri.

Tengku Faris yang dianggap sebagai anak raja yang berjiwa rakyat dan kuat beragama, tidak menghairankan kerana baginda mendapat didikan agama sejak dari kecil lagi. Sejak kecil lagi baginda diasuh dengan didikan agama di istana dan diajar oleh beberapa ulamak terbilang.

Baginda mendapat pendidikan sekolah di Sekolah Sultan Ismail I, Kota Bharu (1976 - 1981). Selepas mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dengan mendapat 5A, baginda dimasukkan di Sekolah Alice Smith School Association Jalan Balemy Kuala Lumpur (1981 - 1983).

Sebelum berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran di Okham School Rutlanda sehingga tingkatan 3. Baginda juga menamatkan A Lavel di sekolah yang sama pada tahun 1987. Sebenarnya sebelum berangkat ke England baginda sudah khatam Quran.

Pemilihan baginda sebagai Sultan Kelantan bagi mengganti ayahandanya, Tengku Ismail Petra Ibni Amarhum Sultan Yahaya Petra dilihat tepat kena pada masanya. Pemilihan baginda juga seperti sireh dipulangkan ke ganggang kerana baginda adalah anakanda Sultan Ismail Petra yang pertama dan baginda juga merupakan Tengku Mahkota Kelantan. Permasyuran hari ini juga dinanti-nanti dan ditunggu sekalian rakyat Kelantan.

Sesungguhnya selain dari pemasyuran hari ini yang dibuat dibawah Kuasa (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), mencatat sejarah tersendiri, ia juga memberi signifiken lain kepada kerajaan Kelantan yang diperintah Pas hari ini. Semasa menjujung duli pada upacara pemasyuran itu perkataan atau laungan lazim didengar, iaitu Daulat Tunaku diganti dengan takbir Allahuakbar sebanyak tiga kali. Kejadian ini belum pernah berlaku pada upcara-upacara persis itu selama ini.

Pertukaran ini menunjukkan betapa Baginda Sultan Kelantan ingin mengubah atau meletak sesuatu yang tinggi nilainya ditempatnya dan menggambarkan kehambaan beliau sebagai seorang hamba Allah dan tidak mahu bersubahat dengan sesuatu yang syirik dan biadaah.

Seperti mana kata Nik Aziz upacara penabalan akan dilakukan tidak lama lagi. Apapun majlis pada hari ini sangat penting kerana ia akan menamatkan kemelut dan pergeserean Istana Kelantan yang berlaku sejak lebih setahun lalu.

Pergeseran berlaku bila mana ada pihak tertentu yang kurang senang sekiranya pengganti kepada kepada Sultan Ismail diambil alih oleh Tengku Fariz Petra. Justeru ada beberapa tindakan mahkamah untuk menghalang taradisi berkenaan. Di mana mengikut perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan, sepatutnya anakanda sulung yang sihat, bersih dan mulia budi pekertinya diangkat menjadi sultan sebagai mengganti ayahanda baginda.

Mengenai perwatakan dan syaksiah Tengku Faris ini ia memang mendapat pujian dan sanjungan rakyat jelata. Kemurahan dan kerajinan baginda berangkat dan mencemar duli, melihat sendiri keadaan hidup rakyat menjadi sebutan dan sanjungan. Baginda juga tidak mementingkan protokol dan senantiasa membuat lawatan dalam keadaan mengejut.

Apa yang pernah saya sendiri saksikan sungguh mengejutkan. Semasa Tuan Guru Abdullah Abdul Rahman (Pondok Lubuk Tapah) meninggal baginda berangkat menziarahi jenazah kemudian berangkat sekali lagi untuk sama-sama menyembahyangi jenazah Allahyarham. Tok Guru Abdullah Lubuk Tapah dianggap sebagai tok gurunya sendiri.

Baginda datang tanpa ada protokol, dengan berpakaian jubah putih dan kopiah banginda berada di saf hadapan menyembahyangi jenazah bersama orang ramai. Tidak ada kelihatan baginda mengutamakan kedudukan dan darjahnya. Tempat duduknya juga sama seperti makmu lain saja. Baginda juga senang bersalam dengan sesiapa saja.

Begitu juga semasa Ramadhan tahun lalu baginda turut sama bersembahyang tarwaih di Qhariah Ramadhan di perkarangan Stadium Sultan Mohamamad ke-IV bersama segenap lapisan rakyat. Kedatangan baginda secara mengejut itu benar-benar memeranjatkan para pegawai istana dan juga pegawai kerajaan dan orang politik Kelantan.

Bayangkan bagaimana gelabahnya para pegawai kerajaan dan pemimpin politik apabila tahu yang baginda sudah berada di Qhariah Ramadhan itu tanpa dibentang apa-apa capert merah untuk lalauan baginda, dan keberangkatan itu pun tidak dihebahkan.

Selain itu baginda juga sering turun ke daerah-daerah untuk mendirikan solat Jumaat. Tengku Faris akan membuat kunjungan rambang untuk mendirikan solat tanpa memberi tahu terlebih daulu. Cara begitu untuk membolehkan baginda mengetahui realiti sebenar di masjid berkenaan dan tidak mahu menyusahkan rakyat menyambut keberangkatannya.

Misalnya seperti mana dituturkan Datuk Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud, semasa baginda berangkat ke masjid Siram, Pasir Mas, baru-baru ini tidak semena-mena selepas solat Jumaat baginda menziarahi seorang Guru Pondok, Haji Sulaiman yang sakit. Baginda tidak pun ada jadual untuk melawat Haji Sulaiman tetapi sebaik diberitahu baginda terus ke rumah Guru Pondok itu.

Lawatan secara tiba-tiba itu menyebabkan para pegawai istana, pegawai daerah yang menjadi pengiring sedikit kelam kabut dan rasa bersalah. Namun baginda tidak peduli kepada protokol itu dan tidak berkecil hati atas apa yang berlaku. Apa yang penting baginda dapat berjumpa dan melakukan ziarahi tuan guru berkenaan.

"Tuanku tidak sagan silu dan kekok baginda duduk di kerusi buruk saja di samping Tok Guru Haji Sulaiman dan bertanya khabar," begitulah cerita Nasaruddin.

Pada masa lain baginda juga pernah bersama rakyat melakukan korban Aidiadha. Apa yang meruja dan mengejutkan rakyat baginda sendiri yang melalukan penyembelihan. Darah lembu yang mercik ke jubah baginda dilihat rakyat sebagai indah dan disitulah kerendahan budi dan kebesaran hati Tengku Faris sebagai seorang raja.

Atas kemurahan, kerajinan dan mesra rakyat Sultan Kelantan itu semua itu menggambarkan kehambaan dan sikap tawaduk yang tinggi yang ada kepada Tengku Muhammad Faris Petra, sultan Kelantan yang baru. [wm.kl. 6:00 pm 13/09/10]

Jumpa lagi...!

Sunday, September 12, 2010

Indahnya Kampung...Ingat!...Jangan Lupa Asal Usul

Gambar Google images:Indahnya kampung...


Alhamdulillah,dengan izin Allah dapat bertemu lagi,bagaimana dengan Anda?Di harapkan sihat dan bertambah bahagia sekarang,maklum saja hari raya ni menuntut kita agar berkasih sayang,ziarah menziarahi,kunjung mengunjung,bersatu padu dan yang penting maaf bermaafan.Suasana dan tradisi ini haruslah di kekalkan sampai bila-bila.

Diam tak diam dah masuk empat hari kita meraikan Syawal,tentunya selama tiga hari yang lalu banyak meninggalkan kenangan yang indah buat kita semua,yang balik kampung tentunya ada nostalginya sendiri,suasana beraya di kampung tentu saja memberikan memori tersendiri buat kita semua.Bagi mereka yang selama ini berkerja di luar dari kampung,suasana di kampung tentunya membawakan satu erti besar buat mereka,maklum saja selama ini hiruk pikuk di bandar menjadi rutin harian mereka,tapi cuti-cuti begini balik kampung bersama keluarga tentunya menyeronokan,lebih-lebih lagi dalam suasana hari raya ini.Indahnya kampung…..

Ayah ibu tentunya orang yang paling gembira,apabila anak-anaknya balik,cucu-cucu rindukan nenek dan Atuknya,begitu juga dengan suami dan isteri.Masa inilah untuk bertemu dan berziarah saudara mara di kampung.Hari biasa memang sukar untuk kita ziarah menziarahi,maklum bertugas jauh,kalau ziarah pun mungkin ketika ada kematian,kenduri kawin,itu pun kalau sempat datang,kalau tidak sempat datang,setahun sekalilah nampaknya kita akan dapat tahu berita-berita tersebut,Itupun andai balik kampung jika tidak alamat,tak tahulah nampaknya,jadi kesempatan yang ada ini,eloklah ziarah ke rumah saudara mara,hubungkan dan eratkan silaturahim agar persaudaraan makin kukuh dan intim.

Kampunglah tempat kelahiran kita semua,kata orang tak ada kampung tak adalah bandar,jadi ingat-ingatlah dengan asal usul kita,di kampunglah bermulanya kita menapak sehingga beroleh kejayaan masing-masing,susah payah,pahit getir di kampunglah yang dapat memberikan kita erti hidup untuk lebih bersyukur.Suatu waktu,ibu bapa kita bertungkus lumus mencari rezeki untuk kita,bagi memastikan anak-anak dapat menikmati rezeki yang di usahakannya,Ayah ibu mengasuh,mendidik,membimbing agar anak-anak menjadi insan yang berguna dan menghargai nikmat yang di kurniakanNya.Ayah ibulah di kampung yang sentiasa mendoakan anak-anaknya yang jauh di perantauan.Mereka hanya mengharapakan kejayaan dan keselamatan untuk anak-anaknya.

Jadi di kesempatan yang ada,seandainya Anda masih berada di kampung,buatlah sesuatu yang mengembirakan Ayah ibu,adik beradik dan saudara mara.Ziarah,kunjung mengunjungi mereka,itulah sesuatu yang amat mengembirakan hati mereka.Kampunglah bermulanya keharmonian sebuah Negara.

Ingat jangan lupa asal usul !.

Sekian.Jumpa lagi..!

DEMI MASA